Friday, November 21, 2014

Sifat Bidadari

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 2:39 AM 0 comments
Seorang wanita, kena usaha untuk bersifat dengan sifat BIDADARI. Apakah sifat bidadari?

***

1) حور مقصورات في الخيام
"Bidadari-bidadari yang tinggal di dalam khemah-khemah".

Ciri pertama bidadari ialah ia amat menjaga dirinya dengan tak keluar dari rumah jika tiada keperluan yang mendesak. 

Dia pelihara dirinya, kerana dia sedar, lagi banyak dia keluar dan menonjolkan diri di khalayak ramai, lagi banyak lelaki tertarik.

Mungkin, kalau kita boleh simpulkan dari sifat pertama ini ialah TAK SUKA TONJOLKAN DIRI di khalayak ramai. 

Tapi, hari ni, ramai perempuan dah tak rasa malu. Malu makin berkurangan. 

Suka sangat menonjol diri dengan upload gambar di FB, twitter, instagram sedangkan dia tahun ada laki yang friend dan follownya.

Maka, HILANGLAH darinya sifat malu. Hilang juga darinya sifat bidadari! 

Hatta, seorang ulama mengatakan, apabila seorang wanita mendedahkan dirinya sehingga ada lelaki yang memandangnya dan tertarik dengannya, MAKA:

"لعن الله الناظر والنظور"
(Laknat Allah ke atas orang yang melihat dan yang lihat...)

Nauzubillah!

2)فيهن قاصرات الطرف لم يطمثهن إنس قبلهم ولا جان
"Di dalam syurga, ada wanita-wanita(bidadari) yang sentiasa tundukkan pandangan, yang belum pernah di dekati sebelumnya, baik oleh bangsa manusia mahupun jin!!"

Ini sifat kedua bidadari. Menundukkan pandangan! Ingat laki je ke kena tundukkan pandangan? 

Tunduklah pandangan kalian dari melihat artis-artis lelaki yang kacak-kacak. Saya pernah ke sekolah dan universiti untuk bagi ceramah. 

Rata-rata, 70% wanita hari ini terlalu gila-gilakan artis korea, kpop, pelakn drama jepun, penyanyi seperti Justin Bieber, 1D dan lain-lain.

Jika tak tunduk pandangan, maka hilanglah salah satu sifat bidadari dari dirinya! 

3)كأنهن الياقوت والمرجان
"Mereka seperti yaqut dan marjan(permata yang sangat mahal harganya dan amat cantik, suci, berseri)..."

Ciri-ciri yang ketiga ialah dia suci dari sebarang maksiat. 

Tak pernah di sentuh lelaki bukan mahram, tak pernah di kacau(kerana dia amat menjaga dirinya sehingga lelakipun segan nak kacau), dan amat menjaga kecantikan dengan menutup aurat dan bersuci.

***

Ini antara 3 sifat bidadari.

Usahalah untuk ke arahnya. 

Sungguh, ianya tak mustahil. 

Bahkan, jika korang dapat lakukannya wahai wanita, di syurga nanti, korang akan jadi lebih cantik dari bidadari....

~ Tarbiah Sentap ~

Dengki

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 2:38 AM 0 comments
Hati Hati ..

Perasaan dengki dengan maksiat orang lain, juga merupakan satu dosa.

Contohnya, kita dengki dengan kawan kita yang couple. Dan kita rasa sedih sebab kita takde couple. Perasaan dengki dan sedih tu pun satu dosa!

Contoh lain, kita dengki dengan orang kafir yang hidup bebas, zina arak dan lain-lain. Perasaan dengki tu pun satu dosa!

Syukurlah Allah pelihara kau dari dosa. Sepatutnya orang yang buat maksiat kena dengki dengan orang beriman...

~ Tarbiah Sentap ~

Nak jadi Al Qassam

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 2:34 AM 0 comments
Kata nak jadi Al Qassam... 

Apa barang tidur lepas subuh 
sampai matahari dah nak tegak ke kepala.... 

Pekasam la jadinya..

...pesanan ikhlas. Bagi sentap..

~Tarbiah Sentap ~

Teknik cari idea

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 2:31 AM 0 comments
AMARAN, ini bakal sentapkan anda... 
tahap 60%

===

Kalau kau nak buat satu projek, apa-apa projekla, kau nak menulis ke, melukis ke, buat musik ke, nak design apa-apa ke, semuanya memerlukan IDEA. 

Hatta idea macamana nak dakwah dan tarik mad'u ke, idea macamana nak handle program bagi dapat jadi program yang menarik, bombastik dan memberi kesan ke, apa-apalah...

Cuba teka, macamana nak dapat IDEA yang terbaik, menarik dan memberi impak?

Cara terbaik untuk kau nak dapat idea ialah kau TINGGALKAN MAKSIAT dan banyakkan AMAL.

Kerana, MAKSIAT adalah penghalang idea untuk masuk. Sungguh!


~ Tarbiah Sentap ~

Faham?

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 2:30 AM 0 comments
Orang yang tak mampu nak kalahkan nafsu, jangan harap mampu bertahan untuk mengalahkan musuh. 

Sebab tu, siapa yang bercita-cita untuk berjihad, BUKTIKAN dahulu yang kita MAMPU untuk berjihad melawan NAFSU sendiri.

Faham?

~ Tarbiah Sentap ~

Selfie

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 2:26 AM 0 comments
"Kalau kau 'selfie' hati kau, adakah kau sanggup menayangnya kepada dunia, lantaran kotornya ia??"

Mungkin, tika kita selfie, edit sikit, nampak cantik, hensem dan banyak orang like, lantaran "luaran" kita yang kelihatan baik. Namun, adakah HATI kita secantik wajah kita??

"Its easy to take a selfie at the right angle. But Allah looks at us from every angle, not just 'our good side'..."

~ Tarbiah Sentap ~ 

menangis sebab break

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 2:24 AM 0 comments
Daripada kau menangis sebab break dengan girlfriend/boyfriend,,,

Lebih baik kau menangis sebab takutkan azab Allah dalam solat tahajud.

Atau menangis kerana melihat penderitaan rakyat Gaza.

Atau menangis kerana muhasabah diri yang belum cukup sempurna.

Kerana air mata akan jadi lebih bernilai di sisi Allah.

~ Tarbiah Sentap ~

Tips Tinggalkan Cinta Sebelum Nikah dan Ikhtilat

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 1:15 AM 0 comments
“Apakah tips dan cara untuk tinggalkan cinta sebelum nikah dan ikhtilat?”. Saya yakin 100%, sangat ramai orang rasa terseksa dengan ikhtilat dan cinta, tapi malangnya, ramai yang tak tahu macamana nak lupakan bf/gf korang. Juga, ramai yang takut nak jaga ikhtilat sebab takut di anggap sombong, poyo dan lain-lain oleh orang berlainan jantina.

Tapi, awal-awal saya nak bagitahu, cara yang saya nak ajar ni memang efektif kalau korang BUAT! Tapi, kalau korang tak nak berkorban, still rasa berat, kalau saya bagi sejuta tips pun, korang takkan mampu buat. Ingat, hendak seribu daya, tak nak sejuta dalih!

Okay, jom kita tengok satu persatu.
CARA NAK TINGGALKAN IKHTILAT DAN CINTA SEBELUM NIKAH

1) Faham apakah hukum ikhtilat serta asas-asanya, dan cinta sebelum nikah.

Ini tips pertama yang saya letak. Sebab, ramai orang ikhtilat dan sibuk bercintan-cintun, crush sini sana, sembang dengan berlainan jantina tanpa rasa bersalah atas alasan “takde syahwat” kononnya, dan lain-lain, tanpa rasa BERSALAH LANGSUNG!! Kenapa? Sebab, ramai yang tak tahu pun benda tu salah!Bila tak tahu benda tu salah, bila tak faham, maka benda yang salah mereka anggap tak salah, bila tegur, marah, mengamuk, kutuk dan sebagainya.

Oleh sebab tulah, saya dah tulis secara panjang lebar tentang isu ni supaya korang semua FAHAM gila-gila tentang isu ikhtilat dan cinta sebelum nikah ni. Boleh baca tulisan saya di link-link berikut. BACA! Kalau dah ada usaha nak dapat ilmu, tapi kita tolak dan berterusan dalam keadaan jahil, kita dosa. Kalau dah tahu tapi tak amal, pun dapat dosa.

Kekeliruan dalam ikhtilat:
Tujuh Jalan Zina?
Boleh ke ada crush?
Apabila pelajar agama berikhtilat?

Sila baca dari awal sampai habis.

2) Unfriend dan unfollow orang berlainan jantina di media sosial samada Facebook, Instagram, twitter dan lain-lain.

Bagi saya benda ni sangat penting atas beberapa faktor.

Pertama, kalau kita friend/follow yang berlainan jantina, ia akan membuatkan kita mudah untuk stalk, dan melihat gambar yang berlainan jantina! Mana taknya, bila kita friend/follow, segala gambar-gambar mereka akan keluar kat newsfeed kita,gambar gedik ke, selfie ke, gambar ala-ala solehah ke, apa-apalah. Dan ia akan menyebabkan hati makin lama makin hancur lebur secara halus dan tak perasan.

Lepas tu, start like-like gambar, and then, bila gambar korang dapat banyak like, korang start perasan yang korang cantik/hensem, lepas tu mula la start post gambar yang makin lama makin gedik, mengarut, dan rasa nak tumbuk je. Argh!! (Tetiba mengamuk…)

So, bila kita unfriend dan unfollow, ia lebih menjaga iman kita. Bukankah Allah suruh kita tundukkan pandangan? Tak kiralah kalau kita tengok gambar tu dengan syahwat atau tak, Allah dan rasul tetap suruh kita tutupkan pandangan!

“Datangnya musibah di awali dengan penglihatan, seperti kebakaran besar di awali dengan percikan api kecil!”
(ibn Qayyim)

Sebab tu ulama meletakkan dosa mata ialah apabila kita memandang wanita bukan mahram, tak kisah lah dalam real life, atau kat gambar, majalah, tv, dan lain-lain. Satu sudut, memang saya pun maklum, amat susah untuk kita jaga pandangan zaman sekarang. Tapi, persoalannya, apakah USAHA kita?!

Kedua, bila kita unfriend dan unfollow yang berlainan jantina, ia dapatmengurangkan kadar kita berhubung dengan berlainan jantina. Ye lah, bila dah friend dan follow, kita boleh komen, kita lagi teransang/bernafsu untuk mulakan chatting padahal tak penting, start like status pastu perasan:

“Pergh.. Farah like status aku! Bermakna, dia, dia…dia suka aku!! Yeah!!!”

“Pergh.. Samdul retweet twit aku…Argh..meltingnya!!”

Ini semua menimbulkan fitnah. Percayalah. Lagi satu, bila kita friend/follow berlainan jantina, kita akan dapat baca status dan update dia, sekaligus membuatkan kita ada rasa kecenderungan untuk lebih mengenali si dia. Nampak tak permainan setan di situ??

Kalau tak Nampak, tak tahulah….Tapi, kalau kita yakin tak mendatangkan fitnah seperti friend/follow tokoh-tokoh agama, ulama’, ustaz ustazah, dan sebagainya, maka takde masalah.Tapi, pastikan niat untuk dapat manfaat.Yang pasti, jangan tipu diri sendiri.

3) Jangan save nombor yang berlainan jantina.

Ni pun satu tips yang berguna. Saya sendiri dalam henset takde save satu pun nombor perempuan. Kalau saya nak berhubung atas urusan kerja, saya akan cari di group whats app kerja tu, dan berurusan sekadar untuk menyetelkan urusan.

Kalau kita save nombor perempuan, lebih-lebih lagi rakan satu kelas, rakan satu kuliah, orang yang kita suka dan lain-lain, ia lagi memudahkan kita untuk start mesej, pastu call bagai. And then….. Faham-fahamlah.

4) Jauhi berkawan dengan orang yang kaki ikhtilat dan couple.

Ini benda yang sangat penting bagi saya. Sebab kawan ni adalah benda yang sangat besar dalam islam. Salah plilih kawan, keislaman kita akan hancur. Sebab, kawanlah yang banyak bersama kita, sekaligus akan mempengaruhi kita samada secara sedar ataupun tak.

Bayangkan, bila kita kawan dengan kaki ikhtilat dan couple, nanti dalam kelas, dia akan start cerita pasal perempuan ni, laki tu, artis ni, artist u, pelakon ni, pelakon tu, pastu start luahkan masalah dia, mintak pandangan kita pasal isu cinta, macamana cara nak luahkan perasaan cinta bagai, dan lain-lain.

Lagi masalah, bila kawan kita tu start cucuk-cucuk kita untuk start berikhtilat dan couple dengan memperkenal dan men’suggest’kan kita untuk berikhtilat dan couple dengan perempuan dan laki ni.

“Weh, bak kata Syamsul, Bakri suka kau Farah…Eee…Jelesnya aku! Farah, ni peluang kau. Bakri dah la hot, hensem gila kata kau…Pastu dia minat kau. Serius untung!! Tryla kau mesej-mesej dia. Hehe…”

“Aku tengok kau sedih je. Kenapa ni Ayob?Aku tahu kau suka Sarah. Tapi kau segan nak bagitau dia kan? Kalau kau nak aku tolong, boleh je:) Aku tak nak kau sedih-sedih ni. Kau sedih, aku pun sedih beb….”

“Hahaha..kau takde awek? Bapak nerd gila kau!”

Dan lain-lain. Bagi saya, ayat-ayat di atas ni benda REAL. Bila kita start kawan dengan orang yang kaki ikhtilat dan couple, secara tak langsung, mereka akan pengaruh dan goda kita untuk turut serta melakukan dosa tu, walaupun mereka takde niat. Percayalah.So, tinggalkan mereka, cari kawan yang baik dan soleh.

Ada sorang kawan saya mengadu. Yang mana, dia ni hafiz quran 30 juzuk. Bila dia pindah sekolah, kawan-kawan kat sekolah abru dia semuanya couple. Sampai satu tahap, dia rasa MALU kalau tak couple. Akhirnya, dia pun couple....Isk, isk, isk...

5) Berukhwah dengan sesama jantina.

Sebenarnya, berukhwah dengan yang sama jantina sejuta kali ganda lagi manis dan nikmat daripada bercinta dan berikhtilat. Serius saya tak tipu. Saya sendiri bila chat dengan kawan-kawan baik saya, saya boleh tersenyum sorang-sorang, tergelak sorang-sorang, dan kadang-kadang, boleh nangis teresak-esak sebab rindu!

Banyakkan bersama kawan sejantina yang baik dan soleh, yang sering support kita buat baik, yang bantu dan sanggup dengar luahan masalah kita dengan sabar walaupun lama, yang sering nasihat kita bila kita buat salah, yang berada di sisi kita time kita susah dan senang, yang boleh simpan aib kita, yang sering memberi kita semangat time tengah down, fuh….

Nikmat gila beb!!

Bagi saya, orang yang berikhtilat dan couple ni, punca dia ialah dia langsung tak pernah rasa nikmat berukhwah dengan sesama jantina. Sebab tu akhirnya dia pilih jalan dosa untuk memuaskan kekosongan dan keboringan dalam hidup dia. Akhirnya, dia takkan puas dengan ikhtilat dan couple, bahkan, dia akan bertambah HAUS, ketagih dan terseksa bagai orang yang terseksa dengan ketagihan dadah.

Mana taknya, ramai orang yang ingatkan mereka ni berukhwah. Tapi, mereka cemari jalan ukhwah dengan perbuatan dosa.Pergi wayang sama-sama rakan sejantina, merempit sama-sama, cerita pasal awek/pakwe sama-sama. Orang yang cemarkan jalan ukhwah dengan dosa, mereka tak akan merasai nikmatnya ukhwah!!!

Saya ulangi:

“Orang yang cemarkan jalan ukhwah dengan dosa, mereka tak akan merasai nikmatnya ukhwah!”

So, kalau korang nak berukhwah sesama jantina, berukhwahlah dengan cara islam. Saling tolong-menolong ke arah kebaikan, rapat dan kenal mengenal, dan lain-lain. Baru korang akan rasa nikmat ukhwah. Bila dah rasa nikmat ukhwah bersama rakan sejantina, percayalah, korang takkan teringin nak ikhtilat dan couple, sebab korang dah dapat rasa kemanisan dan kebahgiaan dalam berukhwah.

6) Elakkan dari tengok drama cinta, baca novel cinta, dengar lagu cinta dan apa-apa yang berkaitan cinta.

Hakikatnya, apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, dan apa yang kita baca, akan membentuk satu CARA FIKIR lalu akan mengesani hati dan perbuatan kita! Kalau kita sering melihat benda-benda yang baik, dengar benda yang baik-baik, dan membaca benda yang baik-baik, maka cara fikir kita akan baik, dan akan membuahkan perbuatan dan amal yang baik!

Tapi, kalau buruk? Kalau tengok movie drama pun pasal cinta, dengar lagu cinta, baca novel cinta, akhirnya, kita akan rasa cinta dan ikhtilat tu tak salah, bahkan kita akan rasa malu kalau tak couple dan malu kalau tak ikhtilat. Apakah semua ini? Tidaaaaak!!!

Saya umpamakan benda ni macam SPAN

"Kalau kita masukkan span dalam air najis, bila kita perah, yang akan keluar ialah air najis. Kalau kita masukkan span tu dalam air bersih, bila kita perah, yang keluar juga adalah air bersih..."

Sama macam hati kita. Kalau yang masuk dalam hati kita ialah pasal cinta, akhirnya ia akan membuahkan perbuatan yang berkaitan dengan cinta.

Cukup-cukuplah. Bawak bertaubat.

7) Sibukkan diri dengan dakwah dan tarbiah.

Ini bagi saya sangat penting. Bila kita dah takde kerja nak buat, kita pun akan buat benda yang takde kerja. Takde kerja nak couple semua tu, pelik betul. Sebab tu, kita kena sibukkan diri kita dengan amal, dengan dakwah, dengan tarbiah!! Kalau kita sibuk dengan benda-benda ni, sampai satu tahap, kita dah takde masa nak fikir pasal cintan-cintun ni. Percayalah.

Saya ada sorang kawan, satu hari dia masuk kelas, muka dia sedih, muram dan amcam nak nangis. Saya ingat dia sedih sebab putus cinta ke apa(Walaupun dia ni langsung tak bercinta dan amat menjaga ikhtilat). Saya tanya dia, kenapa dia sedih? Dia jawab:

“Aku sedih sebab orang yang aku dakwah dah lama tak datang jumpa aku. Aku takut dia lari dari dakwah aku….”

Pergh. Saya respect gila. Orang yang dah sibuk dengan dakwah tarbiah ni, sampai satu tahap, dia rasa jatuh cinta dengan dakwah dan tarbiah, sehingga, dia sanggup korbankan segala-galanya untuk dakwah tarbiah. Jealous kan?

Contoh paling dekat dengan ialah ialah Alqassam di palestin. Yang mana, ahli briged Alqassam semuanya bawah 30 tahun. Kebanyakannya sekitar 18 hingga 25. Lihat, mereka sibukkan diri mereka dengan dakwah, tarbiah dan jihad, sehingga mereka takde masa langsung nak fikir pasal couple semuanya. Kalau mereka mampu, so, jangan bagi alasan yang kita tak mampu!

Itulah 7 cara yang saya boleh bagi untuk tinggalkan ikhtilat dan cinta sebelum nikah. Saya dan akwan-kawan saya dah buat, dan kami berjaya Alhamdulillah.Korang bila lagi? Jom!

Sumber:tarbiah sentap

SoLAT SUNAt TAubAT

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 1:13 AM 0 comments
Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka.. Sesungguhnya hati kita aokan tenang dan damai setelah bertaubat dan menjauhkan diri dari larangan Allah..







Friday, October 17, 2014

KaLau CInta, BEbasKAn!!

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 7:16 PM 0 comments
"Admin.. saya sungguh2 sayang seorang perempuan ni.. saya nak kawin dengan dia sungguh2. cuma sekarang takde duit.. masih belajar.. dan persediaan pun takde lagi..

apa perlu saya buat? nak tinggalkan takut nanti dia kawin dengan orang lain..."

--

pandangan saya..

Kalau sungguh-sungguh kamu sayang Allah dan Rasul-Nya, kamu akan tinggalkan dia kerana Allah dan Rasul.. Sebab apa? Sebab nak jaga ikhtilat, jaga pandangan dan sebagainya..

Sebab kamu pun tahu, kamu tak mampu nak kahwin lagi.. Dan belum tentu kamu akan kawin dengan dia.. Lagi kamu dengan dia, kamu hanya bagi harapan saja pada dia..

Ibnu Qayyim ada sebut,

“Orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan kepada harta..”

Kalau kamu betul sayangkan dia, utamakan cinta Allah dan Rasul-Nya dulu.. KORBANKAN perasaan demi Allah dan Rasul..

Masa depan kamu jauh lagi.. Banyak benda kamu kena buat.. habiskan study, kerja dakwah dan tarbiah, cari pendapatan sedikit, tolong mak ayah dan sebagainya..

Kalau di takdirkan kamu BUKAN dengan dia, PERCAYALAH...

Kalau kamu bercinta atau bercouple dengan dia bagai nak rak sekarang ni, suatu hari nanti kamu akan berpisah juga.. bahkan lagi menyakitkan !!

Tapi kalau betul dia tu jodoh kamu, kamu tak pernah contact bahkan tak pernah kenal pun dia, suatu hari dia akan jadi milik kamu.. Itu je perkiraan dalam dunia.. Jangan ikutkan perasaan tu..

Move forward.. Pandang kedepan.. banyak lagi benda penting nak fikir selain cinta bagai ni..

Dah betul2 sedia nak kahwin, baru pergi meminang, dan terus kahwin.. tak yah tunggu lama2.. Kahwin ni bukan benda mudah.. Ia datang dengan tanggungjawab.. Jangan tengok nak seronok je.. 


SUMBER: TARBIAH SENTAP

ErmMM... CouPle SEbelum NIkaH??

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 7:05 PM 0 comments
"Admin, macam mana nak KAHWIN kalau TAK couple atau bercinta dulu sebelum kahwin?

Boleh bagi solusi tak? Asyik sebut haram haram haram.. 

Bukan apa, saya takut membujang je sebab tak bercinta dulu.."

--

Pandangan saya.. [AMARAN berwarna kuning, status ini TERLALU panjang. Kalau korang tak kisah, bacalah. Kalau korang malas, terpulanglah. Saya tak paksa.]

1. Kalau korang tak atau belum couple lagi, maka BERTAQWALAH pada Allah. Apa maksud takwa? Ikut perintah Allah dan jauhi larangan Allah dengan SUNGGUH-SUNGGUH! Bukan sambil lewa..

2. Kalau korang SEDANG couple, maka BERTAQWALAH pada Allah dan PUTUSKAN hubungan korang dengan pasangan korang.. Hari ni kan hari jumaat.. mana tau korang clash sebab nak taat perintah Allah, ada berkat dan rahmat Allah turun pada korang..

3. Kalau korang student atau pelajar lagi, belajarlah sungguh-sungguh. Dapatkan 4 flat ataupun straight A's. Jangan fikir tentang cinta bagai dulu..

Kalau korang SEKALI dah terperangkap bab cinta ni, percayalah... korang mesti akan KETAGIH..

Korang belajar pun, nak SMS/whatsapp dengan pasangan.. Kalau boleh nak study sama-sama. Kalau dah study sama-sama, memang takkan fokus punya.. Percayalah cakap saya..

4. Tapi kami bercinta sebab Allah? Kami tak buat apa-apa maksiat. Kami tak pegang tangan.

Kalau saya boleh ketuk dengan tulang rusuk kiri, saya dah ketuk. Tapi saya masih tak kejam lagi.

Korang bukan bercinta sebab Allah, tapi korang bercinta sebab NAFSU syahwat ! Kalau korang cintakan Allah dan Rasul-Nya, korang tahu ikhtilat itu HARAM. Menghampiri zina itu juga HARAM.

Kalau korang dah bercinta, korang mesti lupakan Allah. Buktinya?

Korang solat pun lambat sebab nak reply SMS dulu..
Korang tidur pun lambat sebab phone call ataupun SMS sampai pukul 3,4 pagi. Lepas tu bangun subuh lambat.
Korang solat pun tak khusyuk sebab teringat-ingat.

dan macam-macam lagi. Ini bercinta sebab Allah? Ini namanya NAK MELUPAKAN Allah..

5. Kalau korang dah masuk universiti, korang bersungguh nak kahwin, make sure korang yakin bahawa korang memang dah bersedia nak kahwin. BUKAN ikut atau dengar ceramah tentang kahwin awal, terus korang rasa nak kahwin.

Bersedia ni erti kata

- korang dah tahu apa hukum hakam dalam fiqh munakahat,
- korang dah ada kewangan yang boleh menampung,
- korang dah bersedia mental korang yang paling tinggi,
- korang boleh berkahwin dalam MASA TERDEKAT (paling terbaik KURANG dari setahun bertunang)
- dan paling penting..

korang ada SEBAB yang kukuh kenapa korang nak kawin masa belajar.. Sebab tu saya cakap, kahwin jangan ikut orang.. JANGAN.. nanti korang menyesal.. Kahwin ikut sunnah.. bukan ikut orang..

Saya pernah jumpa pasangan yang dah kahwin waktu belajar, lepas tu MENYESAL kahwin awal..

Kahwin ni bukan boleh buat main-main. Ia melibat tanggungjawab, maruah, harta, kehormatan, bahkan hubungan kekeluargaan. Ia bukan cinta cintun semata-mata.

6. Kalau dah bersedia nak kahwin?

Jangan lupa, bersedia ni memang betul-betul bersedia! Bukan bersedia nak kahwin 5 tahun lagi.

BUKAN !! Bersedia nak kahwin ni contohnya,

kalau keluarga perempuan tu nak korang kahwin minggu depan, korang boleh kata pada keluarga perempuan tu,

"No hal makcik dan pakcik. Anytime anywhere. I'm well prepared ! Oyeah !! "

So maksudnya, korang dah boleh nak kahwin dalam masa TERDEKAT (Kurang dari setahun adalah paling terbaik. Lagi CEPAT lagi bagus).

ha, baru betul.

Ok, kalau korang dah betul-betul bersedia nak kahwin, maka cari ORANG TENGAH untuk bantu korang kahwin atau memulakan proses perkenalan.. SEBAIKNYA begitu.

Siapa orang tengah?

Siapa yang MAHRAM dengan korang. Abang, Akak, Emak, Ayah dan sebagainya.

Kalau dah takde? Cari ustaz atau ustazah yang dah berkahwin, kemudian minta mereka jadi orang tengah.

Contoh seorang lelaki.

Kalau lelaki tu dah bersedia nak kahwin tetapi masih tiada calon. boleh cari ustaz (yang DAH KAHWIN) yang korang rapat, minta pandangan dia tentang calon mana yang ok.

Lepas dia bagi cadangan, dan korang pun setuju, minta ustaz tu jadi wakil korang. Jangan ustaz tu pula yang meminang sudah. Melepas korang.

Kalau perempuan tu setuju, terus jumpa keluarga perempuan tu dalam MASA TERDEKAT. TAPI INGAT.. jangan pula korang menggatal-gatal SMS atau whatsapp perempuan secara BERDUA-DUAAN. Sama je korang berikhtilat.

Jadi macam mana nak contact? Buat whatsapp group. dalam whatsapp group tu, pastikan ada korang, perempuan tu, mahram korang dan mahram perempuan tu.

Supaya perbualan korang dengan perempuan tu TERJAGA. Korang akan bincang benda penting seperti tarikh kahwin, hantaran, kos dan sebagainya.

Bukannya tanya, "ayang dah makan? ayang sihat?" 

7. Bagaimana perempuan pula?

Perempuan pun boleh buat benda sama. Boleh je melamar lelaki tu guna orang tengah. TAKDE MASALAH.

Khadijah radiyallahu anha melamar Rasulullah guna orang tengah juga..

Jangan pedulikan istilah "perigi cari timba"..

Yang penting korang jaga ikhtilat, tunduk pandangan, jaga percakapan, jaga batas-batas agama, jalan je.. korang juga nak kahwin, bukan orang lain..

8. Kalau nak cari pasangan sendiri?

Boleh je nak cari sendiri. TAPI dengan syarat..

MESTI jaga ikhtilat, jaga pandangan (tunduk pandangan), jaga kata-kata, jaga batas-batas agama, dan paling penting,

ADA ORANG TENGAH. Orang tengah ni MESTI dah kahwin dan FAHAM dan AMALKAN AGAMA. Tak semestinya ustaz atau ustazah.

Yang penting bukannya jenis kaki couple juga. Memang tak jalan la cara ni..

Kenapa kena ada orang tengah? Supaya korang punya perbualan tak terlajak-lajak. Nabi kan dah sebut, kalau dah berdua, syaitan akan jadi orang ketiga.

walaupun di alam SIBER !

Nak cari kat mana?

Cari kat planet Venus.. Adoi. itu pun nak aku ajar ke? Cari je la mana-mana pun.. kat kuliah ke, kat universiti ke, kat tempat kerja ke, kat facebook ke, atau mana-mana la..

yang penting jaga syarat-syarat yang dah diberitahu. Dan mesti ada orang ketiga. Kalau korang berdua je, memang ke laut la jawabnya..

9. Kalau tak jumpa PASANGAN atau takde siapa nak kat korang?

Takpe.. Jangan risau.. Ramai je yang mati dalam dunia ni tak sempat kahwin pun.. Jangan kalut-kalut.. Tapi jangan pula tak nak kahwin.. berat jugak..

Rilek sudah.. Teruskan kehidupan, dan teruskan usaha MENCARI.. Jangan putus asa..

Tapi kalau takde jodoh dalam dunia, percayalah, kat akhirat nanti korang akan jumpa pasangan korang.. Percayalah..

10. Saya rasa okay kot sampai sini. Ini solusi yang saya boleh cadangkan, dan saya rasa ia patuh syarak. Kalau ada salah, mohon betulkan. Kalau ada soalan, tanyalah.

Admin !! Last soalan... !!

Hmm.. Apa dia?

Admin dah kahwin belum?

Err... k bai.. baca kahfi dulu..

I rest my case.

- Yang benar,
Aku bukan Adnin -

p/s : 1. Oh ya, kalau rasa bermanfaat, share lah kepada seluruh bima sakti dan cakarewala..

2.Saya sebenarnya dah agak penat asyik nak cerita bab cinta, couple dan sebagainya.. Ramai pun dah muak..

TETAPI... inilah masalah pemuda pemudi hari ni.. terutama pelajar sekolah dan universiti.. bahkan lebih teruk pelajar aliran agama sendiri !

Jadi kami tak boleh penat dan putus asa walaupun ramai orang jemu! Kami nak sampai seluruh rumah di Malaysia ni faham tentang salahnya ikhtilat, bercouple, berzina dan sebagainya!


SUMBER: TARBIAH SENTAP

Thursday, September 25, 2014

Lemak sayur

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 10:45 PM 0 comments
Yang ni pun resepi ringkas..

Lada merah 1-hiris
Taugeh seposen
Tahu 2-potong 8
Bwg besar 1
Bwg kecil 3
Santan pekat 1 mgkuk
Santan cair 1 mgkuk
Ada udang pn ok gak


Minyak sikit, goreng bwg kecil smpai layu.
Masuk lada
Msk santan cair, tahu.
Masuk bwg besar
Last masuk taugeh n udang
Bila da didih, masuk santan pekat
Masuk garam n gula
Siap

Sambal tumis ikan sardin

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 10:44 PM 0 comments
Resepi2 ringkas untuk rujukan saya masa akan datang.. Save kt blog senang sikit nak cari nanti :) 

Bwg besar 1-potong bulat2
Bwg kecil 4,bwg ptih 3, buah keras 1, lada kering 10 (rndam dlm air panas)-kisar
Ikan sardin 3-cuci dgn air asam jawa.then gaul dgn garam n serbuk kunyit.


Goreng ikan dlm minyak y byk n panas. Blh masuk asam keping kalau nk. (kata org tua2, kalau masukkan asam keping, nanti ikan xmelekat kt kuali)
Tumis bhn kisar smpai pekat 10-15 minit
Masuk air asam sikit.
Masuk bwg besar, gula, garam
Masuk ikan.
Masak-siap

Thursday, September 11, 2014

Air MAta Keinsafan

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 8:57 PM 0 comments
Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna
pada mata Ilahi?
Kenapa begiru sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?

Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Ya Allah……
Hinanya diri ku ini ya Allah…
Kotornya diri ku ini ya Allah…
Jijiknya diri ku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah….
Segala-galanya aku berserah pada Mu…
Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahalazim…
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….

Air mata membasahi pipi….
Adakah ini air mata keinsafan???
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…
Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….
Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..
Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…
Tapi ya Allah…
aku malu ya Allah untuk menyatakannya…
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna?
 Nama syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...
Aku tidak layak memikirkan tentangnya..
Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?
Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita.
Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.
Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…
Sungguh hina diri ini…
sungguh kotor diri ini…
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…

Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...

Ya Allah…..
Pimpinlah daku…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cumaAku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….
Ampunilah aku ya Allah….

Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…


by: Ber"couple" itu Haram

Parents to be

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 8:56 PM 0 comments
Alhamdulillah... tahun ni dapat sambut raya iduladha dengan mak dan ayah.. tiga tahun yang lepas, ayah sambut iduladha di Mekah.. dua tahun yang lepas, emak pula sambut raya di kampung tercinta.. tahun lepas, mak dan ayah sambut raya di kampung.. kami adik beradik sahaja yang tinggal di rumah.. sedihnya masa tu.. Alhamdulillah, tahun ni kami semua dapat berkumpul dan beraya di rumah.. makan masakan ibu di pagi iduladha???   ye, itulah yang mengembirakan hati anak2..
kepada rakan2 yang sambut iduladha di perantauan tahun ni, banyakkan bersabar.. jangan lupa telefon keluarga di kampung...

Ya Allah, malam ni sekali lagi hati terdetik.. mampukah aku menjadi seperti ayah dan ibuku... mampu ke aku membesarkan dan menjaga anak2 ku seperti mana ibubapaku menjaga ku? memberi pendidikan seperti yang diperolehi drpd mereka?? pada pandanganku, pada masa kini.. ibubapa sangat sibuk dengan kerja.. masing2 sibuk mencari rezeki untuk keluarga tercinta...
anak2 di jaga oleh pengasuh.. memang la waktu malam mereka bersama mak n ayah, tp masing2 dah penat n nk berehat (tidur)..

masa kecik2 dulu (usiaku 5tahun), pas solat subuh je ayah akan mengaji (membaca Al-Quran).. malam ni, sangat terkenang saat2 tu.. setiap pagi aku akan bangun, dengar ayah mengaji sambil tidur di riba ayah.. indahnye saat tu.. adakah anakku juga berpeluang untuk merasa saat2 seperti itu?

bila da masuk sekolah, tiap2 malam ayah cek beg sekolah.. buku sekolah xboleh terlipat2 di hujungnye.. ayah agak tegas sebab ayah mementingkan kebersihan dan kekemasan.. kerja sekolah mesti kena siap.. xboleh nak tangguh2.. sebarang alasan tak diterima.. tak ada kerja sekolah?? ayah akan bagi kerja.. mampukah aku berbuat demikian kepada anak2 ku nanti??  ayah tak pernah kenal erti penat, kerja sepanjang hari pun ada masa untuk kami enam beradik..

yang paling tak boleh dilupakan, masa ayah kejut solat subuh.. masing2 bangun dengan liatnye.. dah tu, ayah akan cek sama ada kami benar2 mengambil wuduk atau tidak.. kadang2 tu, pas ayah kejut.. ada yang sambung tidur.. ble dengar je mak kata 'ayah dah balik dari surau....' kelam kabut kami lari ke bilik air.. ambil wuduk.. waktu tu terfikir gak, kenapalah ayah kejut awal2 pagi.. sekarang ni, walaupun da besar kami dah terbiasa dengan cara ayah tu, bangun awal pagi.. solat dan mengaji..

sangat seronok bila dapat solat berjemaah dengan ayah.. masa kecik2 dulu, ikut je apa yang ayah baca dan ayat buat.. alhamdulillah, dari situlah saya belajar solat.. risau sangat bila fikirkan masa depan.. macam mana anak2 saya nanti? suami saya ada masa ke nak didik anak2 kami?? ataupun semuanya ditugaskan pada saya?? atau saya pun hanya bergantung pada pengasuh dan pendidik untuk mendidik anak2 kami??

mampu ke aku jadi seorg ibu yang rajin, tabah dan tak pernah berputus asa seperti ibu ku? aku tak pernah keluar rumah tanpa bersarapan sepanjang bergelar sebagai pelajar di sekolah rendah mahupun menengah... bas sekolah ambil tepat jam 5.40 pg.. msk waktu subuh jam 5.30 pg.. ibu bangun awal sangat.. wt sarapan, solat dan menghantarku ke tempat menunggu bas.. jauh perjalanan.. dengan berjalan kaki.. ibu tunggu sampai aku naik bas, baru dia pulang... jalan sorang2 di dalam kegelapan.. Ya Allah, begitu banyak jasa ibu..

bukan setakat itu, ibu akan menemaniku setiap malam.. sampai aku siapkan kerja sekolah dan habis study.. masa stpm dulu, ibu sama2 duduk study (menemaniku).. sediakan makanan di tengah2 malam.. membuat lawak di kala diri ni mengantuk.. malah, sehingga kini ibu masih menyuapkan ku bila aku terlalu busy.. kak long dan adik beradik lain pun begitu juga.. kami tak pernah kelaparan walaupun otak tengah jem nak mentelaah pelajaran...

bila demam atau sakit, ibu akan jaga dengan sebaiknye.. sentiasa ada di sisi.. nanti, bila anak ku sakit, aku akan berada di sisi nye ke?? atau dia ada bersama pengasuhnye??

Ya Allah.. aku memohon kepada-Mu agar aku dpt menjadi seorang ibu seperti ibuku.. yang sentiasa mempunyai masa untuk keluarga.. yang sentiasa menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak, isteri dan ibu solehah.. yang mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang.. dan kurniakan lah aku suami yang dapat mencontohi ayahku.. yang dapat menjadi anak, suami dan ayah yang bertanggungjawab..

mudah-mudahan kami dapat menjaga dan membesarkan anak2 kami dengan sebaiknya.. berlandaskan syariat Islam..

18.11.2010
0003 a.m.
 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal