Monday, June 1, 2015

TIduR

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 8:02 PM 0 comments
Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sekitar jam 11-12 malam dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.
Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.
Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!
Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.
Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).
Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.
Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.
Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.
Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.
Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.
Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.
Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.
Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.
Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.
Wallahualam.

C&P:cikgu lin (FB)

Friday, May 8, 2015

RESEPI STEW AYAM SIMPLE

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 2:24 AM 0 comments
Bahan-bahan
Ayam (setengah ekor dipotong sederhana)
1 ulas bawang besar
3-4 biji Bunga cengkih
Bunga lawang
kulit kayu manis
air
lada sulah
garam secukup rasa
2 biji ubi kentang
1 biji lobak merah
sedikit tepung jagung +sedikit air
Cara-cara Membuat
Gaulkan ayam dengan lada sulah dan sedikit garam,perap seketika.
Panaskan minyak, masukkan ayam yang telah digaul tadik,hingga kekuningan.Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.kacau seketika Masukkan air (ikut banyak mane kuah yang anda nak).
Kemudian masukkan lobak merah dan ubi kentang (dipotong 4).
masukkan garam, gula dan lada sulah (secukup rasa)
Bila da agak mendidih, masukkan pula sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah (kacau tepung jagung dalam air sebelum masukkn kedalam stew tadi).
Ikut kesukaan anda samada nak stew ayam tersebut pekat atau tidak. Last sekali masukkan bawang besar yang dipotong 4.
Bila da masak, tutup api dan boleh la dihidangkan bersama nasi atau pun roti.
Selamat mencuba 
::RESEPI NASI DAN LAUK PILIHAN::

smile emoticon

KENTANG GORENG RANGGUP

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 2:12 AM 0 comments
BAHAN:-
3 BIJI KENTANG
2 SUDU MAKAN CUKA
500ML AIR
SEDIKIT PERENCAH MAGGI KARI
SEDIKIT PERENCAH PASTI SEDAP KNORR
MINYAK UNTUK MENGGORENG
1. HIRIS KENTANG NIPIS2 MENGGUNAKAN PISAU BUAH
2. DIDIHKAN AIR BERSAMA CUKA TERLEBIH DAHULU. KEMUDIAN MASUKKAN HIRISAN KENTANG TADI. PERLAHANKAN API. RENDAM SELAMA 3 MINIT.
3. ANGKAT DAN CUCI KENTANG TERSEBUT DAN TOSKAN SEBELUM MENGGORENG.
4. PANASKAN MINYAK. GORENG DENGAN API SEDERHANA BESAR. BILA NAMPAK KEKUNINGAN, ANGKAT DAN TOSKAN .
5. TABUR SEDIKIT PERENCAH MAGGI KARI DAN PERENCAH PASTI SEDAP KNORR ATAU APA2 PERENCAH YANG ANDA SUKA.

Monday, April 13, 2015

Aiskrim pelangi ala Paddle Pop

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 7:31 PM 0 comments
A) 1/2 tin susu pekat
B) 3 cwn susu segar (sy pakai susu HL)
C) 2 sudu kecil ovellate
D) 2 sudu kecil vanilla (essen vanilla)
E) Sedikit pewarna biru, merah, hijau n kuning (leh tuka kaler ikut suka korg)
Cara2:
1) Bahan a,b,c,d blend or mixer 20 minit. Pastikan adunan menjadi kembang dan gebu..
2) Asingkan ke dalam 4 bekas dan masukkan pewarna..
3) Tuang ke dalam bekas aiskrim selapis demi selapis hingga habis..
4) Simpan dalam peti sejuk beku.... Dah keras da boleh makan, tp better biarkan semalaman..
P/s: Untuk resepi di atas saya guna mixer.. Guna blender xmuat.

Friday, April 10, 2015

PUDING ROTI SUMI

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 1:23 AM 0 comments

Bahan-Bahan
Sumi Jelly secukupnya(buang air jelly terlebih dahulu)
3 Keping roti(tak perlu buang kulit)
200 ml susu cair
600 ml air
1 paket agar-agar serbuk(10 gram)
1/2 cawan gula pasir(ikut citarasa nak kurang atau lebihkan)
1/2 sudu teh esen ros(optional kalau tak bubuh pun tak pa)
Beberapa jenis pewarna
Cara Membuatnya
Susun sumi jelly di dalam acuan.Setelah penuh masukkan acuan ke dalam peti sejuk
Kisar/Blend halus roti dan susu cair.Ketepikan
Satukan air,agar-agar serbuk dan gula di dalam periuk,kacau sebati dan letakkan di atas dapur.Masak sehingga mendidih
Kecilkan api dan masukkan roti yang telah di blend tadi.Kacau sehingga mendidih sedikit di tepi-tepi periuk
Tutup api.Masukkan esen ros dan gaul sebati
Keluarkan acuan tadi dari peti sejuk.Tuang sedikit adunan ke atas sumi untuk memastikan sumi bercantum.Masukkan semula ke dalam peti sejuk selama 3 minit(Boleh juga masukkan di bahagian freezer/sejuk beku tapi saya letak bahagian bawah sahaja)
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna yang berbeza
Tuang warna pertama ke atas sumi dan masukkan semula ke dalam peti sejuk selama 5 minit
Ulangi proses yang sama untuk warna berikutnya
Sejukkan sebelum dipotong
Selamat Mencuba
SUMBER RESEPI-Noor Abdul Rahim&Buku Resepi.Com

Thursday, April 9, 2015

SAMBAL GORENG TAHAN LAMA

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 10:31 PM 0 comments

Bahan bahan
Cili Kering 250 grm
Bawang Ros 1 kg (bawang besar pun boleh tapi lama nak kering)
Bawang Putih 2 biji labu
Ikan Bilis 1/2 kg
bahan ikut suka berapa nak letak;
Garam
Gula
Asam Keping
Cara
Goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan
Blander cili kering bersama bawang ros dan bawang putih. Boleh juga digantikan dengan bawang besar tetapi lambat laa nak tunggu sambal menjadi garing..lagi satu bawang ros memberi rasa yang sangat istimewa kepada sambal goreng tersebut..
Panaskan minyak, tumis cili dan bawang tadi hingga kering dan masukkan gula, garam dan asam keping tadi.. dan kacau sehingga sambal menjadi garing..barulaa dimasukkan ikan bilis tadi..
Gaul rata dan tutup api..sejukkan. Baru simpan dalam bekas kedap udara untuk mempertahankan kerangupan ikan bilis tersebut..
Haa..lepas ni modalkan duit untuk masak nasi atau nasi putih jerr...layan dengan ulam berbeza pada setiap hari, seperti dengan timun, tomato, ceylon, penganga, kubis atau dia aje..masih berkhasiat kan...takda laa nak melantak maggi hari hari..boleh gugur rambut..
Sebenarnya bukan untuk pelajar jer..kaum ibu yang sibuk bekerja juga digalakkan untuk membuatnya dan simpan kat rumah...bila suami dan anak anak lapar..pandai pandailaa dia orang nak masak nasi, goreng telor..tak pun layan dengan roti..sedap amat..

Sunday, January 11, 2015

Syahid

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 8:23 PM 0 comments
It's a real story from my best friend.

Fatema, kawan baik dari Iraq. merupakan seorang pensyarah di Universiti Mosul. Dia juga pernah menjadi guru tafsir saya..

Disebabkan beberapa hari tak bertemu di ofis, saya cuba menghubunginya melalui call, sms dan whatsapp. Tapi semuanya tidak berjawab. Ya Allah, kenapa dia tiba-tiba menyepi? Dia balik Iraq ke? Mak dia macam mana? (few months ago, dia ada bagitahu yang maknya tidak sihat)

Ok, teringat hangout. Saya menghantar mesej melalui hangout. selepas 2 hari hari, mesej saya dibalas. She only said that her brother was killed. Dia sudah berada di Baghdad pd ketika itu.

Tertanya-tanya juga, bagaimana abangnya terbunuh? Tapi saya tangguhkan niat tersebut sehingga dia pulang ke Malaysia.

Sebaik menerima mesej kepulangannya, saya terus ke rumahnya. Allah.. Dia memeluk saya sambil menangis dan menyatakan bahawa abangnya syahid.. Kisahnya, Abangnya merupakan seorang tentera berpangkat tinggi di Mosul. Allahyarham Dr Tajuddin. Dia banyak menulis buku tentang political science. Allahyarham Dr Tajuddin dah lama sakit, namun meneruskan tugas seharian disebabkan cintanya pada Agama, amanah kepada rakyat..

Seperti biasa, dia bertolak dari rumah ke pejabat pada jam 6.30 pagi bersama body guard yang juga merupakan driver nya. Dalam perjalanan ke pejabat, mereka ditahan oleh lelaki bertopeng (3 buah kereta mengekorinya). Salah seorang lelaki bertopeng menyuruhnya keluar dari kereta dan terus memaksa Allahyarham Dr Tajuddin untuk memasuki kereta mereka. Allahyarham Dr Tajuddin meninggal dunia disebabkan 2 das tembakan didahinya.

Menurut Dr Fatema, abangnya syahid ditembak oleh pihak musuh yang rasa tergugat berikutan Allahyarham mendedahkan strategi mereka di dalam buku terbarunya.

Al-Fatihah Buat beliau.

Ni video majlis pengkebumian nya
https://www.youtube.com/watch?v=MCMlvFA_NYg
 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal