Thursday, December 5, 2013

Ujian penuh hikmah

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:03 PM 0 comments

Melayan perasan kerana ujian yang sedang melanda hanya menambah beban yang ada dijiwa. Semakin dilayan, semakin hebat kesannya. Semakin derita rasa dijiwa. Rasa sedih akan menjalar disetiap pelusuk jiwanya sehingga dia merasakan dialah yang paling derita dan orang-orang disekelilingnya pasti tidak memahaminya. akhirnya menjadilah dia orang yang berputus asa kerana ketidakmampuan menanggung derita dijiwanya.
Ya Allah, Apa yang diuji oleh-Mu adalah apa yang termampu ditanggung oleh hamba-hamba-Mu.
Sedarlah wahai manusia, Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yang bermaksud:
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)
Malah Rasulullah SAW sendiri turut menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud :
Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:
“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(Riwayat Imam Tirmizi)
Sesungguhnya Allah tidak akan berlaku zalim kepada hamba-Nya. Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap kemampuan hamba-Nya. Cuma sebagai hamba, hendaklah berusaha untuk mengatasinya. Sekiranya seseorang itu tidak berusaha untuk mengahadapinya, sudah pasti mereka tidak mampu berhadapan dengan ujian yang sedang menimpanya. Sudah pasti jiwanya akan semakin lemah dan akhirnya putus asa semakin mendekatinya. Inilah yang paling ditakuti bakal menimpa seseorang manusia itu. Ya, putus asa!
Berusahalah dan yakinlah Allah akan membantumu.
Wahai manusia, yakinlah dengan sepenuhnya bahawa Allah akan membantumu. Berusahalah dan bertawakallah kepadaNya dengan sepenuh jiwa. Pasti pertolongan Allah itu akan datang kepadamu. Tiada pergantungan yang sehebat-hebatnya melainkan meletakkan sepenuh kebergantungan itu kepada Allah semata-mata. Percayalah, makhluk tiada upaya walau sebesar zarah sekalipun untuk membantumu, melainkan Allah jualah yang berkuasa menyelesaikan masalah yang sedang dibebani olehmu itu.
Setiap yang diuji itu semuanya baik-baik belaka.
“Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya. (Imam Muslim)
Apabila seseorang itu telah mencapai tahap kebergantungan dan keyakinan yang sebenar-benarnya kepada Allah, maka segala ujian yang menimpanya itu akan diterima dengan redha dan kesabaran. Sekiranya datang kesedihan dalam hatinya maka bersegeralah dia beristigfar memohon keampunan kepadaNya dan akhirnya hatinya kembali tenang menerima ujian yang sedang menimpanya. Pada mereka, setiap ujian itu semuanya baik-baik belaka.
Khabar gembira apabila diuji
RAsulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.” (Imam al-Bukhari dan Muslim)
Allah berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)

Aku Gagal, tapi aku tak kecewa..

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:02 PM 0 comments

Orang yang berjaya belajar dari segala bentuk kegagalan yang mereka telah hadapi. Kita selalu rasa orang lain dapat mengecapi kejayaan dengan mudah. Pada hakikatnya, mereka telah bekerja keras untuk mencapai kemahiran di tahap yang luar biasa. Persaingan sengit di era globalisasi ini memerlukan kita mencari kelebihan bersaing yang akan menjadikan diri kita releven dan di perlukan dalam mana-mana organisasi. Ia memerlukan dorongan dan kesungguhan yang tak berbelah bagi.

Henry Ford yang pernah menghadapi masalah kewangan akhirnya menjadi antara orang terkaya didunia,
Albert Einstein yang beberapa kali gagal dalam subjek matematik nya.
Thomas Edison telah gagal lebih 600 kali sebelum berupaya mencipta mentol lampu.
Jesse Livermore, pedagang saham pernah menghadapi masalah kewangan berkali-kali akhirnya menjadi jutawan setelah beberapa kali menghadapi kegagalan.

"Jika anda fikirkan anda dikalahkan, sememangnya anda telah kalah,
Jika anda fikirkan anda tidak berani, anda takkan berani mencuba,
Jika anda ingin menang, tapi anda fikir anda takkan menang,
Memang hampir pasti, anda tidak akan menang,
Jika anda fikir anda akan gagal, anda telah pun gagal.
Kerana segalanya tersemat dalam minda anda sendiri."


JANGAN TAKUT KEPADA KEGAGALAN, SEBALIKNYA JADIKAN KEGAGALAN ITU SEBAGAI KAWAN

1. AKUI KEGAGALAN SECARA TERBUKA - Mengaku segala kesilapan dan terus maju ke hadapan.

2. JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN - Jangan asyik mencari alasan. Bersedialah untuk memikul tanggungjawab sepenuhnya.

3. BELAJARLAH DARI KEGAGALAN - Setiap kejayaan dicapai itu berlaku apabila individu berupaya untuk menganalisis kekalahan yang telah dihadapi dan mendapat faedah daripada pengajaran ini.

4. JANGAN TERLALU AMBIL SERIUS DENGAN KEGAGALAN - Bangunkan elemen lucu dan kelakar dalam diri anda. Jangan terlalu serius dalam menangani cabaran-cabaran dalam kehidupan sehingga menyebabkan diri anda tertekan.

5. BERANIKAN DIRI - Jangan biarkan diri rasa terancam dengan kegagalan.

6. IMBANGI KEHIDUPAN ANDA - Semaikan minat dalam beberapa bidang kehidupan. Sekiranya anda gagal dalam bidang tertentu, anda masih ada peluang untuk mencipta kejayaan di bidang yang lain.

7. TETAPKAN SASARAN BARU - Henry Ford pernah berkata "Kegagalan adalah satu-satunya peluang untuk mencuba lagi untuk kali kedua dengan cara yang lebih bijak".

8. ORANG YANG KALAH BERKATA "Saya seorang yang gagal", manakala orang yang menang akan berkata "Aku telah gagal dalam percubaan, tetapi aku akan menang dan berjaya menangani semua cabaran yang menghalangi aku.

9. BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI LEBIH BANYAK LAGI KEGAGALAN - Kita kena menjangkakan kegagalan pada setiap masa. Kegagalan adalah sebahagian dari kemenangan dan ramai orang tidak menang kerana mereka takut kepada kegagalan. Orang yang berjaya sebenarnya adalah orang yang telah banyak kali mengalami kegagalan dalam kehidupannya.

10. INGATLAH, KEGAGALAN SEBENARNYA ADALAH KEJAYAAN - Kegagalan adalah kejayaan dalam penciptaan. Orang yang tidak pernah melakukan kesilapan sebenarnya tidak berbuat apa-apa.

Lupakan segala kegagalan anda. Jangan tenggelam dalam kekecewaan.

Menjangkakan kegagalan. Sedarilah bahawa kita semua membuat kesilapan.

Lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Jangan sesekali anda gagal kerana kurang daya usaha.

Belajarlah dari kesilapan. Jangan ulangi kesilapan yang lalu.

Cuba fahami sebab musabab kepada kegagalan anda. Kenal pasti kesilapan anda supaya anda tidak mengulanginya lagi.


Thanks to my beloved Prof Hani :)

Wednesday, November 27, 2013

Aurat ketika bersalin

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:22 PM 0 comments
Ringkasan dari "AURAT KETIKA BERSALIN" dari Semanis Kurma TV9:

1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Lagi satu pesanan 'mereka' dalam Semanis Kurma TV9... dlm keadaan isteri dh SAKIT sangat, hilang punca, tak boleh berpikir maka :-

1. PERANAN SUAMI sgt3 penting dan mustahak... suami yg kena bt keputusan utk aurat dan maruah isteri . if suami sndr tak mampu nk bertegas utk bt pilihan, amat mgecewakan (mrujuk kepada dlm keadaan yg tidak darurat serta masih ada pilihan.)

2. Suami WAJIB jaga & pelihara aurat isteri ketika dalam wad dll,jgn dh msk wad semua terbang, tudung x pakai, kain terselak sana-sini, baju blengan pendek shj, myusu ikut dan. sbb kena ingt kkdg da juga staff lelaki, pemberi mknn yg lelaki dll yg kuar msk wad

3. WAJIB ada MAHRAM temankan ketika dtgnya darurat yg mgizinkan aurat terbuka.
1)SUAMI
2)SAUDARA PEREMPUAN
3)Nurse perempuan dan seterusnya.

Namun keutamaan adalah SUAMI.

Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA dari pengalaman sendiri:

1. NIAT- Niat dari AWAL even sebelum disahkan hamil ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita.

2. DOA - ISTIQOMAH dari remaja juga boleh - Doa moga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat khususnya kita wanita ketika saat kelahiran bayi.

3. AMALAN - Selarikan dengan niat dan doa- pemeriksaan ibu mengandung, scan baby dsbnya WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Malah jaga aurat dlam berpakaian juga selama mana bergelar muslim. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita.. Allah akan hitung tindakan kita.

4. YAKIN - Insyaallah - bilaman kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTInya DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita maruah suami.

p/s : Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang seterus-seterusnya. Untuk yang telah berlalu dlm keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dsbnya maka bartaubat dan muhasabah diri. Insyaallah DIA murah dengan keampunan.


Sumber: semanis kurma Tv9

Tuesday, November 12, 2013

Puasa ganti vs Puasa sunat

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 5:52 PM 0 comments
Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal.

Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.

Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر

Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)

Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]

Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261]

Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)

Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.

Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )

Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)

Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.

Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan.

"Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu." [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392]

Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.

Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa:

"Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. ... dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/391]


Imam An-Nawawi RH berkata:


"Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud." [Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]

Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133]

Wallahu a’lam.

Sumber : http://http://mufti.perlis.gov.my/soal-jawab/187-hukum-gabung-puasa-qadha-dan-puasa-enam-syawal

Thursday, November 7, 2013

AURAT

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 7:04 PM 0 comments
Ibnu Abbas pernah bertanya kepada ‘Atha bin Abi Rabah, “Maukah aku tunjukkan seorang wanita penghuni surga?” 
“Ya,” jawab ‘Atha. Ia berkata, “Wanita berkulit hitam itu. Dia pernah datang kepada Nabi saw., lalu berkata, ‘Aku menderita penyakit ayan (epilepsi) dan auratku sering tersingkap (saat penyakitnya kambuh, peny.). Karena itu doakanlah aku agar Allah menyembuhkan penyakitku.’ Nabi saw. berkata, ‘Jika engkau mau, engkau bisa bersabar dan bagimu surga. Jika engkau mau, aku akan berdoa agar Allah menyembuhkan dirimu.’ Wanita itu menjawab, ‘Aku memilih bersabar saja. Namun, tatkala penyakit ayan menimpaku, auratku sering tersingkap. Karena itu doakanlah agar auratku tidak tersingkap.’ Lalu Nabi saw. pun mendoakan wanita itu.” (HR al-Bukhari dan Muslim). 

Pembaca yang budiman, khususnya wanita Muslimah, penyakit ayan bukanlah penyakit ringan. Selain susah sembuh dan sering kambuh, penyakit ini bisa mengundang aib bagi penderitanya maupun keluarganya. Apalagi jika penyakit itu diderita oleh seorang wanita. Betapa besar rasa malu yang sering ditanggung penderita penyakit ayan dan keluarganya karena banyak orang masih menganggap penyakit ini sebagai penyakit yang menjijikkan. Namun, renungkanlah perkataan wanita berkulit hitam penghuni surga dalam riwayat di atas. Apakah kita menyaksikan satu kata saja meluncur dari lisannya yang menunjukkan bahwa ia membenci qadha’—yakni penyakit ayan —yang kebetulan menimpa dirinya? Apakah ia mengeluhkan penyakit ayan yang ia derita? Apakah ia merasa malu karena menderita penyakit tersebut? Tidak! Bukan itu yang ia keluhkan. Bukan itu yang membuat ia malu. Ia mengeluh dan merasa malu karena auratnya sering tersingkap saat penyakitnya kambuh. Padahal saat penyakit ayan itu datang, ia tentu dalam keadaan tak sadar. Jika pun tersingkap auratnya dalam keadaan tidak sadar alias hilang akal, tentu ia tidak berdosa. Namun, demikianlah penghuni surga. Wanita berkulit hitam ini tetap sangat khawatir bila auratnya tersingkap meski dalam keadaan sakit dan tidak sadar. Bagaimana dengan kebanyakan wanita zaman sekarang, yang saat sehat dan dalam keadaan sadar pun, rela bahkan acapkali bangga memamerkan aurat mereka? 

Sebagaimana wanita berkulit hitam penghuni surga dalam riwayat di atas, pada zaman dulu para shahabiyah adalah wanita yang amat menjaga kehormatan dan aurat mereka. Para shahabiyah adalah para wanita yang memiliki rasa malu yang tinggi. Ummul Mukminin Aisyah ra., istri Rasulullah saw., bahkan mempunyai rasa malu yang luar biasa. Setelah Rasulullah saw. wafat, Aisyah ra. terbiasa berziarah ke makam beliau, yang berada di dalam kamarnya, tanpa mengenakan hijab. Ketika ayah beliau, Abu Bakar ra., wafat dan dikebumikan di sebelah makam Rasulullah saw., Aisyah ra. masih leluasa berziarah tanpa mengenakan hijab. Namun, kebiasaan itu berubah ketika Umar bin al-Khaththab ra. dikuburkan di kamarnya bersebelahan dengan makam Rasulullah saw. dan Abu Bakar ra. Setiap kali masuk ruangan itu, Aisyah ra. mengenakan hijab secara sempurna. Itu ia lakukan karena Umar ra. bukanlah mahram-nya. Padahal Umar ra. telah meninggal dan jasadnya terkubur di dalam tanah (Jalaluddin as-Suyuthi, Syarh ash-Shudur bi Syarh Hal al-Mawta wa al-Qubur. Beirut: Dar ar-Rasyid, 1916). Sama dengan Ummul Mukminin Aisyah ra., Sayyidah Fatimah az-Zahra ra., putri Rasulullah saw., juga memiliki rasa malu yang luar biasa. Beliaulah orang pertama yang meminta dibuatkan keranda agar saat meninggal dan dibawa ke kuburan, jenazahnya diletakkan di dalam keranda tersebut. Pada waktu itu, umumnya jenazah memang diusung oleh orang-orang tanpa keranda, seperti yang kita kenal hari ini. Suatu saat Fatimah binti Rasulullah merasa bahwa ajalnya telah dekat. Pasalnya, Rasulullah saw., pernah mengatakan kepada dirinya bahwa ia adalah anggota keluarga beliau yang pertama kali wafat menyusul beliau. Putri Rasulullah saw. yang juga istri Ali Bin Abi Thalib ini lalu berpesan kepada Asma’ binti Umais, yang hampir setiap hari menjenguk dirinya. “Saya tidak senang atas apa yang diperbuat terhadap wanita jika meninggal. Jenazah mereka hanya ditutupi dengan kain kafan sehingga lekuk tubuhnya terlihat,” kata Fatimah kepada Asma’, putri Abu Bakar ash-Shiddiq. “Apakah engkau mau aku tunjukkan sesuatu yang pernah aku lihat di Habasyah?” ujar Asma’. Asma’ lalu membuat semacam keranda. Kerangkanya terbuat dari pelepah kurma, sedangkan bagian luarnya ditutup dengan kain. Dengan begitu, jenazah yang dibawa dengan keranda itu tidak terlihat dari luar. Begitu Fatimah melihat keranda itu, ia sangat gembira hingga tertawa. Ia lalu berpesan, “Nanti, jika aku meninggal, kamu dan suamiku, Ali, yang memandikan aku. Jangan ada orang lain yang ikut memandikan aku. Setelah itu, buatkan keranda seperti itu untuk diriku.” (HR adz-Dzhabi dalam Syiar A’la an-Nubala, dari penuturan Qutaibah bin Said dan Ja’far ra.). Demikianlah, sebagaimana penututuran Ibnu Abdil Barr, ‘’Fathimah ra. adalah orang pertama yang saat meninggal dimasukkan ke dalam keranda pada masa Islam.’’ 

Demikianlah Ummul Mukminin Siti Aisyah ra. Ia tetap merasa malu jika tidak mengenakan hijab meski di hadapan jasad Umar bin al-Khaththab ra. yang sudah terbujur kaku di dalam tanah. Demikian pula putri Rasulullah saw., Fatimah az-Zahra ra. Ia tetap merasa khawatir jika—dalam keadaan sudah terbujur kaku menjadi jenazah sekalipun—terlihat lekuk tubuhnya. Bagaimana dengan kebanyakan wanita zaman sekarang? Sayang sekali, mereka bukan saja tidak malu tersingkap auratnya. Mereka bahkan acapkali merasa bangga memamerkan lekuk-lekuk tubuhnya. Kebanggaan mereka semakin bertambah saat bisa ikut serta dalam ajang lomba kontes kecantikan—semacam #MissWorld—yang hakikatnya adalah ‘kontes aurat’. Mereka tak pernah merasa khawatir terhadap ancaman Allah SWT melalui lisan Rasul-Nya, “Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, berlenggak-lengkok dan kepala mereka seperti punuk unta tidak akan masuk surga ataupun sekadar mencium baunya.” (HR Abu Daud). Na’udzu bilLahi min dzalik!

 [Arief B. Iskandar]

Cintaku

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:08 PM 0 comments
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir dan pembawa ajaran Islam. Nama "Muhammad" dalam bahasa Arab berarti "dia yang terpuji". Ajaran Nabi Muhammad SAW (Islam) merupakan penyempurnaan dari agama-agama yang dibawa oleh nabi-nabi sebelumnya.

Ketika cahaya tauhid padam di muka bumi, maka kegelapan yang tebal hampir saja menyelimuti akal. Di sana tidak tersisa orang-orang yang bertauhid kecuali sedikit dari orang-orang yang masih mempertahankan nilai-nilai ajaran tauhid. Maka Allah SWT berkehendak dengan rahmat-Nya yang mulia untuk mengutus seorang rasul yang membawa ajaran langit untuk mengakhiri penderitaan di tengah-tengah kehidupan.

Dan ketika malam mencekam, datanglah matahari para nabi. Kedatangan Nabi Muhammad SAW tersebut sebagai bukti terkabulnya doa Nabi Ibrahim AS kekasih Allah SWT, dan sebagai bukti kebenaran berita gembira yang disampaikan oleh Nabi Isa AS.

Allah SWT menyampaikan salawatnya kepada Nabi Muhammad SAW itu, sebagai bentuk rahmat dan keberkahan. Para malaikat pun menyampaikan salawat kepadanya sebagai bentuk pujian dan permintaan ampunan, sedangkan orang-orang mukmin bersalawat kepadanya sebagai bentuk penghormatan.

Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (QS. al-Azhab: 56)

Sebelumnya Allah SWT mengutus para nabi-Nya sebagai rahmat kepada kaum dan zaman mereka saja, namun Allah SWT mengutus baginda SAW sebagai rahmat bagi alam semesta. Baginda SAW datang dengan membawa rahmat yang mutlak untuk kaum di zamannya dan untuk seluruh zaman.

Allah SWT berfirman, "Dan aku tidak mengutusmu kecuali sebagai rahmat bagi alam semesta."

Wednesday, November 6, 2013

Dari hati

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 8:21 PM 0 comments
Betapa mudahnya mencari kawan dizaman serba canggih ni..
Buat je akaun FB, beribu orang kita boleh add..
Tapi sangat sukar untuk mendapat kawan yang ikhlas dan jujur, yang menyayangi kita dengan sepenuh hati..
Kawan yang sanggup menegur jika kita tersilap langkah..
kawan yang boleh marah kita in the same time tak menjatuhkan kita..

Alhamdulillah, saya ada beberapa orang kawan yang boleh dikategorikan sebagai sahabat sejati.
yang saya anggap sebagai keluarga sendiri..
Hari ni nak cerita tentang 2 orang daripada mereka..

Perkenalan bermula bila kami sama2 terpilih menjadi exco PGSS-FPPSM.. 
Kami bersepuluh dalam satu bahtera, berganding bahu menyemai bakti..
Awalnya memang xkenal langsung, meeting pertama pun ala2 formal sangat..
Tapi siapa sangka kami menjadi rapat menjelang meeting kedua.
perancangan Allah sangat indah..
Walaupun jurang usia agak ketara, tapi usia bukan penghalang.. jiwa mereka muda remaja :)

Nak cerita in details, 3 hari 3 malam pun tak cukup.. 
diringkaskan, mereka kawan yang jujur..
Even masuk universiti ni sorang2, tapi lepas kenal mereka hilang rasa keseorangan.
mereka macam kak long dan kak ngah, sangat menjaga saya (kadang2 rasa macam puteri lilin yang dijaga dengan rapi).
suka, duka, tawa, tanggis, semuanya bersama.
kesimpulannya, 


The friendship we have is so rare to find,
We hate to see each other in a bind.

We have made each other laugh so hard we've cried,
We feel each other's pain if we are hurt inside.
We always can find the right words to say,
To help us get through any dreadful day.
We have told our darkest secrets, with feeling no shame,
We will tell each other the truth even if we are to blame.
Thinking of you not being here makes me feel so sad,
We will have to look back on our crazy memories to make us glad.
The Miles between us can't keep us apart,
Because we will keep each other close at heart.


kakak dua orang ni bukan macam orang lain yang mengejar kejayaan sorg2, mereka nak mengecapi kejayaan, tapi bersama2..

Actually, saat ni saya sangat merindui mereka.. Rasa mcm da bertahun x berhubung..
Semoga mereka selamat sejahtera walau dimana pun berada..



                                  Pic last time jumpa.. 

Thursday, May 16, 2013

SerONoknYA SibUK

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 2:34 AM 0 comments
Sibuk sebenarnya adalah peluang....

Ramai orang yang berpandangan bahawa kesibukan adalah penghalang kepadanya untuk meningkatkan diri, menyukarkannya untuk menyemai bakti, menidakkan peluangnya untuk berkorban dan menghampakan harapannya untuk membuat lonjakan yang lebih baik.

Nun di sana kelihatan lebih ramai di kalangan mereka yang berkelapangan yang gagal meningkatkan potensi diri, yang tidak mampu menyumbangkan khidmat bakti dan berterusan dalam 'seolah-olah sibuk' yang sebenarnya hampir 'tidak dapat berbuat apa-apa'.

Orang yang sibuklah biasanya lebih produktif, orang yang sibuklah yang dapat menginsafi harga masa, orang yang sibuklah yang akan memberikan keutamaan kepada yang lebih utama, orang yang sibuklah akan menghindari perkara yang sia-sia, orang yang sibuklah yang akan berusaha menyiapkan diri bagi berhadapan dengan ujian yang lebih besar dan orang yang sibuklah yang akan kuat bermunajat serta meletakkan kebergantungan kepada Allah swt.

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan, orang yang beriman dan beramal soleh. Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar."

Surah al-Asr

Tuesday, May 7, 2013

PETUA UNTUK SENTIASA DARA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 8:23 PM 0 comments


Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)

Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Monday, April 29, 2013

Cinta Kerana Allah berlandaskan Syariat

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 7:16 AM 0 comments
Di FB

Lelaki : assalamualaikum , enti da berpunya ? Ana nk taaruf bkn saja2.

Wanita : wa'alaikumussalam , dah, Allah kekasihku , tapi belum lg dgn hamba Allah .


Lelaki : owh , Allah . Ana ada sesuatu nak bgthu . Ana ta'aruf bkn saja2 dgn seorg insan bnama wanita . Ku harapkan Allah meredhai hajat ku ini tanpa membelakangkan cint...a Allah & cinta Rasulullah .


Wanita : Allah Allah Allah , baiklah .


Lelaki : sungguh . Ana mencintai enti kerana Allah . Perkra ana ckp bkn main2 ttpi sbuah janji . Insya-Allah , ada rezeki ana akn mlamar enti . Ana nk no walid , blh ? 


Wanita : andai itu takdirnya , ku serahkan pd Illahi . Baiklah , no walid 019-3747.... 

Lelaki : syukran , ana tak nak kita bhubung , ckuplah dgn prtautan hti krana Illahi . Slgi kta mnjaga hbgn dgn Allah, Allah akn jga hbgn ni . Jga dri , hti , akhlak . Assalamualaikum .


Wanita : insya-Allah , raihkan cinta Allah , cintailah Dia melebihi segalanya , saban hari pada wkt ditepati dgn izin Illahi , Dia pasti akn satukan kelak nanti . Jaga diri , hati , iman , akhlak dan solat , jaga ikhtilat Wa'alaikumussalam.

# ( malam tu lelaki tsbt buat solat hajat )Keesokannya , Lelaki tu pun kol walid menyatakan hasratnya ~

Lelaki : assalamualaikum , pkck ni ayah kpd Nur Masyitah Munawwarah ye ?


Walid : wa'alaikumussalam , aah ni sapa ?

Lelaki : nama sy muhd.Muhaimin Mutaqeen pkck . Sy ada bnda nk bncg skt , blh x ambk msa pkck skt ?

Walid : boleh2 , silakn , apa yg muhaimin nk bncgkn ?

Lelaki : saya .. Saya .. Saya sbnaya cintakan masyitah kerana Allah , lau blh sy nk jdkn dia isteri sy .

Walid : owh , bgusla niat kmu dan kmu btrus trang dgn pkck dri mlakukn mksiat . Baiklah , bwa kluarga kmu dtg 
andai sudah b'sdia .

# muhaimin bhubung dgn walid masyitah , manakala masyitah bhubung dgn umi muhaimin ~

> beberapa bulan kmudian Muhaimin dtg ke rumah masyitah utk melamar dan meminang ~

Walid : alhamdulillah selesai majlis pertunangan ini , sebulan lagi majlis perkahwinan pula . Walid nak pesan , perbanyakkan bermunajat padaNYA . DIA akan jga hubugn ni slgi kmu mnjaga hbgn dgn Allah . Walid tak mnta , kmu bmbng masyitah kelilng dunia tp, bmbnglah anak walid smpai ke syurga Allah ^^ insya-Allah , raihkan cinta Illahi utk dptkn cinta yg suci . Agama menjamin sgalaye ;) cintailah dia kerana agama ,sulamilah dgn cinta yg suci, agr kmu drahmati dan dredhai .

Muhaimin : insya-Allah walid . Syukran walid .

# dalam sebulan mempesiapkan pkahwinan dgn mgunakn org tgah (kluarga ) utk bhubung . Dalam diam mereka juga mmpesiapkan jiwa dgn stiap hari bgn qiamu lail dan pbykn amalan pd Allah serta pbaiki dri lbh bek .

# hari perkahwinan Selesai saja , mjls akad nkah , muhaimin dan masyitah sujd syukur . Bmula la detik cinta .

Muhaimin : sayang , trme ksh trme abg seadanya . (ktika masyitah mencium tgnye)

Masyitah : sme2 bang , trme ksh juga mnrma syg .

Muhaimin : sayang , abg nk ckp ni , I Love you until jannah sygku bidadariku . ( bisik di tlinga masyitah smbl memegang erat tgn masyitah )

Masyitah : i love u too bang until jannah , suamiku tsyg .

P/s : Bukan nak suruh tengok ayat dgunakan tp ambil cara syariat dan bawalah cinta MAHAL ke jalan diredhai Illahi ♥
RAIHKAN CINTA ILLAHI UTK DAPATKAN CINTA YANG SUCI ^^
Indah cinta kerana ALLAH berlandaskan syariat ♥

> Andai kau catatkan dia untukku maka satukan hatiku dan hatinya , andai dia bukan milikku maka damaikanlah hatiku <


- ^^ -

Sunday, April 28, 2013

MAnDI HadaS

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 11:51 PM 0 comments

ok, topik ni penting bg lelaki mahupun wanita.. selalu je kwn2 tanye ttg mandi wajib.. ada yg konpius, boleh ke kita sentuh kemaluan ketika mandi wajib atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? ramai yg was-was dlm hal ini.

Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a sebagaimana berikut;
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya” (HR Imam Muslim).
Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas seperti berikut;
  • Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.
  • Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.
  • Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.
  • Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.
  • Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.
  • Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.
  • Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.
  • Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.
Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan, tidaklah perlu mengulangi wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib. Namun jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan.
Walahu a’lam.
Rujukan
1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/230.
Sumber : ilmudanulamak

~Musta'mal~

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 10:23 PM 0 comments


Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah merek) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???

lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....korang ada akal kuat..korang tak bodoh....korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA.....


::from friend to friends::

Wednesday, April 24, 2013

Surah At Thalaq, Ayat 7

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 8:05 PM 0 comments

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

Allah menguji kerana manusia mampu menghadapinya

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan…(Surah al-Baqarah : 155)
Berat sungguh beban yang ditanggung oleh jiwa ibarat sebuah lori yang sedang membawa muatan yang melebihi had yang dibenarkan, merangkak-rangkak mendaki bukit. Di jalan yang rata pula bisa dikalahkan oleh kenderaan yang lebih kecil “cc” kelajuannya. Bagaimana berat rasa yang ditanggung oleh jiwa bergantung kepada tahap kemampuan seseorang menyerapnya. Apabila seseorang itu gagal menyerap beban dijiwanya akibat ujian yang sedang ditimpakan ke atasnya, makan tekanan dijiwanya akan bertambah berat. Semakin lama beban yang ditanggung itu semakin bertambah sehingga jiwanya tidak mampu menanggung lagi bebanan yang ada. Derita sungguh menanggungnya, ibarat kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Mata-mata banyak sekali yang melihatnya. Ada yang simpati, ada yang kehairanan, malah ada juga yang tidak ambil peduli. Namun, orang yang menanggungnya lebih hebat dari yang melihatnya.

Melayan perasan kerana ujian yang sedang melanda hanya menambah beban yang ada dijiwa. Semakin dilayan, semakin hebat kesannya. Semakin derita rasa dijiwa. Rasa sedih akan menjalar disetiap pelusuk jiwanya sehingga dia merasakan dialah yang paling derita dan orang-orang disekelilingnya pasti tidak memahaminya. akhirnya menjadilah dia orang yang berputus asa kerana ketidakmampuan menanggung derita dijiwanya.
Ya Allah, Apa yang diuji oleh-Mu adalah apa yang termampu ditanggung oleh hamba-hamba-Mu.
Sedarlah wahai manusia, Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yang bermaksud :
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)
Malah Rasulullah SAW sendiri turut menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud :
Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:
“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(Riwayat Imam Tirmizi)
Sesungguhnya Allah tidak akan berlaku zalim kepada hamba-Nya. Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap kemampuan hamba-Nya. Cuma sebagai hamba, hendaklah berusaha untuk mengatasinya. Sekiranya seseorang itu tidak berusaha untuk mengahadapinya, sudah pasti mereka tidak mampu berhadapan dengan ujian yang sedang menimpanya. Sudah pasti jiwanya akan semakin lemah dan akhirnya putus asa semakin mendekatinya. Inilah yang paling ditakuti bakal menimpa seseorang manusia itu. Ya, putus asa!
Berusahalah dan yakinlah Allah akan membantumu.
Wahai manusia, yakinlah dengan sepenuhnya bahawa Allah akan membantumu. Berusahalah dan bertawakallah kepadaNya dengan sepenuh jiwa. Pasti pertolongan Allah itu akan datang kepadamu. Tiada pergantungan yang sehebat-hebatnya melainkan meletakkan sepenuh kebergantungan itu kepada Allah semata-mata. Percayalah, makhluk tiada upaya walau sebesar zarah sekalipun untuk membantumu, melainkan Allah jualah yang berkuasa menyelesaikan masalah yang sedang dibebani olehmu itu.
Setiap yang diuji itu semuanya baik-baik belaka.
“Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya. (Imam Muslim)
Apabila seseorang itu telah mencapai tahap kebergantungan dan keyakinan yang sebenar-benarnya kepada Allah, maka segala ujian yang menimpanya itu akan diterima dengan redha dan kesabaran. Sekiranya datang kesedihan dalam hatinya maka bersegeralah dia beristigfar memohon keampunan kepadaNya dan akhirnya hatinya kembali tenang menerima ujian yang sedang menimpanya. Pada mereka, setiap ujian itu semuanya baik-baik belaka.
Khabar gembira apabila diuji
RAsulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.” (Imam al-Bukhari dan Muslim)
Allah berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)
 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal