Saturday, June 18, 2011

Buku: BAgaimanA akhirNYa SAya BertuDUNg?

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:29 PM
Jika kita amati  buku 'bagaimana akhirnya saya bertudung', kita dapat kenal pasti banyak sebab yang menarik seseorang wanita untuk bertudung.. Sebelum bertudung, majoriti daripada mereka memang menganggap bahawa tudung itu beban kepada wanita muslim.. Dengan bertudung, seseorang wanita itu akan mundur, ketinggalan zaman, susah mendapat pekerjaan dan jodoh dan yang paling menyedihkan, wanita yang bertudung di pandang serong oleh masyarakat sekeliling..

Satu ketika dahulu, ustazah-ustazah dan juga pelajar sekolah agama memakai tudung tanpa mengetahui hakikat bertudung.. Mereka memakai tudung, tapi mengeluarkan jambul.. memakai tudung, tapi hanya di sekolah..

Namun demikian, saya sangat terharu membaca detik-detik awal beberapa orang wanita mendapat hidayah untuk memakai tudung dengan sempurna. Mereka menghadapi banyak ujian. Ada ibu yang sanggup membakar tudung anaknya kerana tidak bersetuju dengan keputusan anak untuk bertudung. Ada pula, mat saleh yang hanya akan menyewakan rumahnya sekiranya wanita tersebut setuju untuk tidak memakai tudung. Ada juga yang dikatakan memakai tudung kerana mengandungkan anak luar nikah.

Di antara sebab utama mengapa hati wanita terbuka untuk bertudung (di dalam buku tersebut) ialah tidak mahu ayahnya, suaminya, saudara lelakinya (abang dan adik lelaki) dan anak lelakinya di tarik ke neraka.

Keempat-empat golongan ini akan bertanggungjawab terhadap seorang wanita dimana:

  • Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.Tidak cukup hanya dengan memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anak perempuannya.

  • Apabila suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Isterinya bergaul bebas di luar rumah,menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim.Membiarkan isterinya menayangkan aurat kepada yang bukan berhak.  Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

  • Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga wanita jatuh kepada saudara lelakinya (abang dan adik lelaki). Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara saudara perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan saudara perempuannya diakhirat nanti. Jika mereka hanya membiarkan dan tidak menegur saudara perempuannya yang mendedahkan aurat, mereka juga akan menanggung dosa.

  • Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya tentang tingkah laku yang menyimpang dari Islam. Membiarkan ibunya melakukan kemungkaran, maka bersedialah kerana mereka juga akan diminta bertanggungjawab di akhirat kelak.

Wahai kaum hawa yang disayangi, sanggupkah kamu melihat ayah yang rajin menunaikan solat, berpuasa, solat sunat dan juga mengejar amalan-amalan baik di tarik ke neraka disebabkan diri kita? Ayah kita da buat yang terbaik, mengajar kita 'Amar ma'ruf, Nahi mungkar.. Tapi apa balasan kita kepada ayah??

Pada hal.. ayah, suami, abang, adik atau anak kita selalu menegur kita supaya menjaga aurat, menjaga tingkah laku agar tidak menyimpang dari ajaran Islam..

Mungkin ada di antara kita yang tahu hukum mendedahkan aurat, namun masih belum bersedia untuk menutup aurat sepenuhnya.. Pasti ada yang sering mendengar hukum mendedahkan rambut walaupun hanya sehelai, tapi masih keberatan untuk bertudung.. Namun ada menyimpan niat untuk bertudung satu hari nanti.. TETAPI... BAGAIMANA SEKIRANYA KITA MENUTUP MATA UNTUK SELAMA-LAMANYA SEBELUM SEMPAT KITA BERTAUBAT DAN MEMAKAI TUDUNG SERTA MENUTUP AURAT DENGAN SEPENUHNYA??

Ya Allah, berilah kami peluang untuk memperbaiki diri dan sekali gus menyelamatkan orang-orang yang kami sayangi daripada di tarik ke neraka... Aku tidak sanggup ke neraka-Mu Ya Allah.. Aku tidak sanggup melihat ayahku yang selama ini menjagaku dengan penuh kasih sayang ke neraka Ya Allah.. Aku tidak mampu untuk membalas jasa Ayahku dan aku tidak mahu menyakitinya Ya Allah.. Suamiku, abang dan adikku serta anakku banyak berkorban untuk ku Ya Allah.. Bantulah aku Ya Allah, agar aku dapat menjadi insan yang solehah dan juga dapat menyekat mereka dari ditarik ke neraka.. Ya Allah, lindungilah kami semua.. ~Ameen~

Setakat ini buat kali ini, saya akan kongsikan lagi jika berkesempatan...
~Peringatan untuk diri saya juga~

0 comments on "Buku: BAgaimanA akhirNYa SAya BertuDUNg?"

Post a Comment

 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal