Monday, September 3, 2012

PilIh 1 jE

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 1:01 AM

Beringatlah wahai diri.. hanya dua pilihan di duniawi..

Pilihan Pertama..

Kamu jadi seperti kelapa..
Diperoleh mudah
Harganya murah
Diparut.. diperah
Habis santan.. hampas bersepah




Pilihan kedua..

Kamu menjadi sebutir mutiara..
Di dasar lautan ditemui
Dilindungi kulit.. tersimpan rapi..
Bukan senang nak memperolehi
Apatah lagi niat cerobohi
Dasar lautan harus di selami
Hanya yang bertuah mampu memiliki
Harganya mahal sekali
Tersimpan selamanya di sudut hati..





Pilihlah wahai diri.. samada..
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan..
menjadi penyedap makanan
diperah segala kenikmatan
dengan mudah jatuh menjadi titisan
akhirnya habis kari dimakan
pulut panggang sisa habis ditelan
dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang
orang tak kenang jasa santan..




Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit yang keras menghadang
namun kiranya ditemui insan
akan menjadi permata hiasan
terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian




OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..

Menjadi santan..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

Menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..

0 comments on "PilIh 1 jE"

Post a Comment

 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal