Alhamdulillah... tahun ni dapat sambut raya iduladha dengan mak dan ayah.. tiga tahun yang lepas, ayah sambut iduladha di Mekah.. dua tahun yang lepas, emak pula sambut raya di kampung tercinta.. tahun lepas, mak dan ayah sambut raya di kampung.. kami adik beradik sahaja yang tinggal di rumah.. sedihnya masa tu.. Alhamdulillah, tahun ni kami semua dapat berkumpul dan beraya di rumah.. makan masakan ibu di pagi iduladha??? ye, itulah yang mengembirakan hati anak2..
kepada rakan2 yang sambut iduladha di perantauan tahun ni, banyakkan bersabar.. jangan lupa telefon keluarga di kampung...
Ya Allah, malam ni sekali lagi hati terdetik.. mampukah aku menjadi seperti ayah dan ibuku... mampu ke aku membesarkan dan menjaga anak2 ku seperti mana ibubapaku menjaga ku? memberi pendidikan seperti yang diperolehi drpd mereka?? pada pandanganku, pada masa kini.. ibubapa sangat sibuk dengan kerja.. masing2 sibuk mencari rezeki untuk keluarga tercinta...
anak2 di jaga oleh pengasuh.. memang la waktu malam mereka bersama mak n ayah, tp masing2 dah penat n nk berehat (tidur)..
masa kecik2 dulu (usiaku 5tahun), pas solat subuh je ayah akan mengaji (membaca Al-Quran).. malam ni, sangat terkenang saat2 tu.. setiap pagi aku akan bangun, dengar ayah mengaji sambil tidur di riba ayah.. indahnye saat tu.. adakah anakku juga berpeluang untuk merasa saat2 seperti itu?
bila da masuk sekolah, tiap2 malam ayah cek beg sekolah.. buku sekolah xboleh terlipat2 di hujungnye.. ayah agak tegas sebab ayah mementingkan kebersihan dan kekemasan.. kerja sekolah mesti kena siap.. xboleh nak tangguh2.. sebarang alasan tak diterima.. tak ada kerja sekolah?? ayah akan bagi kerja.. mampukah aku berbuat demikian kepada anak2 ku nanti?? ayah tak pernah kenal erti penat, kerja sepanjang hari pun ada masa untuk kami enam beradik..
yang paling tak boleh dilupakan, masa ayah kejut solat subuh.. masing2 bangun dengan liatnye.. dah tu, ayah akan cek sama ada kami benar2 mengambil wuduk atau tidak.. kadang2 tu, pas ayah kejut.. ada yang sambung tidur.. ble dengar je mak kata 'ayah dah balik dari surau....' kelam kabut kami lari ke bilik air.. ambil wuduk.. waktu tu terfikir gak, kenapalah ayah kejut awal2 pagi.. sekarang ni, walaupun da besar kami dah terbiasa dengan cara ayah tu, bangun awal pagi.. solat dan mengaji..
sangat seronok bila dapat solat berjemaah dengan ayah.. masa kecik2 dulu, ikut je apa yang ayah baca dan ayat buat.. alhamdulillah, dari situlah saya belajar solat.. risau sangat bila fikirkan masa depan.. macam mana anak2 saya nanti? suami saya ada masa ke nak didik anak2 kami?? ataupun semuanya ditugaskan pada saya?? atau saya pun hanya bergantung pada pengasuh dan pendidik untuk mendidik anak2 kami??
mampu ke aku jadi seorg ibu yang rajin, tabah dan tak pernah berputus asa seperti ibu ku? aku tak pernah keluar rumah tanpa bersarapan sepanjang bergelar sebagai pelajar di sekolah rendah mahupun menengah... bas sekolah ambil tepat jam 5.40 pg.. msk waktu subuh jam 5.30 pg.. ibu bangun awal sangat.. wt sarapan, solat dan menghantarku ke tempat menunggu bas.. jauh perjalanan.. dengan berjalan kaki.. ibu tunggu sampai aku naik bas, baru dia pulang... jalan sorang2 di dalam kegelapan.. Ya Allah, begitu banyak jasa ibu..
bukan setakat itu, ibu akan menemaniku setiap malam.. sampai aku siapkan kerja sekolah dan habis study.. masa stpm dulu, ibu sama2 duduk study (menemaniku).. sediakan makanan di tengah2 malam.. membuat lawak di kala diri ni mengantuk.. malah, sehingga kini ibu masih menyuapkan ku bila aku terlalu busy.. kak long dan adik beradik lain pun begitu juga.. kami tak pernah kelaparan walaupun otak tengah jem nak mentelaah pelajaran...
bila demam atau sakit, ibu akan jaga dengan sebaiknye.. sentiasa ada di sisi.. nanti, bila anak ku sakit, aku akan berada di sisi nye ke?? atau dia ada bersama pengasuhnye??
Ya Allah.. aku memohon kepada-Mu agar aku dpt menjadi seorang ibu seperti ibuku.. yang sentiasa mempunyai masa untuk keluarga.. yang sentiasa menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak, isteri dan ibu solehah.. yang mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang.. dan kurniakan lah aku suami yang dapat mencontohi ayahku.. yang dapat menjadi anak, suami dan ayah yang bertanggungjawab..
mudah-mudahan kami dapat menjaga dan membesarkan anak2 kami dengan sebaiknya.. berlandaskan syariat Islam..
0 comments on "future parents ^_^"
Post a Comment