Melayan perasan kerana ujian yang sedang melanda hanya menambah
beban yang ada dijiwa. Semakin dilayan, semakin hebat kesannya. Semakin derita
rasa dijiwa. Rasa sedih akan menjalar disetiap pelusuk jiwanya sehingga dia
merasakan dialah yang paling derita dan orang-orang disekelilingnya pasti tidak
memahaminya. akhirnya menjadilah dia orang yang berputus asa kerana
ketidakmampuan menanggung derita dijiwanya.
Ya Allah, Apa yang diuji oleh-Mu adalah apa yang termampu
ditanggung oleh hamba-hamba-Mu.
Sedarlah wahai manusia, Allah tidak akan membebani
hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana
firmannya yang bermaksud:
Allah tidak memberati ( menguji )
seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)
Malah Rasulullah SAW sendiri turut menyebut di dalam hadisnya
yang bermaksud :
Satu ketika
Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda
menjawab:
“Para Nabi,
kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka
berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila
orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka
dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu
sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka
bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(Riwayat Imam Tirmizi)
Sesungguhnya Allah tidak akan berlaku zalim kepada hamba-Nya.
Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap kemampuan hamba-Nya. Cuma
sebagai hamba, hendaklah berusaha untuk mengatasinya. Sekiranya seseorang itu
tidak berusaha untuk mengahadapinya, sudah pasti mereka tidak mampu berhadapan
dengan ujian yang sedang menimpanya. Sudah pasti jiwanya akan semakin lemah dan
akhirnya putus asa semakin mendekatinya. Inilah yang paling ditakuti bakal
menimpa seseorang manusia itu. Ya, putus asa!
Berusahalah dan yakinlah Allah akan membantumu.
Wahai manusia, yakinlah dengan sepenuhnya bahawa Allah akan
membantumu. Berusahalah dan bertawakallah kepadaNya dengan sepenuh jiwa. Pasti
pertolongan Allah itu akan datang kepadamu. Tiada pergantungan yang
sehebat-hebatnya melainkan meletakkan sepenuh kebergantungan itu kepada Allah
semata-mata. Percayalah, makhluk tiada upaya walau sebesar zarah sekalipun
untuk membantumu, melainkan Allah jualah yang berkuasa menyelesaikan masalah
yang sedang dibebani olehmu itu.
Setiap yang diuji itu semuanya baik-baik belaka.
“Sungguh mengkagumkan urusan
seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak
akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan,
maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia
ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan
baginya. (Imam Muslim)
Apabila seseorang itu telah mencapai tahap kebergantungan dan
keyakinan yang sebenar-benarnya kepada Allah, maka segala ujian yang menimpanya
itu akan diterima dengan redha dan kesabaran. Sekiranya datang kesedihan dalam
hatinya maka bersegeralah dia beristigfar memohon keampunan kepadaNya dan
akhirnya hatinya kembali tenang menerima ujian yang sedang menimpanya. Pada
mereka, setiap ujian itu semuanya baik-baik belaka.
Khabar gembira apabila diuji
RAsulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim
melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk
badannya.” (Imam al-Bukhari dan Muslim)
Allah berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)
0 comments on "Ujian penuh hikmah"
Post a Comment