Sunday, January 11, 2015

Syahid

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 8:23 PM
It's a real story from my best friend.

Fatema, kawan baik dari Iraq. merupakan seorang pensyarah di Universiti Mosul. Dia juga pernah menjadi guru tafsir saya..

Disebabkan beberapa hari tak bertemu di ofis, saya cuba menghubunginya melalui call, sms dan whatsapp. Tapi semuanya tidak berjawab. Ya Allah, kenapa dia tiba-tiba menyepi? Dia balik Iraq ke? Mak dia macam mana? (few months ago, dia ada bagitahu yang maknya tidak sihat)

Ok, teringat hangout. Saya menghantar mesej melalui hangout. selepas 2 hari hari, mesej saya dibalas. She only said that her brother was killed. Dia sudah berada di Baghdad pd ketika itu.

Tertanya-tanya juga, bagaimana abangnya terbunuh? Tapi saya tangguhkan niat tersebut sehingga dia pulang ke Malaysia.

Sebaik menerima mesej kepulangannya, saya terus ke rumahnya. Allah.. Dia memeluk saya sambil menangis dan menyatakan bahawa abangnya syahid.. Kisahnya, Abangnya merupakan seorang tentera berpangkat tinggi di Mosul. Allahyarham Dr Tajuddin. Dia banyak menulis buku tentang political science. Allahyarham Dr Tajuddin dah lama sakit, namun meneruskan tugas seharian disebabkan cintanya pada Agama, amanah kepada rakyat..

Seperti biasa, dia bertolak dari rumah ke pejabat pada jam 6.30 pagi bersama body guard yang juga merupakan driver nya. Dalam perjalanan ke pejabat, mereka ditahan oleh lelaki bertopeng (3 buah kereta mengekorinya). Salah seorang lelaki bertopeng menyuruhnya keluar dari kereta dan terus memaksa Allahyarham Dr Tajuddin untuk memasuki kereta mereka. Allahyarham Dr Tajuddin meninggal dunia disebabkan 2 das tembakan didahinya.

Menurut Dr Fatema, abangnya syahid ditembak oleh pihak musuh yang rasa tergugat berikutan Allahyarham mendedahkan strategi mereka di dalam buku terbarunya.

Al-Fatihah Buat beliau.

Ni video majlis pengkebumian nya
https://www.youtube.com/watch?v=MCMlvFA_NYg

0 comments on "Syahid"

Post a Comment

 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal