- Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda SAW, “Ibu lebih penyayang berbanding bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
- Apabila seseorang perempuan mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.
- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah daripada dosa-dosa seperti waktu ibunya melahirkannya.
- Apabila telah lahir anak lalu disusui, setiap satu tegukan daripada susunya daberi satu kebajikan.
- Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknnya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk memebela agama Allah SWT.
- Sesiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
- Sesiapa yang membawa hadiah (makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Sesiapa yang mengembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
- Perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
- Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan dan taat akan suaminya, masuklah dia dari mana-mana pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.
- Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
- Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya”.
- Apabila engkau dipanggil oleh dua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
- Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung-burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan menjaga sembahyang serta puasanya.
- Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
- Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
- Wanita yang tinggal bersama-sama anaknya akan tinggal bersama-sama aku (Nabi SAW) di dalam syurga.
- Sesiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
- Daripada Aisyah r.a., “Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.
Wallahu 'alam.
0 comments on "19 HADITH RASULULLAH S.A.W MENGENAI WANITA"
Post a Comment