Monday, January 16, 2012

Exam Week = Nasyid Sumayyah??

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 4:44 AM

Exam week datang lagi!!!!!!!!!!!!!!
teringat zaman study dulu. masa exam je, macam-macam perasaan yang hadir dalam diri. risau sebab belum habis study, rindu pada mak dan ayah, assigment tak hantar lagi.. tak kurang juga yang putus cinta masa exam week..
bagaimana kita hadapi dugaan-dugaan tersebut? bagi saya, saya mengamalkanbeberapa perkara:
1.Sebelum mula belajar, saya akan mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat taubat. diikuti dengan solat sunat hajat. Berdoa, mohon Allah beri kefaham dan permudahkan segala urusan.
2.Saya duduk menghadap kiblat, mulakan belajar dengan membaca doa.
3.saya suka buat peta minda semasa mengulangkaji pelajaran.
Selain itu, saya tampal banyak kata-kata yang memberi semangat kepada saya. contohnya 'saya tak tension', 'saya tak nak hampakan ibu & ayah', 'i love study', 'focus', '^_^'
Di samping itu, saya suka dengar nasyid kumpulan hijjaz bertajuk sumayyah.. nasyid tersebut mampu menaikkan semangat saya..
Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh
kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelenggu jahiliah kau tempuh dgn berani
walaupun jasadmu milik tuan tetapi hatimu milik Tuhan…
padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
tika suami dan anak dibaring menghadap mentari
disuruh memilih iman atau kekufuran
samar jahiliah atau sinaran akidah…..
sabarlah keluarga yasir
bagimu syurga disana
dan kau pun tegar memilih syurga
walau terpaksa mengoban nyawa
lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
namun iman didadamu sedikit tidak berubah…
darahmu menjadi sumbu pelita iman
sumayyah kaulah lambang wanita solehah
tangan yang disangka lembut menghayun buaian
menggoncang dunia mencipta sejarah…
sumayyah kau dibunuh didunia sementara
untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
kaulah wanita terbaik
sebaik manusia
namamu tetap menjadi sejarah…
lirik nasyid sumayyah: hijjaz

best lagu sumayyah.. lirik dia memang menyentuh hati dan dapat membayangkan tentang sebuah perjuangan oleh seorang wanita yang mempertahankan agama islam.. tiada yang sanggup membuat yang demikian...

0 comments on "Exam Week = Nasyid Sumayyah??"

Post a Comment

 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal