Friday, November 21, 2014

Tips Tinggalkan Cinta Sebelum Nikah dan Ikhtilat

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 1:15 AM
“Apakah tips dan cara untuk tinggalkan cinta sebelum nikah dan ikhtilat?”. Saya yakin 100%, sangat ramai orang rasa terseksa dengan ikhtilat dan cinta, tapi malangnya, ramai yang tak tahu macamana nak lupakan bf/gf korang. Juga, ramai yang takut nak jaga ikhtilat sebab takut di anggap sombong, poyo dan lain-lain oleh orang berlainan jantina.

Tapi, awal-awal saya nak bagitahu, cara yang saya nak ajar ni memang efektif kalau korang BUAT! Tapi, kalau korang tak nak berkorban, still rasa berat, kalau saya bagi sejuta tips pun, korang takkan mampu buat. Ingat, hendak seribu daya, tak nak sejuta dalih!

Okay, jom kita tengok satu persatu.
CARA NAK TINGGALKAN IKHTILAT DAN CINTA SEBELUM NIKAH

1) Faham apakah hukum ikhtilat serta asas-asanya, dan cinta sebelum nikah.

Ini tips pertama yang saya letak. Sebab, ramai orang ikhtilat dan sibuk bercintan-cintun, crush sini sana, sembang dengan berlainan jantina tanpa rasa bersalah atas alasan “takde syahwat” kononnya, dan lain-lain, tanpa rasa BERSALAH LANGSUNG!! Kenapa? Sebab, ramai yang tak tahu pun benda tu salah!Bila tak tahu benda tu salah, bila tak faham, maka benda yang salah mereka anggap tak salah, bila tegur, marah, mengamuk, kutuk dan sebagainya.

Oleh sebab tulah, saya dah tulis secara panjang lebar tentang isu ni supaya korang semua FAHAM gila-gila tentang isu ikhtilat dan cinta sebelum nikah ni. Boleh baca tulisan saya di link-link berikut. BACA! Kalau dah ada usaha nak dapat ilmu, tapi kita tolak dan berterusan dalam keadaan jahil, kita dosa. Kalau dah tahu tapi tak amal, pun dapat dosa.

Kekeliruan dalam ikhtilat:
Tujuh Jalan Zina?
Boleh ke ada crush?
Apabila pelajar agama berikhtilat?

Sila baca dari awal sampai habis.

2) Unfriend dan unfollow orang berlainan jantina di media sosial samada Facebook, Instagram, twitter dan lain-lain.

Bagi saya benda ni sangat penting atas beberapa faktor.

Pertama, kalau kita friend/follow yang berlainan jantina, ia akan membuatkan kita mudah untuk stalk, dan melihat gambar yang berlainan jantina! Mana taknya, bila kita friend/follow, segala gambar-gambar mereka akan keluar kat newsfeed kita,gambar gedik ke, selfie ke, gambar ala-ala solehah ke, apa-apalah. Dan ia akan menyebabkan hati makin lama makin hancur lebur secara halus dan tak perasan.

Lepas tu, start like-like gambar, and then, bila gambar korang dapat banyak like, korang start perasan yang korang cantik/hensem, lepas tu mula la start post gambar yang makin lama makin gedik, mengarut, dan rasa nak tumbuk je. Argh!! (Tetiba mengamuk…)

So, bila kita unfriend dan unfollow, ia lebih menjaga iman kita. Bukankah Allah suruh kita tundukkan pandangan? Tak kiralah kalau kita tengok gambar tu dengan syahwat atau tak, Allah dan rasul tetap suruh kita tutupkan pandangan!

“Datangnya musibah di awali dengan penglihatan, seperti kebakaran besar di awali dengan percikan api kecil!”
(ibn Qayyim)

Sebab tu ulama meletakkan dosa mata ialah apabila kita memandang wanita bukan mahram, tak kisah lah dalam real life, atau kat gambar, majalah, tv, dan lain-lain. Satu sudut, memang saya pun maklum, amat susah untuk kita jaga pandangan zaman sekarang. Tapi, persoalannya, apakah USAHA kita?!

Kedua, bila kita unfriend dan unfollow yang berlainan jantina, ia dapatmengurangkan kadar kita berhubung dengan berlainan jantina. Ye lah, bila dah friend dan follow, kita boleh komen, kita lagi teransang/bernafsu untuk mulakan chatting padahal tak penting, start like status pastu perasan:

“Pergh.. Farah like status aku! Bermakna, dia, dia…dia suka aku!! Yeah!!!”

“Pergh.. Samdul retweet twit aku…Argh..meltingnya!!”

Ini semua menimbulkan fitnah. Percayalah. Lagi satu, bila kita friend/follow berlainan jantina, kita akan dapat baca status dan update dia, sekaligus membuatkan kita ada rasa kecenderungan untuk lebih mengenali si dia. Nampak tak permainan setan di situ??

Kalau tak Nampak, tak tahulah….Tapi, kalau kita yakin tak mendatangkan fitnah seperti friend/follow tokoh-tokoh agama, ulama’, ustaz ustazah, dan sebagainya, maka takde masalah.Tapi, pastikan niat untuk dapat manfaat.Yang pasti, jangan tipu diri sendiri.

3) Jangan save nombor yang berlainan jantina.

Ni pun satu tips yang berguna. Saya sendiri dalam henset takde save satu pun nombor perempuan. Kalau saya nak berhubung atas urusan kerja, saya akan cari di group whats app kerja tu, dan berurusan sekadar untuk menyetelkan urusan.

Kalau kita save nombor perempuan, lebih-lebih lagi rakan satu kelas, rakan satu kuliah, orang yang kita suka dan lain-lain, ia lagi memudahkan kita untuk start mesej, pastu call bagai. And then….. Faham-fahamlah.

4) Jauhi berkawan dengan orang yang kaki ikhtilat dan couple.

Ini benda yang sangat penting bagi saya. Sebab kawan ni adalah benda yang sangat besar dalam islam. Salah plilih kawan, keislaman kita akan hancur. Sebab, kawanlah yang banyak bersama kita, sekaligus akan mempengaruhi kita samada secara sedar ataupun tak.

Bayangkan, bila kita kawan dengan kaki ikhtilat dan couple, nanti dalam kelas, dia akan start cerita pasal perempuan ni, laki tu, artis ni, artist u, pelakon ni, pelakon tu, pastu start luahkan masalah dia, mintak pandangan kita pasal isu cinta, macamana cara nak luahkan perasaan cinta bagai, dan lain-lain.

Lagi masalah, bila kawan kita tu start cucuk-cucuk kita untuk start berikhtilat dan couple dengan memperkenal dan men’suggest’kan kita untuk berikhtilat dan couple dengan perempuan dan laki ni.

“Weh, bak kata Syamsul, Bakri suka kau Farah…Eee…Jelesnya aku! Farah, ni peluang kau. Bakri dah la hot, hensem gila kata kau…Pastu dia minat kau. Serius untung!! Tryla kau mesej-mesej dia. Hehe…”

“Aku tengok kau sedih je. Kenapa ni Ayob?Aku tahu kau suka Sarah. Tapi kau segan nak bagitau dia kan? Kalau kau nak aku tolong, boleh je:) Aku tak nak kau sedih-sedih ni. Kau sedih, aku pun sedih beb….”

“Hahaha..kau takde awek? Bapak nerd gila kau!”

Dan lain-lain. Bagi saya, ayat-ayat di atas ni benda REAL. Bila kita start kawan dengan orang yang kaki ikhtilat dan couple, secara tak langsung, mereka akan pengaruh dan goda kita untuk turut serta melakukan dosa tu, walaupun mereka takde niat. Percayalah.So, tinggalkan mereka, cari kawan yang baik dan soleh.

Ada sorang kawan saya mengadu. Yang mana, dia ni hafiz quran 30 juzuk. Bila dia pindah sekolah, kawan-kawan kat sekolah abru dia semuanya couple. Sampai satu tahap, dia rasa MALU kalau tak couple. Akhirnya, dia pun couple....Isk, isk, isk...

5) Berukhwah dengan sesama jantina.

Sebenarnya, berukhwah dengan yang sama jantina sejuta kali ganda lagi manis dan nikmat daripada bercinta dan berikhtilat. Serius saya tak tipu. Saya sendiri bila chat dengan kawan-kawan baik saya, saya boleh tersenyum sorang-sorang, tergelak sorang-sorang, dan kadang-kadang, boleh nangis teresak-esak sebab rindu!

Banyakkan bersama kawan sejantina yang baik dan soleh, yang sering support kita buat baik, yang bantu dan sanggup dengar luahan masalah kita dengan sabar walaupun lama, yang sering nasihat kita bila kita buat salah, yang berada di sisi kita time kita susah dan senang, yang boleh simpan aib kita, yang sering memberi kita semangat time tengah down, fuh….

Nikmat gila beb!!

Bagi saya, orang yang berikhtilat dan couple ni, punca dia ialah dia langsung tak pernah rasa nikmat berukhwah dengan sesama jantina. Sebab tu akhirnya dia pilih jalan dosa untuk memuaskan kekosongan dan keboringan dalam hidup dia. Akhirnya, dia takkan puas dengan ikhtilat dan couple, bahkan, dia akan bertambah HAUS, ketagih dan terseksa bagai orang yang terseksa dengan ketagihan dadah.

Mana taknya, ramai orang yang ingatkan mereka ni berukhwah. Tapi, mereka cemari jalan ukhwah dengan perbuatan dosa.Pergi wayang sama-sama rakan sejantina, merempit sama-sama, cerita pasal awek/pakwe sama-sama. Orang yang cemarkan jalan ukhwah dengan dosa, mereka tak akan merasai nikmatnya ukhwah!!!

Saya ulangi:

“Orang yang cemarkan jalan ukhwah dengan dosa, mereka tak akan merasai nikmatnya ukhwah!”

So, kalau korang nak berukhwah sesama jantina, berukhwahlah dengan cara islam. Saling tolong-menolong ke arah kebaikan, rapat dan kenal mengenal, dan lain-lain. Baru korang akan rasa nikmat ukhwah. Bila dah rasa nikmat ukhwah bersama rakan sejantina, percayalah, korang takkan teringin nak ikhtilat dan couple, sebab korang dah dapat rasa kemanisan dan kebahgiaan dalam berukhwah.

6) Elakkan dari tengok drama cinta, baca novel cinta, dengar lagu cinta dan apa-apa yang berkaitan cinta.

Hakikatnya, apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, dan apa yang kita baca, akan membentuk satu CARA FIKIR lalu akan mengesani hati dan perbuatan kita! Kalau kita sering melihat benda-benda yang baik, dengar benda yang baik-baik, dan membaca benda yang baik-baik, maka cara fikir kita akan baik, dan akan membuahkan perbuatan dan amal yang baik!

Tapi, kalau buruk? Kalau tengok movie drama pun pasal cinta, dengar lagu cinta, baca novel cinta, akhirnya, kita akan rasa cinta dan ikhtilat tu tak salah, bahkan kita akan rasa malu kalau tak couple dan malu kalau tak ikhtilat. Apakah semua ini? Tidaaaaak!!!

Saya umpamakan benda ni macam SPAN

"Kalau kita masukkan span dalam air najis, bila kita perah, yang akan keluar ialah air najis. Kalau kita masukkan span tu dalam air bersih, bila kita perah, yang keluar juga adalah air bersih..."

Sama macam hati kita. Kalau yang masuk dalam hati kita ialah pasal cinta, akhirnya ia akan membuahkan perbuatan yang berkaitan dengan cinta.

Cukup-cukuplah. Bawak bertaubat.

7) Sibukkan diri dengan dakwah dan tarbiah.

Ini bagi saya sangat penting. Bila kita dah takde kerja nak buat, kita pun akan buat benda yang takde kerja. Takde kerja nak couple semua tu, pelik betul. Sebab tu, kita kena sibukkan diri kita dengan amal, dengan dakwah, dengan tarbiah!! Kalau kita sibuk dengan benda-benda ni, sampai satu tahap, kita dah takde masa nak fikir pasal cintan-cintun ni. Percayalah.

Saya ada sorang kawan, satu hari dia masuk kelas, muka dia sedih, muram dan amcam nak nangis. Saya ingat dia sedih sebab putus cinta ke apa(Walaupun dia ni langsung tak bercinta dan amat menjaga ikhtilat). Saya tanya dia, kenapa dia sedih? Dia jawab:

“Aku sedih sebab orang yang aku dakwah dah lama tak datang jumpa aku. Aku takut dia lari dari dakwah aku….”

Pergh. Saya respect gila. Orang yang dah sibuk dengan dakwah tarbiah ni, sampai satu tahap, dia rasa jatuh cinta dengan dakwah dan tarbiah, sehingga, dia sanggup korbankan segala-galanya untuk dakwah tarbiah. Jealous kan?

Contoh paling dekat dengan ialah ialah Alqassam di palestin. Yang mana, ahli briged Alqassam semuanya bawah 30 tahun. Kebanyakannya sekitar 18 hingga 25. Lihat, mereka sibukkan diri mereka dengan dakwah, tarbiah dan jihad, sehingga mereka takde masa langsung nak fikir pasal couple semuanya. Kalau mereka mampu, so, jangan bagi alasan yang kita tak mampu!

Itulah 7 cara yang saya boleh bagi untuk tinggalkan ikhtilat dan cinta sebelum nikah. Saya dan akwan-kawan saya dah buat, dan kami berjaya Alhamdulillah.Korang bila lagi? Jom!

Sumber:tarbiah sentap

0 comments on "Tips Tinggalkan Cinta Sebelum Nikah dan Ikhtilat"

Post a Comment

 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal