Risalah Hati merupakan novel Fiqh
Kontemporari yang mengupas konflik akibat daripada perbezaan pandangan dalam
dunia fiqih. Penjelasan yang sangat jelas dan mudah difahami. Novel ini juga
mengajar kita untuk bersikap berlapang dada apabila terjadinya perbezaan atau
khilaf di dalam bidang Fiqh. Setiap pandangan yang diutarakan mempunyai hujah
yang tersendiri.
‘Kita tidak datang untuk menyatukan pandangan
tapi kita datang untuk merapatkan barisan.Sikap yang sebeginilah yang menjadikan
dunia ini lebih aman dan tenteram.Teguh dengan kesatuan. Bertolenrasi pada
perbezaan.’ - Iman Hassan Al Banna-
Bahagian yang saya paling suka adalah penerangan yang diberikan oleh
Syumaila kepada sahabatnya yang bertindak sebagai ‘camerawomen’. Walaupun dalam
debaran menanti saat penikahan, Syumaila tenang dan berupaya untuk memberi
penjelasan dan dalam masa yang sama mengawal keadaan. Syumaila dan
rakan-rakannya tidak mencemuh makcik yang berlainan pendapat walaupun pelbagai
tuduhan diberi. Tips yang paling saya gemari dan cuba amalkan adalah ‘kalau
ikut analogi mudah, pendapat ramai dengan pendapat sikit, yag mana perlu
diikuti? Yang majoriti biasanya kuat. Tapi tak selamanya yang majoriti itu
tepat. Tak semuanya, yang sikit itu salah. Al-Quran kadang kala menegur puak majoriti
dan memuliakan puak sedikit (Buku Fiqh keutamaan, karya Syeikh Yusuf Al-
Qaradhawi).’
0 comments on "Novel: Risalah Hati"
Post a Comment