Saturday, June 18, 2011

kelebihan bulan Rejab

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:40 PM 0 comments
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Sama2 kte meningkatkan ibadah =)

future parents ^_^

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:32 PM 0 comments
Alhamdulillah... tahun ni dapat sambut raya iduladha dengan mak dan ayah.. tiga tahun yang lepas, ayah sambut iduladha di Mekah.. dua tahun yang lepas, emak pula sambut raya di kampung tercinta.. tahun lepas, mak dan ayah sambut raya di kampung.. kami adik beradik sahaja yang tinggal di rumah.. sedihnya masa tu.. Alhamdulillah, tahun ni kami semua dapat berkumpul dan beraya di rumah.. makan masakan ibu di pagi iduladha???   ye, itulah yang mengembirakan hati anak2..
kepada rakan2 yang sambut iduladha di perantauan tahun ni, banyakkan bersabar.. jangan lupa telefon keluarga di kampung...

Ya Allah, malam ni sekali lagi hati terdetik.. mampukah aku menjadi seperti ayah dan ibuku... mampu ke aku membesarkan dan menjaga anak2 ku seperti mana ibubapaku menjaga ku? memberi pendidikan seperti yang diperolehi drpd mereka?? pada pandanganku, pada masa kini.. ibubapa sangat sibuk dengan kerja.. masing2 sibuk mencari rezeki untuk keluarga tercinta...
anak2 di jaga oleh pengasuh.. memang la waktu malam mereka bersama mak n ayah, tp masing2 dah penat n nk berehat (tidur)..

masa kecik2 dulu (usiaku 5tahun), pas solat subuh je ayah akan mengaji (membaca Al-Quran).. malam ni, sangat terkenang saat2 tu.. setiap pagi aku akan bangun, dengar ayah mengaji sambil tidur di riba ayah.. indahnye saat tu.. adakah anakku juga berpeluang untuk merasa saat2 seperti itu?

bila da masuk sekolah, tiap2 malam ayah cek beg sekolah.. buku sekolah xboleh terlipat2 di hujungnye.. ayah agak tegas sebab ayah mementingkan kebersihan dan kekemasan.. kerja sekolah mesti kena siap.. xboleh nak tangguh2.. sebarang alasan tak diterima.. tak ada kerja sekolah?? ayah akan bagi kerja.. mampukah aku berbuat demikian kepada anak2 ku nanti??  ayah tak pernah kenal erti penat, kerja sepanjang hari pun ada masa untuk kami enam beradik..

yang paling tak boleh dilupakan, masa ayah kejut solat subuh.. masing2 bangun dengan liatnye.. dah tu, ayah akan cek sama ada kami benar2 mengambil wuduk atau tidak.. kadang2 tu, pas ayah kejut.. ada yang sambung tidur.. ble dengar je mak kata 'ayah dah balik dari surau....' kelam kabut kami lari ke bilik air.. ambil wuduk.. waktu tu terfikir gak, kenapalah ayah kejut awal2 pagi.. sekarang ni, walaupun da besar kami dah terbiasa dengan cara ayah tu, bangun awal pagi.. solat dan mengaji..

sangat seronok bila dapat solat berjemaah dengan ayah.. masa kecik2 dulu, ikut je apa yang ayah baca dan ayat buat.. alhamdulillah, dari situlah saya belajar solat.. risau sangat bila fikirkan masa depan.. macam mana anak2 saya nanti? suami saya ada masa ke nak didik anak2 kami?? ataupun semuanya ditugaskan pada saya?? atau saya pun hanya bergantung pada pengasuh dan pendidik untuk mendidik anak2 kami??

mampu ke aku jadi seorg ibu yang rajin, tabah dan tak pernah berputus asa seperti ibu ku? aku tak pernah keluar rumah tanpa bersarapan sepanjang bergelar sebagai pelajar di sekolah rendah mahupun menengah... bas sekolah ambil tepat jam 5.40 pg.. msk waktu subuh jam 5.30 pg.. ibu bangun awal sangat.. wt sarapan, solat dan menghantarku ke tempat menunggu bas.. jauh perjalanan.. dengan berjalan kaki.. ibu tunggu sampai aku naik bas, baru dia pulang... jalan sorang2 di dalam kegelapan.. Ya Allah, begitu banyak jasa ibu..

bukan setakat itu, ibu akan menemaniku setiap malam.. sampai aku siapkan kerja sekolah dan habis study.. masa stpm dulu, ibu sama2 duduk study (menemaniku).. sediakan makanan di tengah2 malam.. membuat lawak di kala diri ni mengantuk.. malah, sehingga kini ibu masih menyuapkan ku bila aku terlalu busy.. kak long dan adik beradik lain pun begitu juga.. kami tak pernah kelaparan walaupun otak tengah jem nak mentelaah pelajaran...

bila demam atau sakit, ibu akan jaga dengan sebaiknye.. sentiasa ada di sisi.. nanti, bila anak ku sakit, aku akan berada di sisi nye ke?? atau dia ada bersama pengasuhnye??

Ya Allah.. aku memohon kepada-Mu agar aku dpt menjadi seorang ibu seperti ibuku.. yang sentiasa mempunyai masa untuk keluarga.. yang sentiasa menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak, isteri dan ibu solehah.. yang mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang.. dan kurniakan lah aku suami yang dapat mencontohi ayahku.. yang dapat menjadi anak, suami dan ayah yang bertanggungjawab..

mudah-mudahan kami dapat menjaga dan membesarkan anak2 kami dengan sebaiknya.. berlandaskan syariat Islam..

Buku: BAgaimanA akhirNYa SAya BertuDUNg?

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:29 PM 0 comments
Jika kita amati  buku 'bagaimana akhirnya saya bertudung', kita dapat kenal pasti banyak sebab yang menarik seseorang wanita untuk bertudung.. Sebelum bertudung, majoriti daripada mereka memang menganggap bahawa tudung itu beban kepada wanita muslim.. Dengan bertudung, seseorang wanita itu akan mundur, ketinggalan zaman, susah mendapat pekerjaan dan jodoh dan yang paling menyedihkan, wanita yang bertudung di pandang serong oleh masyarakat sekeliling..

Satu ketika dahulu, ustazah-ustazah dan juga pelajar sekolah agama memakai tudung tanpa mengetahui hakikat bertudung.. Mereka memakai tudung, tapi mengeluarkan jambul.. memakai tudung, tapi hanya di sekolah..

Namun demikian, saya sangat terharu membaca detik-detik awal beberapa orang wanita mendapat hidayah untuk memakai tudung dengan sempurna. Mereka menghadapi banyak ujian. Ada ibu yang sanggup membakar tudung anaknya kerana tidak bersetuju dengan keputusan anak untuk bertudung. Ada pula, mat saleh yang hanya akan menyewakan rumahnya sekiranya wanita tersebut setuju untuk tidak memakai tudung. Ada juga yang dikatakan memakai tudung kerana mengandungkan anak luar nikah.

Di antara sebab utama mengapa hati wanita terbuka untuk bertudung (di dalam buku tersebut) ialah tidak mahu ayahnya, suaminya, saudara lelakinya (abang dan adik lelaki) dan anak lelakinya di tarik ke neraka.

Keempat-empat golongan ini akan bertanggungjawab terhadap seorang wanita dimana:

  • Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.Tidak cukup hanya dengan memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anak perempuannya.

  • Apabila suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Isterinya bergaul bebas di luar rumah,menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim.Membiarkan isterinya menayangkan aurat kepada yang bukan berhak.  Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

  • Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga wanita jatuh kepada saudara lelakinya (abang dan adik lelaki). Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara saudara perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan saudara perempuannya diakhirat nanti. Jika mereka hanya membiarkan dan tidak menegur saudara perempuannya yang mendedahkan aurat, mereka juga akan menanggung dosa.

  • Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya tentang tingkah laku yang menyimpang dari Islam. Membiarkan ibunya melakukan kemungkaran, maka bersedialah kerana mereka juga akan diminta bertanggungjawab di akhirat kelak.

Wahai kaum hawa yang disayangi, sanggupkah kamu melihat ayah yang rajin menunaikan solat, berpuasa, solat sunat dan juga mengejar amalan-amalan baik di tarik ke neraka disebabkan diri kita? Ayah kita da buat yang terbaik, mengajar kita 'Amar ma'ruf, Nahi mungkar.. Tapi apa balasan kita kepada ayah??

Pada hal.. ayah, suami, abang, adik atau anak kita selalu menegur kita supaya menjaga aurat, menjaga tingkah laku agar tidak menyimpang dari ajaran Islam..

Mungkin ada di antara kita yang tahu hukum mendedahkan aurat, namun masih belum bersedia untuk menutup aurat sepenuhnya.. Pasti ada yang sering mendengar hukum mendedahkan rambut walaupun hanya sehelai, tapi masih keberatan untuk bertudung.. Namun ada menyimpan niat untuk bertudung satu hari nanti.. TETAPI... BAGAIMANA SEKIRANYA KITA MENUTUP MATA UNTUK SELAMA-LAMANYA SEBELUM SEMPAT KITA BERTAUBAT DAN MEMAKAI TUDUNG SERTA MENUTUP AURAT DENGAN SEPENUHNYA??

Ya Allah, berilah kami peluang untuk memperbaiki diri dan sekali gus menyelamatkan orang-orang yang kami sayangi daripada di tarik ke neraka... Aku tidak sanggup ke neraka-Mu Ya Allah.. Aku tidak sanggup melihat ayahku yang selama ini menjagaku dengan penuh kasih sayang ke neraka Ya Allah.. Aku tidak mampu untuk membalas jasa Ayahku dan aku tidak mahu menyakitinya Ya Allah.. Suamiku, abang dan adikku serta anakku banyak berkorban untuk ku Ya Allah.. Bantulah aku Ya Allah, agar aku dapat menjadi insan yang solehah dan juga dapat menyekat mereka dari ditarik ke neraka.. Ya Allah, lindungilah kami semua.. ~Ameen~

Setakat ini buat kali ini, saya akan kongsikan lagi jika berkesempatan...
~Peringatan untuk diri saya juga~

PESANAN TERAKHIR RASULULLAH S.A.W (Isi Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w)

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 5:47 PM 0 comments
Ketika Rasulullah S.A.W mengerjakan ibadah haji yang terakhir pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah. Baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah S.A.W itu ialah: 

  1. "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan.  Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini”.
  2. "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini adalah suci, makaanggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba diharamkan mulai sekarang”.
  3. "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil”.
  4. "Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita (isteri-isteri)kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dandilarang melakukan zina”.
  5. "Wahai manusia, dengarlah sungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawasetiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh”.
  6. "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar  jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku”.
  7. "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu,  wahai manusia... nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku”.
  8. "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu".

19 HADITH RASULULLAH S.A.W MENGENAI WANITA

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 5:44 PM 0 comments
  • Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda SAW, “Ibu lebih penyayang berbanding bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
  • Apabila seseorang perempuan mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.
    • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
        • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah daripada dosa-dosa seperti waktu ibunya melahirkannya.
            • Apabila telah lahir anak lalu disusui, setiap satu tegukan daripada susunya daberi satu kebajikan.
                • Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknnya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk memebela agama Allah SWT.
                    • Sesiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
                        • Sesiapa yang membawa hadiah (makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Sesiapa yang mengembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
                            • Perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
                                • Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan dan taat akan suaminya, masuklah dia dari mana-mana pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.
                                    • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
                                        • Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya”.
                                            • Apabila engkau dipanggil oleh dua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
                                                • Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung-burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan menjaga sembahyang serta puasanya.
                                                    • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
                                                        • Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
                                                            • Wanita yang tinggal bersama-sama anaknya akan tinggal bersama-sama aku (Nabi SAW) di dalam syurga.
                                                                • Sesiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
                                                                    • Daripada Aisyah r.a., “Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.
                                                                    Wallahu 'alam.

                                                                    6 WasiAT SaidINa UmaR Al-KhaTTab

                                                                    Posted by Ayesha Abdul Mannan at 5:37 PM 0 comments
                                                                    sedikit peringatan buat diri sendiri dan semua pembaca...


                                                                    Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya; Aku berwasiat kepadamu enam perkara :

                                                                    1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.
                                                                    2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.
                                                                    3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.
                                                                    4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andai kata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.
                                                                    5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.
                                                                    6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.”
                                                                    Wallahu'alam.
                                                                     

                                                                    The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal