Wednesday, April 16, 2014

Allahyarham Ahmad Ammar

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 11:47 PM 0 comments

Allahyarham Ahmad Ammar mendapat keputusan yang cemerlang 10A dalam SPM
Diceritakan kembali oleh ayahnya ,Tuan Haji Ahmad Azam, pesannya pada Ahmad Ammar semasa berbincang dalam memilih haluan seterusnya,
"Ammar akan menjadi manusia yang luar biasa, bukan yang biasa-biasa..
Jika biasa-biasa maksud Abah, Ammar pelajar terbaik, akan ambil jurusan yang popular iaitu medic, kemudian menjadi doktor, jadi kaya raya, bantu mak ayah, kahwin, beranak pinak dan akhirnya mati. Ini biasa-biasa, Ammar.
Tetapi Ammar perlu jadi manusia yang luar biasa. Kerana itu, perancangan Ammar perlu di luar kotak kebiasaan..
Luar biasa yang pertama, Ammar perlu belajar di Turki.
Dan yang kedua Ammar kena belajar sejarah..
Ketiga Ammar harus tinggal di Jamaah Hayrat mengkaji Risalah al-Nur,
Dan yang keempat, Ammar kena ikut 7 formula Sultan Murad 11 yang dengannya dapat melahirkan Sultan Muhammad al Fateh..
InsyaLLAH Ammar akan jadi manusia yang luar biasa dan akan jadi seorang Pejuang Umat..
Ammar jangan risau tentang karier. Ia akan datang dengan sendirinya, sesuai dengan cita-cita umat yang diperjuangkan
Untuk Ammar, perlu fikir luar biasa. Untuk umat. Perlu fikir dan bersemangat untuk kesejahteraan Umat..
Semangat ummati ini merasakan umat adalah umpama satu badan, sakit mana-mana anggota maka seluruh badan akan terasa sakit..
Kerana itu, ketika masih belajar abah galakkan Ammar bergiat dengan kerja kesukarelawan. Jangan tunggu habis belajar..
Waktu muda adalah mencari pengalaman dalam aktiviti kemanusiaan..
Tidak sama doktor yang hanya fikir untuk diri sendiri dan keluarga, dengan doktor yang 'ummati', jurutera 'ummati', tentera yang 'ummati', pegawai yang 'ummati'
Agenda 'ummati' itu yang menjadikan Ammar luar biasa.." Kata Ayahnya Ahmad Ammar pada ketika Ammar masih hidup..
~BualBicara Anakku Sebutir Mutiara @ UKM~
15 #‎Jamadilakhir 1435



Maksud Al-Fatihah

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 10:08 PM 0 comments
Kadang-kadang terfikirkan cara untuk mendapatkan solat dengan khusyuk.. Namun, ada je masanya fikiran menerawang.. Mungkin sebab kita tak faham maksud surah yang kita baca. Kalau kita faham, kita boleh hayati apabila membaca surah tersebut. sama2 kita cuba amalkan.. mulakan perlahan-lahan.. kita start dengan surah Al-Fatihah.


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"


ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"


ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم Ar-rahmâni r-rahîm. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"


مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين Mâliki yawmi d-dîn. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"


إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"


ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ Ihdina s-sirâta l-mustaqîm. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"


صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ

غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْوَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ Sirâta llazîna an`amta `alayhim 
ghayri l-maghdhûbi `alayhimwala dh-dhâllîn. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada
mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"


Sirah Teragung Muhammad SAW

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 9:34 PM 0 comments
Buku ini disusun dengan merujuk kepada banyak kitab sirah yang mu’tabar (authentic) namun secara umum, majoriti isi buku merujuk kepada buku:
Ar Rahiqul Makhtum karya Syeikh Safiyyurahman al Mubarakfuri. Buku ini mendapat penghargaan sebagai juara Pertandingan Penulisan Sejarah Nabi saw anjuran Rabithah Al-Alam Islamiy. Kolum Hikmah diambil dari buku Silsilah fi Zhilal as Sirah an Nabawiyah karya Amru Khalid. Beliau merupakan insan yang sangat berpengaruh sehingga termasuk sebagai individu yang ke 13 paling berpengaruh di dunia menurut The Time Magazine. Majalah yang sama juga memilih beliau sebagai “the world’s most famous and influential Muslim television preacher”. Peta banyak merujuk kepada buku Atlas Perjalanan Nabi Muhammad SAW oleh Dr Sami’ bin Abdullah al Magluts.
Buku ini sungguh istimewa kerana:
1. Penyusunan kisah yang sistematik dan tersusun mengikut urutan peristiwa di dalam kehidupan Rasulullah saw seolah olah kita merasakan perjalanan hidup Rasulullah sendiri dari sejak kelahiran Baginda sehinggalah membawa kepada kewafatannya.
2. Setiap helaian kertas adalah berwarna dan dilengkapi dengan gambar gambar eksklusif berkaitan Rasulullah saw, keluarga dan sahabat Baginda. Ia sangat membantu untuk mendalami dan merasakan sendiri bagaimana kehidupan Rasulullah dan para sahabat.
3. Gambarajah perang, peta perjalanan Rasulullah, carta alir peristiwa, jadual ringkasan peristiwa, kolum hikmah dari setiap peristiwa semuanya disajikan bagi memudahkan pembaca memahami dan mengingati sirah Rasulullah saw.4. Dan yang terisitimewa, buku ini juga disertakan dengan CD Album Nasyid berjudul ‘Sirah Teragung’ oleh komposer dan penasyid muda yang terkenal dan berbakat, Hafiz Hamidun yang memuatkan 8 lagu baru berkaitan Rasulullah saw dan 1 lagu bonus dari Album Super Hit beliau, Zikir Terapi Hati iaitu Lawkana Bainana. Semuanya disajikan kepada pembaca supaya kita seakan hidup bersama Rasulullah saw.
4.      Dan yang terisitimewa, buku ini juga disertakan dengan CD Album Nasyid berjudul ‘Sirah Teragung’ oleh komposer dan penasyid muda yang terkenal dan berbakat, Hafiz Hamidun yang memuatkan 8 lagu baru berkaitan Rasulullah saw dan 1 lagu bonus dari Album Super Hit beliau, Zikir Terapi Hati iaitu Lawkana Bainana. Semuanya disajikan kepada pembaca supaya kita seakan hidup bersama Rasulullah saw.



Penulis: Dr Ahmad Hatta
Penerbit: Maghfirah Pustaka (M) Sdn Bhd
Halaman : 600 mukasurat berwarna
Cover: Hardcover, Metallic
Berat: 2.5 kg

Harga: RM 280

FATWA: HUKUM MENYEBUT REST IN PEACE (RIP) KEPADA ORANG BUKAN ISLAM

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 8:36 PM 0 comments

ISU:
Apakah hukum untuk orang Islam menyebut “Rest In Peace – RIP” pada ketika mendengar seorang yang bukan Islam meninggal dunia? Adakah ia bergantung pada niat? Bagaimana jika ucapan itu hanya sebagai penghormatan sesama manusia?
PENJELASAN:
Secara dasarnya Islam membenarkan ucapan yang baik terhadap orang bukan Islam atas dasar kemanusiaan dan penghormatan terhadap hak mereka dalam melaksanakan agama mereka. Ini dapat dikiaskan dengan penghormatan Rasulullah s.a.w apabila Baginda berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda.
Dua (2) perkara penting dalam isu memberi ucapan kepada orang bukan Islam. Pertama, niat seseorang dalam memberikan ucapan tersebut. Sekiranya sesuatu ucapan diberikan dengan niat membenarkan kepercayaan sesuatu agama yang jelas bertentangan dengan Islam, maka ia adalah dilarang. Sementara sekiranya ia diucap sekadar penghormatan secara umum, maka ia adalah harus.
Keduanya, latarbelakang tradisi istilah yang diucapkan. Sekiranya ia telah menjadi sebahagian dari amalan keagamaan maka ia adalah dilarang.
Dalam konteks ucapan Rest in Peace, ia adalah satu bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18. Ia juga biasanya diukir di batu nisan mereka yang telah meninggal dunia di kalangan masyarakat Kristian. Versi penuh ucapan tersebut yang berasal dari bahasa Latin itu ialah ‘May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace.’
Ia juga mengandaikan orang bukan Islam tersebut akan mendapat rahmat dari Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut dalam bahasa Latin. Sedangkan dari sudut akidah Islam seseorang yang mati dalam kekufuran tidak akan mendapat keampunan dan rahmat dari Tuhan. Ini berdasarkan ayat al-Quran, Surah al-Taubah:113, “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabatnya sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu ahli neraka.”
Oleh yang demikian seorang Islam adalah amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya kepada seorang bukan Islam.
Walaubagaimanapun Islam tidak menghalang seseorang Islam mengucapkan simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yang meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti “Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda “ atau “ kami mengucapkan kesedihan atas kehilangan si fulan dari keluarga anda”.
Wallahu a'lam.

Friday, April 11, 2014

adab-adab keluar rumah

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 10:43 PM 0 comments

Simple sangat.. cermin diri sebelum keluar rumah :)

Novel: Risalah Hati

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 8:08 PM 0 comments

Risalah Hati merupakan novel Fiqh Kontemporari yang mengupas konflik  akibat daripada perbezaan pandangan dalam dunia fiqih. Penjelasan yang sangat jelas dan mudah difahami. Novel ini juga mengajar kita untuk bersikap berlapang dada apabila terjadinya perbezaan atau khilaf di dalam bidang Fiqh. Setiap pandangan yang diutarakan mempunyai hujah yang tersendiri.

‘Kita tidak datang untuk menyatukan pandangan tapi kita datang untuk merapatkan barisan.Sikap yang sebeginilah yang menjadikan dunia ini lebih aman dan tenteram.Teguh dengan kesatuan. Bertolenrasi pada perbezaan.’ - Iman Hassan Al Banna-

Bahagian yang saya paling suka adalah penerangan yang diberikan oleh Syumaila kepada sahabatnya yang bertindak sebagai ‘camerawomen’. Walaupun dalam debaran menanti saat penikahan, Syumaila tenang dan berupaya untuk memberi penjelasan dan dalam masa yang sama mengawal keadaan. Syumaila dan rakan-rakannya tidak mencemuh makcik yang berlainan pendapat walaupun pelbagai tuduhan diberi. Tips yang paling saya gemari dan cuba amalkan adalah ‘kalau ikut analogi mudah, pendapat ramai dengan pendapat sikit, yag mana perlu diikuti? Yang majoriti biasanya kuat. Tapi tak selamanya yang majoriti itu tepat. Tak semuanya, yang sikit itu salah. Al-Quran kadang kala menegur puak majoriti dan memuliakan puak sedikit (Buku Fiqh keutamaan, karya Syeikh Yusuf Al- Qaradhawi).



Novel: Aku ada wali

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 8:04 PM 0 comments

Aku Ada Wali merupakan novel yang sangat santai, namun sarat dengan ilmu. Mencerminkan Mawar Berduri  yang selayaknya menjadi idola dan ikon remaja kini. Pendirian diri iaitu mengutamakan yang utama mampu membantu diri untuk mengurus cinta, tanggungjawab dan konflik.

Pause! Prioriti! Pergi!’


Novel tarbiyah ni dalam bentuk skrip drama. Actually, novel ni di dramakan.. Banyak juga info dalam buku ni. Ada 1 part yang diambil dari novel risalah hati.

Bahagian yang saya paling suka adalah dimana Syumaila tegas dengan pendiriannya. Dia memilih untuk tidak berpasangan dengan lelaki ajnabi.. Syumaila nekad untuk mengelakkan diri daripada  leka dengan cinta yang melalaikan. Ketegasan dan pendirian Syumaila jelas kelihatan apabila dia  menjaga batas-batas pergaulan jika perlu berurusan dengan lelaki ajnabi. Hakikatnya, Syumaila juga wanita. Dia mempunyai perasaan dan juga impian. Bezanya, Syumaila mengimpikan sebuah perkahwinan yang suci. Dia tidak menghampiri perkara-perkara yang menjurus kepada zina. Tips yang sangat penting buat diri saya  ialah sematkan dalam diri, utamakan cinta dan kasih kita kepada Allah, sama seperti watak Syumaila dalam novel ini.



 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal