Sunday, January 29, 2012

Kejamnye kamu!!!

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 12:55 AM

Deringan telefon mengejutkan aku dari tidur. Di skrin telefon tertera nombor yang tidak aku kenali. Siapa la agaknya. Penat stay up selama 2 malam masih tak hilang lagi. Rancangan untuk tidur dari jam 9-11 pagi terganggu. Rumateku juga turut terjaga. ‘smile dear, jwb call tu’..

Selepas memutuskan talian, rumateku memandang dengan penuh pertanyaan. ‘Pak Ngah call, nak mintak tolong ajar anak dia kat KL. Dia lupa kot, aku dah habis belajar kat sana’. Rumateku sambung tidur. Namun aku masih tak boleh tidur selagi tak beritahu tentang panggilan tu kepada ibubapaku. Okey, buat pengetahuan semua, aku seorang individu yang akan kongsikan setiap apa yang berlaku dalam hidup ni dengan mak & ayahku..  Itulah apa yang aku buat sejak sekolah rendah lagi sebab merekalah individu yang paling aku percayai..

Seperti biasa, aku bagitahu ayah dengan sangat detail perbualan antara aku dan Pak Ngah. Ayah rasa pelik. Pertama sekali, Pak Ngah ku telah menyampaikan ucapan tahniah semasa konvokesyen ku dulu. Bermakna, dia tahu yang aku sudah habis belajar di KL dan tidak menetap di sana lagi. Ayahku sendiri yang beritahu pak Ngah sebulan yang lepas. Kedua, kenapa dia tak telefon ayah je terus? Sedangkan dia tahu bahawa aku tak akan membuat sesuatu tanpa izin mak dan ayah terlebih dahulu. Ketiga, Kenapa Pak Ngah beria-ria mahu tahu lokasiku berada? ermmm, aku perlu tidur sekarang sebab ada presentation petang nanti.

************************************************************************************

Malam itu, aku menerima sms forward daripada anak Pak Long. Ada seorang sepupuku yang menghilangkan diri bersama keretanya.  Menurut sumber, sudah 2 hari dia hilang. Aku memaklumkan kepada ayah.

Akhirnya, aku dapat jawapan bagi segala persoalanku sebelum ni. Ye, semuanya terjawab. Aku sangat kecewa.  Pertama kali dalam hidup, aku mula membenci seseorang. semestinya orang itu Pak Ngah ku. Rupa-rupanya, Pak Ngah fikir aku telah melarikan diri bersama sepupu ku itu. Tapi kenapa aku nak lari dengan dia??? Pak Ngah, kamu menjatuhkan maruah ayah dan ibuku. Ayah dan ibuku telah memberikan didikan agama yang sempurna kepadaku. Aku tak akan membuat perkara2 yang akan memalukan mereka. Itu janjiku!!

Apa Pak Ngah fikir aku ni perempuan murahan yang sanggup lari dengan lelaki tu? Ya Allah, aku tak akan maafkan Pak Ngah sepanjang hayatku. Tidak sama sekali. Tidak, Tidak, Tidak..!!!!!!!!!!!!

Selepas solat isyak, Aku mengenang kembali peristiwa yang berlaku pada suku ketiga tahun 2006. Semuanya bermula dari satu sms yang aku terima. Aku dapat rasakan bahawa si penghantar tersalah hantar sms tersebut. Namun, di sebabkan kebodohanku, aku sms semula si penghantar dan memberitahu bahawa dia tersalah hantar sms tersebut.  Beberapa minggu selepas itu, aku menerima lagi sms dari nombor tersebut. Kali ini, si penghantar mengaku sebagai sepupuku (sepupu jauh). Ye, seperti biasa, aku menelefon ibu dan ayah. Ibu dan ayahku mengizinkan aku membalas sms dia. Maklum je la sepupu kan?

Selang beberapa hari… aku menerima kejutan.. Kejutan yang teramat. Ada seorang wanita yang telefon aku. Dengan nada seperti orang tengah marah, dia tanya sama ada aku kenal dengan seorang lelaki yang bernama Said? Memang aku tak kenal pun. Tapi kakak yang telefon aku tu terus marah-marah. ‘Tak kan kau tak kenal Said  Nazam? Lelaki yang kau dok sms tu!!’ Ya Allah.. Kali pertama dalam hidup aku kena marah.  Tu pun dengan orang yang aku tak kenal. ‘akak salah sangka ni.. Dia tu sepupu jauh saya je.’ Kakak tu masih marah ‘Tu kata engkau, aku kenal dia.. dah bertahun aku kapel dengan dia. Aku tahu da lama dia suka kat engkau!! ni amaran dari aku, jangan layan sms dia lg’. Aku kena kejutan.

Gara-gara tak pernah terlibat dengan pergaduhan dan juga tak pernah bergaduh, aku terdiam.. Membiarkan kakak tu terus menghina dan memarahiku.

Setelah talian di putuskan, ada seorang juniorku memelukku.. ‘akak, saya dengar semuanya. kuatnya suara perempuan tu. Kenapa akak diam je tadi? bak sini nombor dia, biar saya maki hamun dia semula’. Aku hanya senyum tawar. ‘tak apa la dik, salah akak jugak.. akak reply sms yang bf dia send kat akak’. Sebetulnya, aku tak tahan nak menangis. Teruk aku kena marah.

Kebetulan ibu dan ayahku ada di KL. Aku menceritakan segalanya kepada mereka. Sepupu ku call aku dan memohon maaf. Menurutnya, kakak yang call aku tu kakak angkat dia dan sedang mengalami masalah jiwa disebabkan putus cinta. owh, patut pun aku kena marah teruk2.

Sepupu ku makin hari semakin rajin call dan sms aku.. Kakak tu pun sama. Aku masih ingat 1 sms dr kakak tu ‘kau tu perempuan, kau sanggup ke biarkan kaum kau di tindas? aku nasihatkan kau sebelum kau pun terkena. masa tu, kau da tak boleh patah balik’. Macam pelik je kan?  Aku tertanya2 maksud di sebalik sms tu.

Secara jujurnya, aku memang tertekan.. Kakak tu selalu call dan maki hamun aku. lebih-lebih lagi menjelang exam. tengah2 malam pun dia call. Sepupu aku pun tak faham bahasa jugak, da kata jangan call kalau tak ada hal penting.. Tapi dia tetap sms dan call..

Satu benda yang aku perasan, sepupuku selalu bagi sms seolah2 dia dlm keadaan kecemasan dan suruh aku call dia. Bila aku call, dia tengah happy dan berada bersama mak dan adik beradik dia yang lain. Aku tak faham betul perangai dia. Daripada anak Pak Ngah, aku dapat tahu bahawa sepupuku mencanang ke  sini sana bahawa aku tergila-gilakan dirinya. Go to hell, fitnah berdosa besar!!

Memang betul2 menguji kesabaran!!! Aku tak pernah jatuh cinta pada mana2 lelaki. Aku juga berniat untuk tidak bercinta selagi aku masih belajar. Demi Allah, aku memang tak pernah ada perasaan pada dia. Aku menceritakan segalanya kepada ibu bapa dan adik beradik aku. Aku berniat untuk menjauhkan diri dari dia.

Aku bersyukur ke hadrat Allah kerana sentiasa melindungiku dan menunjukkan jalan kepadaku. Ya Allah, aku bersyukur kerana hatiku masih belum terbuka untuk mana2 lelaki.

Kakak yang mengaku sebagai gf kepada sepupuku masih aktif menghantar sms kepada aku. Dia tak pernah penat. Sedikit demi sedikit aku mula memahami kakak tu. okey, dia suruh aku menggelarnya sebagai kak nana. Kak Nana agak pelik, kadang2 baik, kadang2 garang… Kak Nana mula mempercayai aku. Sememangnye aku tak pernah bercouple, apatah lagi keluar dengan mana2 lelaki. Kawan2 sekolej pun sudah faham tentang diriku walaupun pada awalnya mereka menganggap aku ni manusia yang tiada perasaan.

Aku bukan seorang muslimah yang baik, tapi aku berusaha untuk menjaga diriku. Aku tidak mahu menconteng arang ke muka ibu dan ayahku yang sangat aku sayangi. Sedari sekolah lagi aku berniat untuk bercinta selepas nikah. Itulah doaku saban hari. Alhamdulillah, doaku termakbul. Hatiku tak pernah terbuka untuk mana2 lelaki walaupun yang memikatku anak dato’, bdk surau mahupun pelakon. Jadi, rakan2 kolej sudah memahami diriku dan ada di antara mereka yang bersuara sekiranya melihat aku di usik students kolej lain.

Emosi Kak nana tak menentu.. Menurutnya, sepupuku selalu bercerita seolah-olah aku rajin keluar dengan dia dan kami saling mencintai. Kak Nana tak tahu mahu percaya pada siapa, aku atau sepupuku??? Aku berserah pada Allah. Sangat banyak dugaan yang aku lalui, kalau dicerita 1 per 1, sampai esok pun tak habis. Pernah sekali tu kak Nana nak sangat tengok gambar ku. Dia suruh aku sms gambarku kepada dia tp aku keberatan. Banyak alasan yang aku berikan. Tak lama lepas tu, kak nana kata dia dah tengok gambarku. Ada dalam album kahwin kakak kepada sepupuku itu. Aku juga di khabarkan bahawa gambar aku telah hilang dari album tersebut. Pelikkan???

Beberapa bulan kemudian, Kak Nana rajin telefonku. Dia kata, dia sudah pun bertunang dengan sepupuku. Alhamdulillah, semoga mereka sentiasa dilindungi Allah. Itulah doaku untuk mereka. Kak nana sangat gembira. Dia selalu cerita tentang persediaan yang dibuat keluarganya untuk majlis yang akan diadakan.

Tetapi aku rase pelik bila atok sedara ku mencadangkan kepada ayah untuk mengawinkan aku dengan sepupu tersebut. Ayah kata, kak nana mungkin bergurau je. Aku tak tahu nak kata apa. Aku berserah pada Allah.

Kak nana telefonku dan mula memaki hamun lagi. Kak nana kata ayah dan ibuku sibuk nk menjodohkan aku dgn bf dia. Tolong lah kak, jangan maki mak dan ayah aku!! Aku tak boleh terima. Apa dia ingat ibu dan ayahku da terdesak untuk kahwinkan aku ke?? Kenapa la kak nana ni marah sangat? tu kan khabar angin je!!

Aku pulang ke kampung, jumpa atok sedara di hari raya. Semua sedara mara pandang aku dengan sinis. Seolah-olah aku ada membuat dosa besar. Daripada seorang sepupu, aku dapat tahu bahawa sepupuku banyak membuat fitnah tentang diriku. Kononnya, Aku menggilai dia. Aku berserah pada Allah. Tak guna kalau mengamuk sekali pun. Tapi jauh di sudut hati, memang aku terluka.  Terluka melihat wajah sedih ibu dan ayahku. Ya Allah, aku tak pernah mohon semua ni.. Terlalu besar ujian-Mu buat diriku.. Ibu dan ayahku sedih disebabkan aku. Namun demikian, ibu dan ayahku tetap tersenyum. Ayah percaya pada diriku. Ibu juga..

Pada awal tahun 2008, sesuatu yang tak pernah aku lalui berlaku. Aku sedang mencuci pakaian di bilik air, dapat ku rasakan seolah-olah ada sesuatu yang memandangku. Seramnya. Bacaan ayat Kursi tidak berhenti-henti di dalam hati…. Semasa aku tidur, ada benda yang melompat-lompat atas katilku. Ya Allah… Aku pejamkan mata, membaca ayat Kursi sambil mengharapkan rumateku cepat balik… Benda tu datang dalam mimpiku, dia kata ‘aku di hantar untuk masuk ke dalam diri kau dan menghancurkan hidup kau!! Tapi aku tak dapat masuk!!!’.. Terjaga dari tidur, aku menelefon abangku.. Aku menangis nak pulang tapi exam tak habis lagi.. Keesokkannya, abang datang ke kolej. Menurut abang, dia dah jumpa seorang ustaz. Ustaz suruh aku teruskan membaca surah2 yang menjadi amalanku kerana ada diantara surah tersebut yang menjadi pendinding.. menyebabkan benda yang menakutkan dan kotor tu tak dapat masuk ke dalam diriku.

Aku perlu kuat. Aku perlu lawan benda tu. Pasti kamu dapat mengagakkan siapa yang hantar benda tu? Aku tanya pada kak Nana dan juga sepupuku.. Namun mereka saling menuduh. Aku bertekad untuk tidak melayan mereka berdua lagi.. cukup semua apa yang mereka buat.

Aku ignore call dan sms mereka.. Atok sedara ku  masih berusaha memujuk ayah. Ayah pula tidak mahu membuat keputusan. Ayah Cuma kata ‘kalau ada jodoh, tak kemana’.

Setelah habis belajar. Aku pulang ke kampung. Hidupku bahagia di samping keluarga. owh, Kak nana? dia masih lg anta sms kepada aku. Tak geti penat kot. tapi aku tak layan pun. Satu pagi tu, dia anta sms. dia kata ‘kalau awak nak jumpa bakal suami awak tu, awak datang lah rumah saya sekarang’. Kak nana siap bagi alamat lagi. Aku tunjuk sms 2 kepada ayahku, aku tahu ayah tak percaya pada kak nana. jadi aku ignore je sms 2. Kak nana juga selalu sms, dia kata mak cik dan atok sedaraku selalu kutuk-kutuk ibu dan ayahku.. Kononnya, ibu dan ayahku hanya menjadikan agama sebagai topeng.. sangat kurang ajar sms yang dia hantar. Tapi apa aku peduli?? Aku nampak apa yang ibu dan ayahku buat. Tak ada yang salah pun. Siapa mereka untuk menilai?? Aku tak akan maafkan mereka yang memfitnah mak dan ayahku.

Selepas beberapa bulan, aku menerima sms kecemasan  dari kak Nana. Bunyinya seperti dia nak bunuh diri. Atas rasa tanggungjawab sebagai seorang manusia, aku izinkan dia call aku. Dan kak nana pun menceritakan segalanya. Baru kini ku faham maksud tersirat di setiap sms yang aku terima.

Menurut Kak nana, dia dan sepupuku dah banyak kali berzina di atas kerelaan kedua2 pihak. Kak Nana mengaku yang dia dah banyak kali gugurkan anak sepupuku. Astagfirullahalazim… Terkejut aku dengar. Namun aku tidak terus mempercayainya.. Benda berkaitan zina ni sangat kritikal. Tak boleh tuduh sembarangan. Kak Nana, sangat kecewa bila sepupuku telah memutuskan pertunangan mereka, lantas mengambil keputusan untuk membunuh diri. Dia menghubungi ku kerana tak mahu aku menjadi mangsa sekiranya berkahwin dengan sepupuku tersebut. Malah, kak nana turut memberitahu bahawa dia selalu dipukul sekiranya enggan memuaskan nafsu sepupuku.. Boleh percaya ke cakap kak nana ni??

Aku meminta izin dari ibu dan ayahku untuk menghubungi sepupuku.. Sepupuku mengaku segala apa yang kak nana ceritakan itu adalah benar. Selain kak nana, ada juga orang lain yang menjadi mangsa.. Dalam masa yang sama, tanpa segan silu, dia ingin melamarku agar aku dapat membimbingnya untuk kembali ke pangkal jalan.. Ya Allah, apa yang perlu aku buat. sepupuku meminta agar aku merahsiakan segalanya.

Aku tidak tahu apa yang perlu aku buat. Aku berserah pada Allah. Banyakkan berdoa.. Aku yakin Allah akan membantuku.

**********************************************************************************

Ayah memanggilku.. Ibu dan ayah memulakan bicara. Menurut ayah, ayah tidak berkenan dengan sepupuku kerana ayah terserempak dengan dia semasa ayah menemani abang ke satu mesyuarat. Pada paginya ayah dan abang ternampak dia bersama seorang wanita di hotel tersebut. Bila ditanya, dia kata menemani rakan sekerja di atas satu urusan di sana. Pada malamnya pula, ayah sekali lagi ternampak dia. Tetapi kali ini dengan seorang wanita lain. Ayah rasa tidak sedap hati. Rakan sekerja, tapi jalan berpelukan??

Sesungguhnya Allah Maha Besar lagi Maha Mengasihani, Allah menunjukkan segalanya kepada ayah tanpa perlu aku membuka rahsia sepupuku. Namun demikian, setelah meminta nasihat dari seorang ustaz, aku menceritakan segalanya kepada ayah dan ibuku. Benar, aku memang tak boleh merahsiakan sesuatu pun dari ibu dan ayahku. ia membuat aku tak sedap duduk.

Seterusnya, aku menunjukkan semua sms yang aku terima daripada kak nana dan juga sepupuku kepada makcik dan pakcik sepupuku. Aku harap, mereka boleh menyatukan kak nana dan sepupuku seterusnya membimbing mereka ke jalan yang di redai Allah. Namun, usahaku hanya sia-sia. Mereka tak percaya dengan sms tersebut kerana sepupuku rajin ke surau dan solat berjemaah setiap kali berada di kampung. Pakcik dan makcik, jangan lah hanya nilai orang ketika mereka berada di kampung sahaja, tengok2 la juga aktiviti lain mereka. Kak nana dikatakan seorang yang gila kerana cuba mempertahankan haknya, sedangkan semua orang tahu kebenaran. Adil ke tu?

Okey, selesai kisah kak nana. Kak nana menyesal dan bertaubat. Allah Maha Pengampun. Kak nana telah bertemu jodoh dan hidup bahagia. Dia masih lagi trauma bila mengingat kembali saat-saat pihak lelaki memutuskan pertunangan iaitu sebulan sebelum majlis kahwin. Pertama kali dia melihat ayahnya menangis.. Keluarganya menanggung malu..
Apa pula berlaku pada sepupu jauh saya tu?

Menurut kak nana (semuanya menurut kak nana je sebab kami sedara jauh, jarang jumpa dan tak berapa rapat), sepupuku meneruskan kegiatannya. Dia tersalah pilih gf. Dia kapel dengan anak polis. Bila anak polis tu mengandung, dia melarikan diri. Bapa gf dia cuba cari dia, mereka call kak nana untuk dapatkan maklumat. Bila sepupuku hilang dan tak dapat dikesan, Pak Ngah boleh pulak call aku. Dia ingat aku lari dengan sepupuku tu.

Tergamak Pak Ngah fikir sampai macam tu sekali. Aku tahu kamu memandang hina kepadaku sebab aku ni gadis kampung. Tak pandai berfesyen. Ibu dan ayahku tak berpelajaran tinggi seperti kamu dan adik beradik kamu. Namun aku bersyukur, sebab mereka mendidik aku dan adik beradik dengan ilmu agama. Walaupun hidup kami susah, kami tak pernah meminta pada kamu kan??? kami hanya menumpang kasih. Kami tak ada atok dan nenek, sebab tu masa kecik2 kami selalu ke kampung kamu. Bukan kami tak tahu, kami tahu kamu semua tak suka kami ke sana sebab adik beradik aku bertudung. Kaum kerabat kamu menganggap orang yang menutup aurat sebagai ketinggalan zaman.

Ye, aku masih tersenyum kepada kamu kerana itulah yang di ajar oleh ibu dan ayahku. ‘Jangan membals kejahatan dengan kejahatan’. Biarlah apa yang kamu semua nak kata, aku tak kisah sebab yang penting ayah dan ibuku tahu kebenaran. Mereka tahu yang aku tak pernah buat benda-benda terkutuk. Sejak kecil lagi, ke mana pun aku pergi, pasti dengan muhrimku. Jadi tidak timbul soal aku lari dengan anak buah kamu. Cuma aku tidak dapat memaafkan kamu-kamu yang membuat ayah dan ibuku sedih. Allah akan membalas setiap perbuatan hamba-Nya.

Kawan2 yang membaca ni jangan pelik pulak, saya cuba menyampaikan semula apa yang diceritakan oleh kawan baik saya. Sebab saya dapat banyak pengajaran dari kisah hidup dia. Firstly, dalam umur yang begitu muda (23 thn), dia dapat menghadapi ujian hidup ini dengan begitu tenang dan rasional. kedua,  Saya kagum dengan mak dan ayah dia. mereka sangat positif dan Berjaya mendidik anak mereka berlandaskan agama. Ketiga, Kawan saya berpegang teguh pada Allah. Dia menyerahkan segalanya kepada Allah. Allah Maha Besar, Maha Penyayang  lagi Maha Adil. Segala Maha hanya bagi Allah. Kawan saya terselamat daripada dikahwinkan dengan lelaki tersebut. Benarlah, perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Keempat, setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Semoga pembaca semua memperoleh pengajaran dari kisah ini.

0 comments on "Kejamnye kamu!!!"

Post a Comment

 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal