Sunday, January 15, 2012

SiaPAkah Yang Paling Hebat imannya?

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 2:15 AM
Siapakah yang paling hebat imannya?” tanya Rasulullah.

”Malaikat,” jawab sahabat.


“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.


Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.”


”Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”


”Mungkin kami,” celah seorang sahabat.


”Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.


“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.


“Kamu ingin tahu siapa mereka? 



Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.




Ya Allah, sukar bagiku mengeluarkan kata-kata setelah membaca ayat-ayat di atas.. orang yang paling hebat imannya adalah daripada kalangan kami.. Umat Nabi Muhammad yang berada di akhir zaman..  yang membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya..


Ya, daripada kalangan kita..
tp....
sejauh mana kita membaca Al Quran?
setiap hari ke kita baca?
kita faham maksudnya?
kita berusaha untuk khatamkan Al Quran 2-3 kali setahun???
Kita berpegang dengan Al Quran??


Ya Allah....


kita rela menghadap tv, internet n games berjam-jam.. tak tidur pun tak apa.. asalkan puas..
kita sanggup mengeluarkan duit untuk membeli novel-novel cinta, bahan bacaan tak berilmiah..
sanggup bersengkang mata sebab nak habiskan membaca novel.. setahun 24 novel pun kita leh habiskan..
kita sanggup membiayai kos untuk belajar bahasa asing sebab nak faham maksud..


tp.. 
nape kita xluangkan masa walaupun hanya 1 jam sehari untuk membaca Al Quran??
nape kita tak sanggup bayar yuran untuk pergi belajar mengaji?
nape kita tak cuba berusaha untuk memahami isi kandungan Al Quran?


Ya Allah, ampunilah aku kerana kelalaianku..


*(Sama-sama kita muhasabah diri) 

0 comments on "SiaPAkah Yang Paling Hebat imannya?"

Post a Comment

 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal