Thursday, January 19, 2012

Contest Hijab4Nisa: Saya Bangga Berhijab!

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 5:57 AM
Sebelum saya mencoretkan serba sedikit mengenai 'saya bangga berhijab', saya ingin kongsikan sebuah cerita. Mungkin ada yang pernah membaca cerita ini, tapi tak salahkan kalau baca sekali lagi ^_^

Semoga kisah yang dipaparkan oleh seorang saudara dari Indonesia ini, dapat dijadikan iktibar khususnya buat kaum hawa.. 

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!" 

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu". 

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. 

Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.

Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.. 

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata) Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik" 

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati 

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik 

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya? 

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana? 

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita .. 

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.. 

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami 

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu? 

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT . 

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia" Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin..

Okey, setelah membaca cerita di atas, saya yakin ramai yang mengerti apakah hakikat berhijab.. Bagaimanakah hijab/tudung yang perlu kita pakai. Pada masa kini, tidak ada masalah untuk berhijab jika dibandingkan dengan masa lalu. Satu ketika dahulu, wanita yang berhijab sering ditindas, dicaci.. Saya pernah membaca buku yang bertajuk 'bagaimana akhirnya saya bertudung'. Dalam buku tersebut, diceritakan tentang ujian-ujian yang diharungi oleh beberapa wanita setelah mereka berhijrah untuk berhijab.

Seterusnya, saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya..

"Kenapa awak tutup kepala? Kepala awak botak ke?" 
Teringat soalan daripada seorang kawan non muslim semasa zaman sekolah rendah dulu..
Apa yang saya jawab??? 
"Saya orang Islam. Emak saya kata, Wanita Islam kena tutup aurat, tak boleh tunjuk rambut pada orang awam."
Hanya itu sahaja yang saya mampu jawab ketika berada di sekolah rendah.
Hakikatnya, saya bertudung kerana saya hamba Allah yang ingin melaksanakan suruhan Allah. 

Selain itu, saya berhijab kerana saya sangat menyayangi ayah dan saudara lelaki saya. Saya tidak mahu menarik mereka ke neraka. Sekiranya seorang wanita tidak menutup aurat, dia akan menarik ayahnya, suaminya, saudara lelakinya (abang dan adik lelaki) dan anak lelakinya ke neraka.

K
eempat-empat golongan ini akan bertanggungjawab terhadap seorang wanita dimana:

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya dengan memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anak perempuannya.
Apabila suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Isterinya bergaul bebas di luar rumah,menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Membiarkan isterinya menayangkan aurat kepada yang bukan berhak.  Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga wanita jatuh kepada saudara lelakinya (abang dan adik lelaki). Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara saudara perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan saudara perempuannya diakhirat nanti. Jika mereka hanya membiarkan dan tidak menegur saudara perempuannya yang mendedahkan aurat, mereka juga akan menanggung dosa.
Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya tentang tingkah laku yang menyimpang dari Islam. Membiarkan ibunya melakukan kemungkaran, maka bersedialah kerana mereka juga akan diminta bertanggungjawab di akhirat kelak. 

Saya tak sanggup melihat ayah yang rajin menunaikan solat, berpuasa, solat sunat dan juga mengejar amalan-amalan baik di tarik ke neraka disebabkan diri saya. Ayah saya dah buat yang terbaik, mengajar saya tentang Islam, mempraktikkan saya dengan amalan hidup sebagai muslimah, 'Amar ma'ruf, Nahi mungkar..

Saya ingin menjadi muslimah yang solehah. Menjadi muslimah yang solehah tidak bermaksud kita ketinggalan zaman. Tidak juga bermaksud kita hanya boleh memakai tudung bulat yang sangat labuh. Muslimah solehah juga boleh memakai tudung-tudung biasa, tapi pastikan tudung tersebut menutup dada contohnya tudung bidang 50, tudung bidang 60 dan juga selendang yang cukup labuh.

Dulu, memang agak sukar untuk mendapatkan tudung bersaiz tersebut. Tapi, kini kita boleh mendapatkannya dari http://www.hijab4nisa.blogspot.com/. Sangat mudahkan? Hijab4nisa ditubuhkan untuk memberi inspirasi kepada semua muslimah untuk tampil dengan imej yang sopan dan sesuai dengan ajaran Islam. Disamping itu, tudung-tudung dan pakaian yang dijual di Hijab4nisa sangat selesa dipakai kerana dihasilkan dari kain yang bermutu tinggi serta dijual dengan harga yang berpatutan. Buktinya?? kakak saya dan rumate saya pernah beli dari Hijab4nisa dan kini saya juga sudah berkenan dengan produk yang ditawarkan ^_^

Saya doakan Hijab4nisa  terus maju ke hadapan serta sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk yang sesuai untuk muslimah. Disamping itu, saya ingin memberi beberapa cadangan kepada pihak Hijab4nisa:
          1. Mempelbagaikan produk seperti turut menjual skirt labuh yang longgar, blouse dan t-shirt.
          2. Menghebahkan kewujudan Hijab4nisa melalui radio. Ramai lagi yang tak tahu dan tercari-cari.
          3. Membuka booth di karnival2 tertentu.
          4. Ni yang paling penting sekali.. banyakkan design tudung bidang 50 dan 60. best kalau ada yang
              berbatu-batu ^_^

Opss... Dah panjang lebar menulis baru teringat.. Sebenarnya, saya menulis ni untuk menyertai pertandingan yang di anjurkan oleh Hijab4nisa. Kalau ada sesiapa yang berminat untuk menyertai, jangan segan silu, klik je pada banner kat sebelah kanan tu. Last sekali, nk tag Shila dan Ainul ^_^

0 comments on "Contest Hijab4Nisa: Saya Bangga Berhijab!"

Post a Comment

 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal