Aku Ada Wali merupakan novel yang sangat santai, namun
sarat dengan ilmu. Mencerminkan Mawar
Berduri yang selayaknya menjadi
idola dan ikon remaja kini. Pendirian diri iaitu mengutamakan yang utama mampu
membantu diri untuk mengurus cinta, tanggungjawab dan konflik.
‘Pause! Prioriti! Pergi!’
Novel tarbiyah ni dalam bentuk skrip drama. Actually, novel ni di dramakan.. Banyak juga info dalam buku ni. Ada 1 part yang diambil dari novel risalah hati.
Bahagian yang saya
paling suka adalah dimana Syumaila tegas dengan pendiriannya. Dia memilih untuk
tidak berpasangan dengan lelaki ajnabi.. Syumaila nekad untuk mengelakkan diri
daripada leka dengan cinta yang
melalaikan. Ketegasan dan pendirian Syumaila jelas kelihatan apabila dia menjaga batas-batas pergaulan jika perlu berurusan
dengan lelaki ajnabi. Hakikatnya, Syumaila juga wanita. Dia mempunyai perasaan
dan juga impian. Bezanya, Syumaila mengimpikan sebuah perkahwinan yang suci.
Dia tidak menghampiri perkara-perkara yang menjurus kepada zina. Tips yang
sangat penting buat diri saya ialah
sematkan dalam diri, utamakan cinta dan kasih kita kepada Allah, sama seperti
watak Syumaila dalam novel ini.
0 comments on "Novel: Aku ada wali"
Post a Comment