Sunday, January 29, 2012

Abang ^_^

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 1:04 AM 0 comments
Masa tengah khusyuk membalas pertanyaan-pertanyaan di facebook, tiba-tiba je abang saya chat… Lepas tanya khabar, dia terus tanya ‘X ni sape?’

Saya jawab, ‘erm, satu sekolah dulu, tapi tak kenal sangat.. Pernah bertegur sapa pun masa meeting ketua kelas… nape, dia nak add abg k?’ 

sebenarnya saya sangat terkejut sebab tiba-tiba abang saya tanya tentang budak tu.

Abang kata, ‘Dia kacau adik ke?’

Saya jawab, ‘tak de la..’

Abang masih tak puas hati.. ‘abg tengok komen adk kt status dia cm tengah bengang je.. ‘

‘la… macam tu pulak.. Da dia tanya camne nak deactive acc fb. Adk tahu,jadi adk ajar la..’ jawab saya.

Tapi abang masih tak puas hati.. ‘betul ni? Abg ingat dia ada ganggu adik’

‘tak ada la..’

‘ok then.. Kalau ada, bg tahu tau..’

Begitulah berakhirnya perbualan kami..  Saya terharu dengan abang.. Even dia berada di tengah laut, tapi dia tetap menjaga adiknye..

Honestly, berapa ramai di antara kamu yang mempunyai abang seperti abang saya? Yup, mungkin ada yang menganggap, abang tu macam nak jaga tepi kain org je.. Tapi saya bersyukur sebab abang saya mengambil berat tentang saya.

Abang saya seorang yang suka membuat lawak, tapi sangat tegas. Sejak kecil lagi, dia melatih saya untuk berdikari. Abang ajar saya membuat semua kerja sendiri, jangan jadikan ‘perempuan’ sebagai alasan. Ya, saya dilatih untuk menyelesaikan semua masalah saya sendiri. Tapi abang dan ayah tetap memantau. Yang paling seronok, abang adalah orang pertama yang membenarkan saya memandu kereta di highway. Abang pulak tidur di seat sebelah masa tu.. Wah, abang saya sangat yakin dengan saya ^_^

Persamaan antara abang dan adik lelaki saya….. Mereka Nampak cool tapi akan menegur kalau ada yang tak kena.. Contohnya, saya pakai tudung fesyen baru.. Konon2nya cantik la pada pandangan saya.. Tapi baru je keluar bilik, da kena tegur. Abang akan cakap terus terang ‘pakai apa ni? G tukar’. Adik pula, ‘cantiknya, fesyen baru ye? Mesti semua orang tengok jenanti.. Jangan jalan sebelah saya tau’.. Okey, bila dapat ayat2 cam 2, maksudnye saya dinasihatkan agar tak pakai macam tu.. 

Tengok, betapa mereka sayangkan saya. Pakaian yang tak kena pun di tegur.. Mesti sebab mereka tak nak saya tarik mereka ke neraka kan?

Huhu.. Tak nak citer panjang lebar.. Ya Allah, aku bersyukur di kurniakan saudara lelaki sebegini dan aku memohon padamu Ya Allah, agar kasih sayang mereka kepadaku semakin bertambah setiap hari. Amin..

Kejamnye kamu!!!

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 12:55 AM 0 comments

Deringan telefon mengejutkan aku dari tidur. Di skrin telefon tertera nombor yang tidak aku kenali. Siapa la agaknya. Penat stay up selama 2 malam masih tak hilang lagi. Rancangan untuk tidur dari jam 9-11 pagi terganggu. Rumateku juga turut terjaga. ‘smile dear, jwb call tu’..

Selepas memutuskan talian, rumateku memandang dengan penuh pertanyaan. ‘Pak Ngah call, nak mintak tolong ajar anak dia kat KL. Dia lupa kot, aku dah habis belajar kat sana’. Rumateku sambung tidur. Namun aku masih tak boleh tidur selagi tak beritahu tentang panggilan tu kepada ibubapaku. Okey, buat pengetahuan semua, aku seorang individu yang akan kongsikan setiap apa yang berlaku dalam hidup ni dengan mak & ayahku..  Itulah apa yang aku buat sejak sekolah rendah lagi sebab merekalah individu yang paling aku percayai..

Seperti biasa, aku bagitahu ayah dengan sangat detail perbualan antara aku dan Pak Ngah. Ayah rasa pelik. Pertama sekali, Pak Ngah ku telah menyampaikan ucapan tahniah semasa konvokesyen ku dulu. Bermakna, dia tahu yang aku sudah habis belajar di KL dan tidak menetap di sana lagi. Ayahku sendiri yang beritahu pak Ngah sebulan yang lepas. Kedua, kenapa dia tak telefon ayah je terus? Sedangkan dia tahu bahawa aku tak akan membuat sesuatu tanpa izin mak dan ayah terlebih dahulu. Ketiga, Kenapa Pak Ngah beria-ria mahu tahu lokasiku berada? ermmm, aku perlu tidur sekarang sebab ada presentation petang nanti.

************************************************************************************

Malam itu, aku menerima sms forward daripada anak Pak Long. Ada seorang sepupuku yang menghilangkan diri bersama keretanya.  Menurut sumber, sudah 2 hari dia hilang. Aku memaklumkan kepada ayah.

Akhirnya, aku dapat jawapan bagi segala persoalanku sebelum ni. Ye, semuanya terjawab. Aku sangat kecewa.  Pertama kali dalam hidup, aku mula membenci seseorang. semestinya orang itu Pak Ngah ku. Rupa-rupanya, Pak Ngah fikir aku telah melarikan diri bersama sepupu ku itu. Tapi kenapa aku nak lari dengan dia??? Pak Ngah, kamu menjatuhkan maruah ayah dan ibuku. Ayah dan ibuku telah memberikan didikan agama yang sempurna kepadaku. Aku tak akan membuat perkara2 yang akan memalukan mereka. Itu janjiku!!

Apa Pak Ngah fikir aku ni perempuan murahan yang sanggup lari dengan lelaki tu? Ya Allah, aku tak akan maafkan Pak Ngah sepanjang hayatku. Tidak sama sekali. Tidak, Tidak, Tidak..!!!!!!!!!!!!

Selepas solat isyak, Aku mengenang kembali peristiwa yang berlaku pada suku ketiga tahun 2006. Semuanya bermula dari satu sms yang aku terima. Aku dapat rasakan bahawa si penghantar tersalah hantar sms tersebut. Namun, di sebabkan kebodohanku, aku sms semula si penghantar dan memberitahu bahawa dia tersalah hantar sms tersebut.  Beberapa minggu selepas itu, aku menerima lagi sms dari nombor tersebut. Kali ini, si penghantar mengaku sebagai sepupuku (sepupu jauh). Ye, seperti biasa, aku menelefon ibu dan ayah. Ibu dan ayahku mengizinkan aku membalas sms dia. Maklum je la sepupu kan?

Selang beberapa hari… aku menerima kejutan.. Kejutan yang teramat. Ada seorang wanita yang telefon aku. Dengan nada seperti orang tengah marah, dia tanya sama ada aku kenal dengan seorang lelaki yang bernama Said? Memang aku tak kenal pun. Tapi kakak yang telefon aku tu terus marah-marah. ‘Tak kan kau tak kenal Said  Nazam? Lelaki yang kau dok sms tu!!’ Ya Allah.. Kali pertama dalam hidup aku kena marah.  Tu pun dengan orang yang aku tak kenal. ‘akak salah sangka ni.. Dia tu sepupu jauh saya je.’ Kakak tu masih marah ‘Tu kata engkau, aku kenal dia.. dah bertahun aku kapel dengan dia. Aku tahu da lama dia suka kat engkau!! ni amaran dari aku, jangan layan sms dia lg’. Aku kena kejutan.

Gara-gara tak pernah terlibat dengan pergaduhan dan juga tak pernah bergaduh, aku terdiam.. Membiarkan kakak tu terus menghina dan memarahiku.

Setelah talian di putuskan, ada seorang juniorku memelukku.. ‘akak, saya dengar semuanya. kuatnya suara perempuan tu. Kenapa akak diam je tadi? bak sini nombor dia, biar saya maki hamun dia semula’. Aku hanya senyum tawar. ‘tak apa la dik, salah akak jugak.. akak reply sms yang bf dia send kat akak’. Sebetulnya, aku tak tahan nak menangis. Teruk aku kena marah.

Kebetulan ibu dan ayahku ada di KL. Aku menceritakan segalanya kepada mereka. Sepupu ku call aku dan memohon maaf. Menurutnya, kakak yang call aku tu kakak angkat dia dan sedang mengalami masalah jiwa disebabkan putus cinta. owh, patut pun aku kena marah teruk2.

Sepupu ku makin hari semakin rajin call dan sms aku.. Kakak tu pun sama. Aku masih ingat 1 sms dr kakak tu ‘kau tu perempuan, kau sanggup ke biarkan kaum kau di tindas? aku nasihatkan kau sebelum kau pun terkena. masa tu, kau da tak boleh patah balik’. Macam pelik je kan?  Aku tertanya2 maksud di sebalik sms tu.

Secara jujurnya, aku memang tertekan.. Kakak tu selalu call dan maki hamun aku. lebih-lebih lagi menjelang exam. tengah2 malam pun dia call. Sepupu aku pun tak faham bahasa jugak, da kata jangan call kalau tak ada hal penting.. Tapi dia tetap sms dan call..

Satu benda yang aku perasan, sepupuku selalu bagi sms seolah2 dia dlm keadaan kecemasan dan suruh aku call dia. Bila aku call, dia tengah happy dan berada bersama mak dan adik beradik dia yang lain. Aku tak faham betul perangai dia. Daripada anak Pak Ngah, aku dapat tahu bahawa sepupuku mencanang ke  sini sana bahawa aku tergila-gilakan dirinya. Go to hell, fitnah berdosa besar!!

Memang betul2 menguji kesabaran!!! Aku tak pernah jatuh cinta pada mana2 lelaki. Aku juga berniat untuk tidak bercinta selagi aku masih belajar. Demi Allah, aku memang tak pernah ada perasaan pada dia. Aku menceritakan segalanya kepada ibu bapa dan adik beradik aku. Aku berniat untuk menjauhkan diri dari dia.

Aku bersyukur ke hadrat Allah kerana sentiasa melindungiku dan menunjukkan jalan kepadaku. Ya Allah, aku bersyukur kerana hatiku masih belum terbuka untuk mana2 lelaki.

Kakak yang mengaku sebagai gf kepada sepupuku masih aktif menghantar sms kepada aku. Dia tak pernah penat. Sedikit demi sedikit aku mula memahami kakak tu. okey, dia suruh aku menggelarnya sebagai kak nana. Kak Nana agak pelik, kadang2 baik, kadang2 garang… Kak Nana mula mempercayai aku. Sememangnye aku tak pernah bercouple, apatah lagi keluar dengan mana2 lelaki. Kawan2 sekolej pun sudah faham tentang diriku walaupun pada awalnya mereka menganggap aku ni manusia yang tiada perasaan.

Aku bukan seorang muslimah yang baik, tapi aku berusaha untuk menjaga diriku. Aku tidak mahu menconteng arang ke muka ibu dan ayahku yang sangat aku sayangi. Sedari sekolah lagi aku berniat untuk bercinta selepas nikah. Itulah doaku saban hari. Alhamdulillah, doaku termakbul. Hatiku tak pernah terbuka untuk mana2 lelaki walaupun yang memikatku anak dato’, bdk surau mahupun pelakon. Jadi, rakan2 kolej sudah memahami diriku dan ada di antara mereka yang bersuara sekiranya melihat aku di usik students kolej lain.

Emosi Kak nana tak menentu.. Menurutnya, sepupuku selalu bercerita seolah-olah aku rajin keluar dengan dia dan kami saling mencintai. Kak Nana tak tahu mahu percaya pada siapa, aku atau sepupuku??? Aku berserah pada Allah. Sangat banyak dugaan yang aku lalui, kalau dicerita 1 per 1, sampai esok pun tak habis. Pernah sekali tu kak Nana nak sangat tengok gambar ku. Dia suruh aku sms gambarku kepada dia tp aku keberatan. Banyak alasan yang aku berikan. Tak lama lepas tu, kak nana kata dia dah tengok gambarku. Ada dalam album kahwin kakak kepada sepupuku itu. Aku juga di khabarkan bahawa gambar aku telah hilang dari album tersebut. Pelikkan???

Beberapa bulan kemudian, Kak Nana rajin telefonku. Dia kata, dia sudah pun bertunang dengan sepupuku. Alhamdulillah, semoga mereka sentiasa dilindungi Allah. Itulah doaku untuk mereka. Kak nana sangat gembira. Dia selalu cerita tentang persediaan yang dibuat keluarganya untuk majlis yang akan diadakan.

Tetapi aku rase pelik bila atok sedara ku mencadangkan kepada ayah untuk mengawinkan aku dengan sepupu tersebut. Ayah kata, kak nana mungkin bergurau je. Aku tak tahu nak kata apa. Aku berserah pada Allah.

Kak nana telefonku dan mula memaki hamun lagi. Kak nana kata ayah dan ibuku sibuk nk menjodohkan aku dgn bf dia. Tolong lah kak, jangan maki mak dan ayah aku!! Aku tak boleh terima. Apa dia ingat ibu dan ayahku da terdesak untuk kahwinkan aku ke?? Kenapa la kak nana ni marah sangat? tu kan khabar angin je!!

Aku pulang ke kampung, jumpa atok sedara di hari raya. Semua sedara mara pandang aku dengan sinis. Seolah-olah aku ada membuat dosa besar. Daripada seorang sepupu, aku dapat tahu bahawa sepupuku banyak membuat fitnah tentang diriku. Kononnya, Aku menggilai dia. Aku berserah pada Allah. Tak guna kalau mengamuk sekali pun. Tapi jauh di sudut hati, memang aku terluka.  Terluka melihat wajah sedih ibu dan ayahku. Ya Allah, aku tak pernah mohon semua ni.. Terlalu besar ujian-Mu buat diriku.. Ibu dan ayahku sedih disebabkan aku. Namun demikian, ibu dan ayahku tetap tersenyum. Ayah percaya pada diriku. Ibu juga..

Pada awal tahun 2008, sesuatu yang tak pernah aku lalui berlaku. Aku sedang mencuci pakaian di bilik air, dapat ku rasakan seolah-olah ada sesuatu yang memandangku. Seramnya. Bacaan ayat Kursi tidak berhenti-henti di dalam hati…. Semasa aku tidur, ada benda yang melompat-lompat atas katilku. Ya Allah… Aku pejamkan mata, membaca ayat Kursi sambil mengharapkan rumateku cepat balik… Benda tu datang dalam mimpiku, dia kata ‘aku di hantar untuk masuk ke dalam diri kau dan menghancurkan hidup kau!! Tapi aku tak dapat masuk!!!’.. Terjaga dari tidur, aku menelefon abangku.. Aku menangis nak pulang tapi exam tak habis lagi.. Keesokkannya, abang datang ke kolej. Menurut abang, dia dah jumpa seorang ustaz. Ustaz suruh aku teruskan membaca surah2 yang menjadi amalanku kerana ada diantara surah tersebut yang menjadi pendinding.. menyebabkan benda yang menakutkan dan kotor tu tak dapat masuk ke dalam diriku.

Aku perlu kuat. Aku perlu lawan benda tu. Pasti kamu dapat mengagakkan siapa yang hantar benda tu? Aku tanya pada kak Nana dan juga sepupuku.. Namun mereka saling menuduh. Aku bertekad untuk tidak melayan mereka berdua lagi.. cukup semua apa yang mereka buat.

Aku ignore call dan sms mereka.. Atok sedara ku  masih berusaha memujuk ayah. Ayah pula tidak mahu membuat keputusan. Ayah Cuma kata ‘kalau ada jodoh, tak kemana’.

Setelah habis belajar. Aku pulang ke kampung. Hidupku bahagia di samping keluarga. owh, Kak nana? dia masih lg anta sms kepada aku. Tak geti penat kot. tapi aku tak layan pun. Satu pagi tu, dia anta sms. dia kata ‘kalau awak nak jumpa bakal suami awak tu, awak datang lah rumah saya sekarang’. Kak nana siap bagi alamat lagi. Aku tunjuk sms 2 kepada ayahku, aku tahu ayah tak percaya pada kak nana. jadi aku ignore je sms 2. Kak nana juga selalu sms, dia kata mak cik dan atok sedaraku selalu kutuk-kutuk ibu dan ayahku.. Kononnya, ibu dan ayahku hanya menjadikan agama sebagai topeng.. sangat kurang ajar sms yang dia hantar. Tapi apa aku peduli?? Aku nampak apa yang ibu dan ayahku buat. Tak ada yang salah pun. Siapa mereka untuk menilai?? Aku tak akan maafkan mereka yang memfitnah mak dan ayahku.

Selepas beberapa bulan, aku menerima sms kecemasan  dari kak Nana. Bunyinya seperti dia nak bunuh diri. Atas rasa tanggungjawab sebagai seorang manusia, aku izinkan dia call aku. Dan kak nana pun menceritakan segalanya. Baru kini ku faham maksud tersirat di setiap sms yang aku terima.

Menurut Kak nana, dia dan sepupuku dah banyak kali berzina di atas kerelaan kedua2 pihak. Kak Nana mengaku yang dia dah banyak kali gugurkan anak sepupuku. Astagfirullahalazim… Terkejut aku dengar. Namun aku tidak terus mempercayainya.. Benda berkaitan zina ni sangat kritikal. Tak boleh tuduh sembarangan. Kak Nana, sangat kecewa bila sepupuku telah memutuskan pertunangan mereka, lantas mengambil keputusan untuk membunuh diri. Dia menghubungi ku kerana tak mahu aku menjadi mangsa sekiranya berkahwin dengan sepupuku tersebut. Malah, kak nana turut memberitahu bahawa dia selalu dipukul sekiranya enggan memuaskan nafsu sepupuku.. Boleh percaya ke cakap kak nana ni??

Aku meminta izin dari ibu dan ayahku untuk menghubungi sepupuku.. Sepupuku mengaku segala apa yang kak nana ceritakan itu adalah benar. Selain kak nana, ada juga orang lain yang menjadi mangsa.. Dalam masa yang sama, tanpa segan silu, dia ingin melamarku agar aku dapat membimbingnya untuk kembali ke pangkal jalan.. Ya Allah, apa yang perlu aku buat. sepupuku meminta agar aku merahsiakan segalanya.

Aku tidak tahu apa yang perlu aku buat. Aku berserah pada Allah. Banyakkan berdoa.. Aku yakin Allah akan membantuku.

**********************************************************************************

Ayah memanggilku.. Ibu dan ayah memulakan bicara. Menurut ayah, ayah tidak berkenan dengan sepupuku kerana ayah terserempak dengan dia semasa ayah menemani abang ke satu mesyuarat. Pada paginya ayah dan abang ternampak dia bersama seorang wanita di hotel tersebut. Bila ditanya, dia kata menemani rakan sekerja di atas satu urusan di sana. Pada malamnya pula, ayah sekali lagi ternampak dia. Tetapi kali ini dengan seorang wanita lain. Ayah rasa tidak sedap hati. Rakan sekerja, tapi jalan berpelukan??

Sesungguhnya Allah Maha Besar lagi Maha Mengasihani, Allah menunjukkan segalanya kepada ayah tanpa perlu aku membuka rahsia sepupuku. Namun demikian, setelah meminta nasihat dari seorang ustaz, aku menceritakan segalanya kepada ayah dan ibuku. Benar, aku memang tak boleh merahsiakan sesuatu pun dari ibu dan ayahku. ia membuat aku tak sedap duduk.

Seterusnya, aku menunjukkan semua sms yang aku terima daripada kak nana dan juga sepupuku kepada makcik dan pakcik sepupuku. Aku harap, mereka boleh menyatukan kak nana dan sepupuku seterusnya membimbing mereka ke jalan yang di redai Allah. Namun, usahaku hanya sia-sia. Mereka tak percaya dengan sms tersebut kerana sepupuku rajin ke surau dan solat berjemaah setiap kali berada di kampung. Pakcik dan makcik, jangan lah hanya nilai orang ketika mereka berada di kampung sahaja, tengok2 la juga aktiviti lain mereka. Kak nana dikatakan seorang yang gila kerana cuba mempertahankan haknya, sedangkan semua orang tahu kebenaran. Adil ke tu?

Okey, selesai kisah kak nana. Kak nana menyesal dan bertaubat. Allah Maha Pengampun. Kak nana telah bertemu jodoh dan hidup bahagia. Dia masih lagi trauma bila mengingat kembali saat-saat pihak lelaki memutuskan pertunangan iaitu sebulan sebelum majlis kahwin. Pertama kali dia melihat ayahnya menangis.. Keluarganya menanggung malu..
Apa pula berlaku pada sepupu jauh saya tu?

Menurut kak nana (semuanya menurut kak nana je sebab kami sedara jauh, jarang jumpa dan tak berapa rapat), sepupuku meneruskan kegiatannya. Dia tersalah pilih gf. Dia kapel dengan anak polis. Bila anak polis tu mengandung, dia melarikan diri. Bapa gf dia cuba cari dia, mereka call kak nana untuk dapatkan maklumat. Bila sepupuku hilang dan tak dapat dikesan, Pak Ngah boleh pulak call aku. Dia ingat aku lari dengan sepupuku tu.

Tergamak Pak Ngah fikir sampai macam tu sekali. Aku tahu kamu memandang hina kepadaku sebab aku ni gadis kampung. Tak pandai berfesyen. Ibu dan ayahku tak berpelajaran tinggi seperti kamu dan adik beradik kamu. Namun aku bersyukur, sebab mereka mendidik aku dan adik beradik dengan ilmu agama. Walaupun hidup kami susah, kami tak pernah meminta pada kamu kan??? kami hanya menumpang kasih. Kami tak ada atok dan nenek, sebab tu masa kecik2 kami selalu ke kampung kamu. Bukan kami tak tahu, kami tahu kamu semua tak suka kami ke sana sebab adik beradik aku bertudung. Kaum kerabat kamu menganggap orang yang menutup aurat sebagai ketinggalan zaman.

Ye, aku masih tersenyum kepada kamu kerana itulah yang di ajar oleh ibu dan ayahku. ‘Jangan membals kejahatan dengan kejahatan’. Biarlah apa yang kamu semua nak kata, aku tak kisah sebab yang penting ayah dan ibuku tahu kebenaran. Mereka tahu yang aku tak pernah buat benda-benda terkutuk. Sejak kecil lagi, ke mana pun aku pergi, pasti dengan muhrimku. Jadi tidak timbul soal aku lari dengan anak buah kamu. Cuma aku tidak dapat memaafkan kamu-kamu yang membuat ayah dan ibuku sedih. Allah akan membalas setiap perbuatan hamba-Nya.

Kawan2 yang membaca ni jangan pelik pulak, saya cuba menyampaikan semula apa yang diceritakan oleh kawan baik saya. Sebab saya dapat banyak pengajaran dari kisah hidup dia. Firstly, dalam umur yang begitu muda (23 thn), dia dapat menghadapi ujian hidup ini dengan begitu tenang dan rasional. kedua,  Saya kagum dengan mak dan ayah dia. mereka sangat positif dan Berjaya mendidik anak mereka berlandaskan agama. Ketiga, Kawan saya berpegang teguh pada Allah. Dia menyerahkan segalanya kepada Allah. Allah Maha Besar, Maha Penyayang  lagi Maha Adil. Segala Maha hanya bagi Allah. Kawan saya terselamat daripada dikahwinkan dengan lelaki tersebut. Benarlah, perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Keempat, setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Semoga pembaca semua memperoleh pengajaran dari kisah ini.

Thursday, January 26, 2012

Perbanyakkan Solat Sunat

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 12:15 AM 0 comments
Ada banyak jenis solat sunat, di antaranya:


Sunat Isyraq: 

Sesudah terbitnya matahari kira kira pukul 7 pagi, disunatkan mengerjakan sembahyang 2 rakaat yang dinamakan sunat Isyraq. 

Sunat Dhuha: 

Waktu sunat Dhuha ialah sesudah terbitnya matahari sehingga sebelum gelincirnya matahari. Dilakukan selepas melakukan sunat Isyraq. Banyaknya sekurang kurangnya 2 rakaat. Boleh juga dilakukan 4 rakaat atau 6 rakaat atau 8 rakaat dengan setiap 2 rakaat satu salam. 

Sunat Tahajjud : 

Sunat Tahajjud ini dikerjakan pada malam hari setelah terbangun dari tidur ditengan malam. Adapun bangun diwaktu malam yang dilakukan oleh Rasulullah saw, caranya tidaklah tetap dalam tertib yang sama. Adakalanya Baginda bangun separuh malam, adakalanya sepertiga malam dan ada juga seperenam malam. Perkara ini dipandukan kepada ayat al_Quran iaitu: "Sesungguhnya Tuhan mu mengetahui bahawa engkau bangun (mengerjakan sembahyang) kurang dari duapertiga malam, ada pula separuh dan sepertiganya. 

Sunat Taubat: 

Dilakukan jika seseorang telah membuat sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah, yakni membuat dosa maka mereka menyesal akan perbuatan yang dilakukan dan berazam tidak mengulanginya lagi, lantas mahu meminta ampun dari Allah swt. Caranya serupa dengan sunat yang lain dan sesudah memberi salam hendaklah memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah swt, dan ucapkanlah berulang kali, "astaghfirullahal 'azim, alladzii laa ilaaha illaa huwal haiyul qaiyum wa atuubu ilaih" (aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan yang lain melainkan Dia, yang hidup dan berdiriNya, dan aku bertaubat kepadaNya). 

Sunat Istikharah: 

Dilakukan jika seseorang yang hendak melakukan sesuatu perkara yang baik tetapi sukar untuk memilih yang terbaik.. 

Sebaik baiknya pada rakaat pertama selepas membaca Fatihah dibaca surah al-Kafiruun (Qulya aiyuhal-Kafiruun) dan pada rakaat kedua selepas Fatihah baca surah al-Ikhlas (Qul Huallahu Ahad). 

Sunat Hajat:

Jika seseorang berhajat akan sesuatu atau menghadapi kesulitan dalam sesuatu hal dan ingin meminta pertolongan Allah swt. Dilakukan pada waktu malam selepas tersedar dari tidur dan selepas mengerjakan sunat Tahajjud. Boleh dilakukan dua rakaat dan boleh juga dilakukan sehingga 12 rakaat (setiap 2 rakaat dengan satu salam). 

Sunat Witir:

Sesudah melakukan fardhu Isya dan setelah melakukan sunat selepasnya, lakukanlah pula sunat Witir tiap tiap malam. Sekurang kurangnya satu rakaat, sebaik baiknya 3 rakaat dengan dua salam dan seafdhal afdhalnya 11 rakaat. Tiap 2 rakaat satu salam dan satu rakaat terakhir, satu salam (6 salam jumlahnya). Melakukan sembahyang Witir sesudah sembahyang Tahajjud dibahagian akhir malam adalah lebih utama. 

Sunat Tasbih: 

Sembahyang subat Tasbih adalah sembahyang yang diajarkan Rasulullah saw kepada Saidina Abbas ibnu Abdil Mutthalib. 

Dianjurkan sembahyang sunat Tasbih ini kalau boleh tiap tiap malam. Kalau tak boleh atau keberatan, lakukanlah sekali seminggu. Jika masih keberatan, lakukanlah sekali sebulan dan kalau tak boleh juga, lakukan sekali setahun. Jika sekali setahun pun tak boleh juga, setidak tidaknya lakukanlah sekali seumur hidup. 

Caranya: 

Kalau dilakukan pada siang hari, hendaklah dikerjakan 4 rakaat dengan satu salam. Kalau dikerjakan pada malam hari, hendaklah 4 rakaat itu dijadikan dengan 2 salam. Dinamakan sembahyang Tasbih kerana padanya dibacakan tasbih sehingga dalam 4 rakaat itu berjumlah 300 tasbih. 

Pada tiap tiap rakaat hendaklah dilakukan dengan cara seperti berikut: 

1) Sehabis doa Iftitah, Fatihah dan sesudah membaca surah, baca Tasbih 15 kali, kemudian ruku' 

2) Selepas tasbih-ruku' bacalah Tasbih sebanyak 10 kali kemudian baru I'tidal 

3) Sesudah tahmid-I'tidal, baca Tasbihnya 10 kali kemudian sujud 

4) Diwaktu sujud, sehabis tasbih sujud, ucapkan pula Tasbihnya 10 kali lalu duduk antara 2 sujud 

5) Sehabis doa pada duduk itu, baca pula Tasbihnya 10 kali, kemudian sujud kedua 

6) Pada sujud kedua, sesudah tasbih-sujud, baca 10 kali Tasbih, kemudian sebelum hendak berdiri tegak ke rakaat kedua, kita hendaknya "duduk istirahat" lalu bacakan Tasbih 10 kali kemudian berdiri tegak untuk rakaat kedua. 

Dengan demikian rakaat pertama ini bilangan Tasbihnya sebanyak 75 kali. Demikian juga dilakukan pada rakaat kedua dan ketika duduk tahiyat, sebelum membaca tahiyat, kita baca Tasbih 10 kali. Sesudah tahiyat, beri salam dan kemudian ulangi pada rakaat ketiga dan keempat seperti rakaat pertama dan kedua tadi. Jika terlupa membaca Tasbihnya di satu satu tempat, boleh digantikan ditempat berikutnya agar bilangan Tasbihnya berjumlah 300. 

Sunat Tahiyatul Masjid: 

Tiap kali masuk kemasjid sebelum kita duduk, disunatkan bagi kita mengerjakan sunat Tahiyatul Masjid sebanyak 2 rakaat sesuai dengan sabda Rasulullah saw, "Apabila kamu masuk ke masjid maka janganlah kamu duduk terus sebelum kamu mengerjakan sembahyang 2 rakaat." 

Sunat wudhu': 

Dua rakaat sunat wudhu, yakni yang dilakukan selepas mengambil wudhu adalah sangat sangat dituntut kerana mengambil wudhu' itu satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, dan tujuan mengambil wudhu itu adalah kerana hendak sembahyang. 

Sunat Rawatib: 

Sebelum dan sesudah solat solat fardhu yang lima itu, ada pula sembahyang yang disunatkan mengamalkannya. Sunat ini dinamakan sunat Rawatib. Sunat Rawatib ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: 

1) Sunat Muakkad yakni sunat yang dikuatkan untuk diamalkan. 
a) 2 rakaat sebelum Subuh 
b) 2 rakaat sebelum fardhu Dzohor dan dua rakaat sesudahnya 
c) 2 rakaat sesudah Maghrib 
d) 2 rakaat sesudah Isya 

2) Sunat Ghair Muakkad, iaitu terdiri dari: 
a) 2 rakaat (selain Muakkad) sebelum Dzohor dan dua rakaat sesudahnya 
menjadikannya 4 rakaat sebelum dan empat rakaat sesudah dengan 2 salam yakni 2 y 
yang Muakkad dan ditambah lagi dua, Ghair Muakkad) 
b) 4 rakaat sebelum fardhu Asar dengan 2 salam dan tiada selepasnya 
c) 2 rakaat sebelum Isya dan dua rakaat selepasnya selain Muakkad (seperti dzohor)

Selain dari yang tersebut diatas sunat lain yang amat dituntut adalah Sunat Tarawih dan sunat 'Idain (1 Syawal dan 10 Dzhulhijjah).

Sunat sunat yang lain termasuk:

Sunat Nisfu Sya'ban (malan ke 15 Sya'ban) 

Sunat Musafir (sebelum bermusafir) 

Sunat Nikah (selepas akad nikah)

Sunat Hari 'Asyura (10 Muharram
. Disunatkan juga berpuasa sesuai dengan hadith Rasulullah saw, "Bahawa hari ini adalah hari 'Asyura, dan tidaklah sampai diwajibkan mempuasakannya dan aku sedang berpuasa. Maka siapa siapa yang ingin puasa, puasalah dan siapa siapa yang tidak sanggup, berbukalah)." Kemudian ditanyakan sahabat akan Rasulullah saw, bagaimana ganjaran berpuasa pada hari 'Asyura itu. Jawab Baginda saw, "Menghapuskan dosa dosa kamu yang lalu. 

Sunat 'Asyura dilakukan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam. Selepas membaca Fatihah baca surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali pada tiap tiap rakaat.

Tuesday, January 24, 2012

Cara tidurkan anak

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 11:50 PM 0 comments
Rasa macam seronok je tengok kawan-kawan yang da ada anak. Dalam masa yang sama, tanggungjawab mereka juga turut bertambah. Bukan mudah untuk didik anak. Bagaimana cara yang terbaik untuk tidurkan anak? Masa saya jaga anak buah kesayangan saya, ayah selalu suruh dia beristinjak, berwuduk, gosok gigi dan juga salam dengan semua orang yang ada di dalam rumah sebelum tidur. Ada juga ibubapa yang suka anak mereka tidur sambil menonton tv, membacakan buku cerita untuk mereka ataupun mendodoikan sehingga mereka tertidur. Saya ingin kongsikan cara yang terbaik untuk tidurkan anak ^_^ (macam dah ada anak je)


Sebelum anak anda melabuhkan tubuh di atas katil di malam hari, dia seharusnya diajar tentang beberapa panduan atau adab penting sebelum melelapkan mata. Tidur yang sempurna bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh ketika bangun tidur keesokan harinya, malah turut membantu dia menjadi seorang yang berakhlak mulia.

Berikut adalah antara adab tidur yang perlu diamalkan bagi membantu anak kecil anda memperoleh keberkatan hidup sepanjang hayatnya :-

1. Wudhu

Rutin biasa yang biasa diajar oleh kebanyakan ibu bapa sebelum membenarkan anak masuk tidur ialah membersihkan diri dengan menggosok gigi dan membasuh kaki. Namun, ada baiknya jika anak anda turut dididik sejak kecil untuk mengambil wudhu sebelum tidur. Apabila anggota tubuh bersih, insya-ALLAH tidurnya lebih lena tanpa sebarang gangguan. 

2. Berdoa

Ibu bapa perlu mengajar anak membaca surah-surah lazim seperti yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum baginda tidur. Antara surah-surahnya ialah Al-Fatihah, al-Ikhlas, an-Naas, Al-Falaq dan lain-lain. Selain itu ajar dia membaca doa sebelum tidur. Tujuan utama amalan penting sebegini ialah untuk menjauhi dia daripada gangguan syaitan sewaktu tidur.

3. Baca buku

Mengikut ramai pakar motivasi, masa tidur adalah waktu yang paling untuk ibu bapa mendekati anak. Ini dapat dilakukan dengan membacakan buku-buku cerita teladan. Daripada situ, gunakan kreativiti tersendiri untuk menonjolkan mesej-mesej baik daripada cerita berkenaan agar ia dapat dijadikan tonggak hidup si kecil.

4. Bisikkan doa

Ibu bapa digalakkan untuk berdoa ketika anak hampir melelapkan mata. Amalan ini penting kerana dipercayai ketika ini sebagai antara waktu-waktu doa mudah dimakbulkan. Sambil berdoa, usap ubun di kepala anak anda dan ramas lembut jari-jarinya.

5. Ungkapkan sayang

Ketika anak dalam keadaan ?tidur-tidur ayam?, dengan sepenuh hati katakan anda sayang kepada si manja. Selain itu, luahkan apa sahaja pujian-pujian agar dia tahu anda sentiasa menyayangi dirinya. Ketika manusia dalam keadaan ?tidur-tidur ayam? otak kanan masih bekerja. Jadi, apa sahaja yang anda perkatakan, ia akan melekat di minda si cilik.

6. Posisi

Posisi tidur yang baik seperti saranan Rasulullah adalah tidur di sisi sebelah kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan). Sementara itu, posisi yang paling perlu dihindari ialah tidur dalam keadaan meniarap.

7. Mohon maaf

Jika sebelum si kecil tidur, anda tanpa sengaja memarahinya, ambil peluang sebelum dia melelapkan mata untuk meminta maaf. Jadikan amalkan untuk kedua-dua pihak saling memohon maaf antara satu sama lain. Tidur tanpa meminta maaf dan memaafkan akan menyebabkan dendam itu tersimpan di otak kiri dan dikhuatiri ia boleh menjejaskan peribadi anak anda di kemudian hari.

8. Ciuman

Janganlah membiarkan anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan dia untuk bersalam dan mencium anda sebelum lena. Cara sebegini bukan sahaja dapat dijadikan simbol anda sayangkannya malah turut membantu di tidur dengan nyenyak kerana dia tahu anda sentiasa berada di sisinya.

9. Doa

Sesudah bangun tidur, si anak hendaklah diasuh untuk sentiasa membaca doa. Amalan ini dapat menyucikan hati daripada sifat-sifat yang negatif. Malah, dengan cara sedemikian, ia dapat membersihkan hati kesayangan anda itu daripada perasaan yang tidak baik.


Sama-sama kita kongsikan ye..



Bersin--->> Alhamdulillah

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 9:00 PM 0 comments
Masa kecik2 dulu, mak selalu ajar kita supaya ucapkan alhamdulillah selepas bersin. Tapi kenapa ye kita kena ucap Alhamdulillah?


Apabila kita bersin, umpamanya kita mati satu saat. Bila kita bersin, semua sudah berhenti. Jantung dan nyawa semua sudah berhenti. Jadi, bila semua sudah berhenti dan hidup semula, kita patut bersyukur dan mengucapkan "Alhamdulillah". Sebab itu bila bersin, ucapkanlah "Alhamdulillah" kerana Allah masih meminjamkan nyawa kepada kita. - Dr. Fatma El-Zahra


Jadi, jangan lupa ucapan alhamdulillah.. ^_^

Friday, January 20, 2012

Nak Cari pakaian Muslimah??

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 11:13 AM 0 comments
Aku tak mahu ayahku berdosa..
lantas aku melabuhkan hijabku,
berusaha menutup sempurna auratku,

Aku tak mahu ayahku berdosa..
lantas aku perlengkapkan diriku dengan ajaran agama,
agar dapat membezakan antara yang benar dan salah.

Aku tak mahu ayahku berdosa..
lantas aku hadkan pergaulanku dengan yang bukan mahramku.

Aku tak mahu ayahku berdosa..
lantas aku menjaga diri agar terhindar dari fitnah manusia.

Aku tak mahu ayahku berdosa..
kerana aku sayangkan ayahku 
dan tak mahu ayahku terhumban ke neraka jahanam kerana diriku.

Aku tak mahu ayahku berdosa..
kerana aku..


Saya sangat menyayangi ayah dan saudara lelaki saya. Saya tidak mahu menarik mereka ke neraka. Tahu tak? Sekiranya seorang wanita tidak menutup aurat, dia akan menarik ayahnya, suaminya, saudara lelakinya (abang dan adik lelaki) dan anak lelakinya ke neraka.

Keempat-empat golongan ini akan bertanggungjawab terhadap seorang wanita, dimana:


  • Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya dengan memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anak perempuannya.

  • Apabila suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Isterinya bergaul bebas di luar rumah, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Membiarkan isterinya menayangkan aurat kepada yang bukan berhak.  Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

  • Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga wanita jatuh kepada saudara lelakinya (abang dan adik lelaki). Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara saudara perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan saudara perempuannya diakhirat nanti. Jika mereka hanya membiarkan dan tidak menegur saudara perempuannya yang mendedahkan aurat, mereka juga akan menanggung dosa.

  • Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya tentang tingkah laku yang menyimpang dari Islam. Membiarkan ibunya melakukan kemungkaran, maka bersedialah kerana mereka juga akan diminta bertanggungjawab di akhirat kelak. 

Saya tak sanggup melihat ayah yang rajin menunaikan solat, berpuasa, solat sunat dan juga mengejar amalan-amalan baik di tarik ke neraka disebabkan diri saya. Ayah saya dah buat yang terbaik, mengajar saya tentang Islam, mempraktikkan saya dengan amalan hidup sebagai muslimah, 'Amar ma'ruf, Nahi mungkar....

Saya mempunyai impian untuk menjadi seorang muslimah yang solehah. Menjadi muslimah yang solehah tidak bermaksud kita ketinggalan zaman. Tidak juga bermaksud kita hanya boleh memakai tudung bulat yang sangat labuh beserta jubah. Hakikatnya, kita masih boleh memakai tudung-tudung mengikut fesyen terkini selagi tudung tersebut tidak jarang serta menutup dada. Kita juga masih boleh memakai  blaus, skirt, T-shirt dan juga dress selagi pakaian tersebut tidak jarang dan ketat.

Tidak dapat di nafikan bahawa wanita suka bergaya dan kelihatan cantik. Tetapi pemilihan pakaian haruslah diberi perhatian kerana kita ingin menjadi wanita solehah yang taat pada perintah Allah serta tidak mahu menarik empat golongan di atas ke neraka.

Namun demikian, pada masa kini agak sukar untuk mendapatkan pakaian yang menepati ciri-ciri yang kita kehendaki. Pelbagai fesyen pakaian seperti tudung, blaus dan skirt yang diiklankan, tetapi banyak yang kelihatan jarang dan mengikut bentuk badan. Betul bukan?

Saya sendiri tercari-cari pakaian yang sesuai dengan imej wanita solehah.. Alhamdulillah, seorang cikgu saya telah memperkenalkan saya dengan Adorable Muslimah. Pernah dengar tak tentang Adorable Muslimah? Ia merupakan online shop yang sangat menepati cita rasa saya. Tudung, blaus, skirt, Telekong, Hanbag, Innershirts, dress serta produk Victoria’s Secret juga turut dijual di Adorable Muslimah.

Jika ada pembaca yang berminat, silalah jengok2 di Adorable Muslimah.



 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal