Sunday, September 2, 2012

untukmu sahabat

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 11:50 PM

Assalamualaikum sahabat....
Maaf andai kehadiran surat ini menganggu. Saya cuma mengharapkan keikhlasan awak memahami kandungan surat ini yang mewakili diri saya. Pertama sekali, saya ingin memohon keampunan untuk segala dosa dan kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang kita menjalani ukhuwah.
Kita dipertemukan oleh Allah juga dipisahkan olehNya. Maaf, kerana saya gagal menjadi sahabat yang baik untuk awak. Maaf kerana mejadi sahabat yang pernah menitiskan airmata awak. Maaf kerana pernah menyinggung perasaan awak. Maaf andai diri saya pernah membuat awak kurang selesa dengan sikapsaya. Maaf andai kata awak pernah terganggu dengan kekhilafan saya. Maaf, jika saya tidak mampu menjadi yang pertama bila awak memerlukan seseorang disamping awak. Maaf juga saya pinta kerana saya tidak mampu menjadi sahabat yang sempurna dan baik untuk awak. Saya cuma seorang sahabat yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan yang seringkali tidak saya sedari. Sekali lagi, maaf sahabat.
Saya mengutuskan warkah ini kerana seringkali teringatkan masa-masa yang pernah kita kongsi bersama. Perasaan rindu sering menyapa setiap kali saya melihat album-album dalam facebook awak. Mungkin ada kekurangan dan kesilapan saya yang tidak saya sedari walaupun telah sedaya upaya saya cari dan itu mungkin telah mengguris hati awak. Setulus hati, saya mohon keampunan.
Semoga setiap langkah yang terbuka akan membawa awak ke jalan Redhanya Allah. Allah menetapkan untuk menemukan dan kemudian memisahkan kita. Diam saya kini bukan bererti membenci, tetapi cukup sebagai tanda saya ingin awak bahagia tanpa saya yang sering melukai awak dan membuatkan awak menjadi bisu dan berasa tidak selesa dengan kehadiran saya.
Sahabat, maaf andai saya pernah membuat awak kesal mengenali saya, tapi bagi saya, tidak ada rasa itu walau sedikit, sebalikya saya teramat bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian dari cerita hidup awak. Akhir sekali, Maaf andai memandang saya sahaja membuat awak tidak selesa, maaf jika kehadiran saya di hadapan awak membuatkan awak merasa benci, meluat dan ingin berlari sejauh yang mungkin.
Akhir sekali, jika satu saat nanti, awak memerlukan seseorang untuk mendengar, jangan segan silu untuk mencari saya. Maaf juga kerana sehingga kini saya sendiri masih mencari jawapan untuk kesepian awak itu. Maaf jika saya yang menjadikan awak terus membisu. Semoga Allah akan terus menerus merahmatimu sahabatku.
Surat ini saya layangkan sebagai tanda saya mengingati awak dan merindui awak. Sekali lagi, tolong ampunkan segala dosa dan kesilapan yang pernah saya lakukan. Halalkan lah jua setiap yang pernah awak berikan pada saya.
Tika airmata awak mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi, tapi tolong, jangan lupa untuk menyekanya dan tersenyum kembali. Apabila suatu saat awak rasa ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong, jangan lupa untuk bangkit kembali. Saya akan terus menyokong awak dalam diam, dari jarak ini.
-Sahabatmu-


0 comments on "untukmu sahabat"

Post a Comment

 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal