Tuesday, May 29, 2012

LOvE HeeLS

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 9:07 AM 0 comments
Saya seorang peminat kasut.. sangat2 suka kasut bertumit tinggi.. tak kiralah berapa inci sekali pun.. Saya akan pakai, tak kiralah pergi mana pun (even berjalan ke pudu time study dulu).. lagi satu, saya akan beli kasut yang ada riben.. Ya Allah, saya sangat suka.. berpuluh kasut tumit tinggi+berriben saya.. keyakinan diri saya meningkat jika saya pakai heels.. siapa yang rasa macam saya jugak?


Tapi tu dulu.. satu ketika dahulu.. Sekarang, saya ada 1 je kasut tumit tinggi.. yang lain da kena buang (siap bakar lagi).. kasut terbaru ni (da 2 tahun saya beli) saya tak pernah pakai pun.. beli sebab nampak cantik je warna purple tu.. 


Saya da berazam tak nak pakai kasut tumit tinggi lagi kerana ia mempengaruhi kesihatan saya. Pada pembaca sekalian, kalau boleh, berjaga2 juga ya.. sebab terdapat penyakit yang tersembunyi disebalik kasut tumit tinggi ini.


kasut tumit direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kaki tetapi keseluruhan badan.


Jika memakai kasut tumit tinggi terlalu lama sangat akan menyebabkan kencing tidak lawas .masalah belakang dan tulang pinggul. selain itu jugak.boleh menyebabkan kesakitan pada rahang ,leher dan kepala.




Banyak lagi kesan buruknya.. erm, sape kata pakai heels je boleh bergaya??

Sunday, May 20, 2012

Hukum Memegang Al-Quran Semasa Haid

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 1:24 AM 0 comments
Maaf kak, terlambat reply.. Actually saya tak cukup ilmu lagi untuk jawab soalan akak tu.. okey, disebabkan akak dah tanya, jadi saya pun mencarilah jawapannya.. ni apa yang saya dapat.. (sama2 kita kongsikan)



Pertama: Hukum memegang al-Qur’an.

Umumnya terhadap persoalan pertama terdapat dua pendapat, yang pertama mengatakan tidak boleh manakala yang kedua berkata boleh.

Pendapat yang pertama merujuk kepada firman Allah:


(al-Qur’an) Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci. [1]


Dan sabda Rasulullah (s.a.w):


Tidaklah menyentuh al-Qur’an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.[2]


Manakala bagi pendapat kedua pula, mereka berpegang kepada kaedah bahawa seseorang wanita yang sedang haid boleh melakukan semua perkara seperti biasa melainkan wujud dalil yang tepat (qathi) yang melarangnya. Dalam hal ini yang jelas dilarang adalah bersolat, berpuasa, melakukan tawaf dan bersanggama. Adapun hukum memegang al-Qur’an, tidak ada dalil yang tepat yang melarang seseorang yang sedang haid daripada memegangnya.

Ayat al-Qur’an yang dijadikan rujukan oleh pendapat pertama adalah tidak tepat untuk dijadikan hujah kerana perkataan al-Mutatahharun sebenarnya merujuk kepada para malaikat sebagaimana yang boleh dilihat daripada keseluruhan ayat yang berkaitan:


Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.[3]


Berkata Ibnu Abbas (r.a), fii Kitabim-maknun bererti di langit, yakni di al-Lauh al-Mahfuz manakala al-Mutatahharun adalah para malaikat yang suci.[4] Justeru keseluruhan ayat sebenarnya menerangkan tentang kitab al-Qur’an yang sebelum ini tersimpan dalam al-Lauh al-Mahfuz , di sana ia tidak disentuh oleh sesiapa kecuali para malaikat sehinggalah ia diturunkan ke bumi kepada manusia.


Hadis yang dijadikan dalil melarang adalah juga tidak tepat sandarannya kerana perkataan al-Taharun yang bererti suci adalah satu perkataan yang memiliki banyak erti (lafaz Mushtarak) dan mengikut kaedah Usul FiqhSesuatu perkataan yang memiliki banyak erti tidak boleh dibataskan kepada satu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yang dapat mendokongi pembatasan tersebut.

Perkataan suci dalam hadis di atas boleh bererti suci dari najis seperti tahi dan air kencing. Boleh juga bererti suci dari hadas besar seperti haid dan junub, dan suci dari hadas kecil yakni seseorang yang dalam keadaan wudhu’. Ia juga boleh bererti suci dari sudut akidah sepertimana firman Allah terhadap orang-orang musyrik:


Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis.[5]


Oleh itu seseorang itu perlu mencari maksud sebenar kepada perkataan suci dalam hadis di atas. Salah satu caranya ialah dengan mengkaji keseluruhan hadis di mana ia sebenarnya adalah sepucuk surat yang dihantar oleh Rasulullah (s.a.w) kepada seorang sahabat di Yaman. Di saat itu Yaman adalah sebuah wilayah yang penduduknya masih terdiri daripada campuran orang bukan Islam dan Islam, justeru mungkin sahaja surat tersebut bertujuan melarang al-Qur’an daripada disentuh oleh orang bukan Islam kerana sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis.


Himpunan antara asal usul hadis dan rujukan al-Qur’an kepada orang musyrik sebagai najis dapat mengarah kepada satu petunjuk yang tepat bahawa erti suci dalam hadis di atas sebenarnya merujuk kepada orang Islam. Justeru keseluruhan hadis sebenarnya melarang orang-orang bukan Islam daripada memegang kitab atau mushaf al-Qur’an.


Akhirnya jika dianalisa antara dua pendapat di atas, diyakini bahawa yang lebih tepat adalah pendapat kedua yang membolehkan seorang wanita yang sedang haid untuk memegang al-Qur’an. Hal yang sama adalah bagi wanita yang sedang dalam keadaan nifas dan istiadah.


Kedua: Hukum membaca al-Qur’an.


Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis Rasulullah (s.a.w):

Seseorang yang dalam keadaan junub atau haid tidak membaca sesuatu apa jua dari al-Qur’an.[6]


Hadis ini memiliki beberapa jalan periwayatan namun setiap darinya adalah daif. Berkata Imam Nawawi: Adapun hadis Ibnu Umar: “Seseorang yang dalam keadaan junub atau haid tidak membaca sesuatu apa jua dari al-Qur’an” , maka ia diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadis yang daif, didaifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedaifan yang terdapat padanya adalah jelas.[7]


Namun sebahagian ahli fiqh tetap melarang seorang wanita yang sedang haid daripada membaca al-Qur’an kerana diqiyaskan keadaan haid kepada keadaan junub.[8] Namun pematukkan hukum ini tidak dianggap tepat kerana haid dan junub adalah dua keadaan yang jauh berbeza. Junub adalah satu keadaan di mana seseorang itu memiliki pilihan untuk berada dalamnya atau tidak, dan seseorang itu boleh keluar dari keadaan junub pada bila-bila masa melalui mandi wajib atau tayamum. Berbeza halnya dengan haid, ia bermula dan berakhir tanpa pilihan.


Sebahagian lain melarang atas dasar memelihara kesucian dan keagungan al-Qur’an. Justeru mereka berpendapat tidak boleh membaca (mentilawahkan) al-Qur’an kecuali beberapa perkataan atas dasar zikir dan memperoleh keberkatan.[9]

Pendapat ini juga dianggap kurang tepat kerana seseorang muslimah, sama ada dalam keadaan haid atau tidak, tetap dianggap suci dan dihalalkan bagi mereka semua yang dihalalkan melainkan wujudnya dalil yang sahih yang menegah sesuatu perkara seperti solat, puasa, tawaf dan bersanggama.

Adapun pensyari‘atan mandi wajib selepas berakhirnya tempoh haid, ia adalah penyucian atas sesuatu yang sedia suci dan bukannya penyucian atas sesuatu yang sebelum itu bersifat najis. Oleh itu tidaklah berkurang sedikitpun kesucian dan keagungan al-Qur’an apabila ia dibaca oleh seseorang muslimah yang sedang dalam keadaan haid.


Pernah sekali Abu Hurairah (r.a) mengasingkan diri daripada Rasulullah (s.a.w). Beliau balik ke rumah untuk mandi wajib dan kemudian kembali. Rasulullah bertanya kenapakah dilakukan sedemikian, lalu Abu Hurairah menerangkan bahawa tadi beliau sebenarnya dalam keadaan junub. Mendengar itu Rasulullah bersabda:
Subhanallah ya Abu Hurairah ! Sesungguhnya orang mukmin tidak ia menjadi najis.[10]


Kata-kata Rasulullah (s.a.w) di atas bersifat umum, menunjukkan bahawa seorang mukmin tidaklah ia sekali-kali akan berada dalam keadaan najis. Termasuk dalam keumuman hadis ini ialah wanita yang sedang haid.


Akhirnya berkata Imam Ibnu Taimiyah terhadap persoalan ini: Sesungguhnya adalah para wanita mereka mengalami haid di zaman Rasulullah (s.a.w), maka seandainya membaca al-Qur’an adalah diharamkan ke atas mereka (ketika haid) sepertimana solat, pasti baginda Nabi (s.a.w) akan menjelaskannya kepada umatnya.

Baginda akan mengajarnya kepada para Ummul Mukminun (para isteri baginda) dan akan dinukil daripada mereka oleh orang ramai. Akan tetapi tidak ada satupun (riwayat) yang melarang yang dinukil daripada Nabi (s.a.w). Oleh itu hal ini tidak boleh dianggap terlarang padahal telah diketahui bahawa baginda tidak melarangnya. Justeru jika baginda tidak melarangnya padahal ramai wanita yang haid di zamannya, maka sesungguhnya ketahuilah bahawa ia sebenarnya adalah tidak haram
.[11]


Oleh itu wanita yang sedang haid dibolehkan membaca al-Qur’an seperti biasa. Demikian juga bagi wanita yang berada dalam keadaan nifas dan istiadah. Kepada Allah kembali segala kebenaran.
Nota Kaki:


[1] Al-Waqiah (56): 79

[2] Sahih: Hadis daripada ‘Amru bin Hazm (r.a), dikeluarkan oleh Ibnu Hibban, al-Hakim, Baihaqi dan lain-lain melalui beberapa jalan yang setiap darinya memiliki kelemahan. Namun setiap darinya saling menguat antara satu sama lain sehingga dapat diangkat ke taraf sahih, atau setepatnya sahih lighairihi. Lihat semakan Badri Abdul al-Samad dalam al-Ittihafu bitakhrij Ahadith al-Isyraf ‘ala Masail al-Ikhtilaf (Dar al-Buhts, Dubai 1999), jld 1, ms 77-82.

[3] Al-Waqiah (56): 77-80

[4] Demikian juga keterangan beberapa sahabat dan tabiin sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir al-Tabari dalam Jamii al-Bayan (Dar al-Fikr, Beirut 1999), riwayat no: 25955 – 25970. Lihat juga al-Mawardi - Al-Nukatu wa al-‘Uyun (Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut tp thn), jld 5, ms 463-464.

[5] al-Taubah (9): 28.

[6] Daif: Hadis daripada Abdullah ibnu Umar (r.a), dikeluarkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah, al-Daquthni dan lain-lain. Ia memiliki 3 jalan periwayatan yang semuanya daif. Nasiruddin Albani tidak menjadikannya penguat antara antara satu sama lain manakala Badri Abdul al-Samad berpendapat ia saling menguat sehingga dapat diangkat ke taraf hasan (hasan lighairihi). Lihat Irwa al-Ghaleel fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil (Maktabah al-Islami, Beirut), hadis no: 192 dan al-Ittihafu bitakhrij Ahadith al-Isyraf, jld 1, ms 83-84.

[7] Majmu’ Syarah al-Muhazzab (Dar Ihia’ al-Turath al-Arabi, Beirut 2001), jld 2, ms 123-125 (Kitab Taharah, Bab Apa yang mewajibkan mandi, Bab Hukum terhadap 3 perkara).

[8] Lihat Majmu Syarah al-Muhazzab jld 2, ms 267-268 (Kitab Haid, berkata al-Musannif: “Dan dilarang atasnya membaca Qur’an….”).

[9] Lihat al-Kasani – al-Bada‘i al-Sona‘i (Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut 1982), jld 1, ms 38 (Bab pemasalahan adab-adab wudhu’).

[10] Sahih: Ringkasan hadis daripada Abu Hurairah (r.a), dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, lihat al-Lu’ Lu’ wa al-Marjan (Fu‘ad Abdul Baqi; Dar al-Salam, Riyadh 1995) – no: 210.

[11] Majmu al-Fatawa 26/191 (Dar al-Wafa’, Kaherah 2001), jld 13, ms 104. Lihat juga pembahasan Ibnu Hazm dalam al-Muhalla (Dar Ihia al-Turath al-Arabi, Beirut tp thn), jld 1, ms 78-85 (Masalah no: 116: Membaca al-Qur’an dan bersujud dan menyentuh mushaf).

wallahua'lam

kredit to mohd suffian haji jaafar 

Sunday, May 13, 2012

Sedikit Ilmu Bukan Penghalang Untuk Berdakwah

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 7:14 AM 0 comments
Mungkin ada yang berdalih, “Aku tidak boleh berdakwah kepada orang lain kerana pengetahuanku sangat cetek tentang Islam.” Bagaimana menjawab pernyataan seperti itu?

Katakan kepadanya sabda Rasulullah SAW, “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat. Ceritakanlah kisah Bani Israil tanpa ragu-ragu. Barangsiapa berdusta dengan atas namaku maka bersiaplah mendapat tempat di neraka.”
[HR Tirmidzi dan Ibnu Umar]


Walau hanya memahami satu ayat, sampaikanlah kepada orang lain. Walau mendapatkan ilmu dari khutbah Jumaat, sampaikanlah pula kepada orang lain. Jika menghadiri pengajian majlis taklim, datangilah sanak saudara lalu ceritakanlah apa yang anda dapatkan dari pengajian tersebut.

Imam Ahmad Ibn Hanbal berkata, “Orang yang mengetahui suatu permasalahan, ia dianggap pakar di bidang itu.”

biasanya orang muda mungkin mengajukan alasan yang lain, “Aku belum lama pakai tudung/belajar ugama dan masih banyak dosa yang menghalangiku untuk berdakwah kepada teman-temanku.”

Sekali lagi jangan jadikan dosa anda sebagai penghalang untuk berdakwah.


Allah SWT berfirman,

“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri (kewajibanmu sendiri). "
[Al Baqarah : 44]


Yang dilarang oleh ayat itu adalah melupakan diri sendiri. Akan tetapi bilakah waktunya berdakwah menjadi haram? iaitu ketika anda menyuruh orang lain berbuat kebaikan sementara anda tidak berusaha mengerjakannya. Sebagai contoh, seseorang belum boleh ghaddul bashar (menundukkan pandangannya) dan ia melihat orang lain tidak menundukkan pandangannya. Apakah harus melarangnya atau tidak? Tentu saja harus melarangnya. Katakan kepada orang itu, “Hai Fulan, tundukkan pandanganmu”, dan katakan kepada diri anda sendiri, “Ya Allah, saksikanlah, mulai saat ini aku akan menjaga pandanganku.” 

Berdakwah sesungguhnya membantu anda dalam memperbaiki diri Anda sendiri. Andalah yang lebih dahulu mengambil manfaat darinya. Oleh kerana, jika ingin memperbaharui iman, berdakwahlah! Setahap demi setahap keimanan itu akan kembali terbaharui.
 

Imam Ibnu Taimiyah berkata, “jangan sekali-kali kalian berkata, “Aku tidak akan berdakwah sampai keimananku betul-betul sempurna.” Sesungguhnya orang itu dihadapkan kepada dua pilihan. Boleh jadi suatu hari nanti ia akan mengatakan “Imanku telah sempurna,” ketahuilah bahwa dengan berkata seperti itu, sesungguhnya ia telah atau ia akan menemui ajalnya sementara imannya belum juga sempurna.” 

Bagaimana penyelesaiannya? Berdakwahlah dengan keimanan anda dengan seadanya. Menyebarkan Islam adalah tanggung jawab kita semua.


“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan suatu kaum hingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”
[Ar Ra’d: 11] 

Islam tidak akan tampil memimpin dengan pedang, senjata dan perang. Islam hanya akan jaya dengan apa yang telah Rasulullah SAW rintis. Beliau dahulu seorang diri di muka bumi kemudian mencari pendamping. Mulailah Rasulullah SAW mendakwahi Abu Bakar ra. Mereka berdua muncul dan teguh di tengah-tengah msayarakat kafir ketika itu. Bagaimana dengan anda? Bukankah satu seperempat juta penduduk bumi ini sudah beridentitikan Muslim?

Abu Bakar masuk Islam dan berhasil merekut 7 orang lainnya. Dari 7 orang bertambah menjadi 70 orang. Enam orang penduduk Madinah mendatangi Rasulullah SAW, mereka berjanji, “Tahun depan kami akan kembali.” Mereka pun kembali tahun berikutnya sebanyak 12 orang. Satu tahun setelah itu jumlah mereka mencapai 73 orang laki-laki dan 2 orang perempuan. Nabi SAW menyuruh mereka kembali,” Pulanglah dan aku akan menemui kalian tahun depan.” Pada tahun yang dijanjikan itu, Nabi berhijrah dan tak satu rumah pun yang tersisa kecuali seluruh penghuninya telah memeluk Islam.

Permasalahannya mudah dan sederhana. Ajaklah dengan penuh berhikmah orang disamping anda dengan keimanan anda seadanya! 

“Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang salih (diantara kamu) bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa.”
[An Nur : 55] 


sumber : Romantika Yusuf, Amru Khalid, Maghfirah Pustaka, 2004

Tempoh Penyusuan Mengikut Al Quran

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:56 AM 0 comments

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.

Manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.

Satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.

Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.


Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:

- Akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. 

- Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. 

- Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. 

Selain itu, jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.

Allah menjadikan susu ibu khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.

Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak

1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.

5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.


Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.


Dalil Penyusuan Bayi Selama Dua Tahun


15. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah.
 sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)". – Al Ahqaf 15



6 bulan; tempoh minumun mengandung

24 bulan = 2 tahun: tempoh menyusu bayi…. Bersamaan 30 bulan!



14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya),
 dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Luqman 14


233. Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan Yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) Yang kamu mahu beri itu Dengan cara Yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua Yang kamu lakukan. Al Baqarah 233


Walau apapun fakta sains dan kajian yang dibuat; tidak boleh mengatasi jadual menyusu mengikut AL QURAN.
Tempoh mengandung adalah 6 bulan: tempoh mengandung minimun adalah 6 bulan . tolak dengan 30 bulan maka tinggal 24 bulan bersamaan dua tahun.. mengandung 6 bulan menyusu 24 bulan bersamaan = 30 bulan....

wallahu’alam….

Wednesday, May 9, 2012

aDAb BerCAkap

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:56 AM 0 comments
Ok, yang ni pun saya nak menjawab salah satu soalan dari kawan lama saya..
Dia tanya tentang adab bercakap.. Actually, dia seorg Dj..


1. Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah". 

2. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar 

3. Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham. 

4. Jika seoarng sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu. 

5. Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya. 

6. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan. 

7. Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama 

8. Jangan bercakap secara berkumam mulut 

9. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang 

10. Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka. 

11. Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya 

12. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya. 

Jom UsaHa tOK daPaTkAN SOlat Yang kHUsyuK

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:51 AM 0 comments

Semalam, saya dapat mesej daripada seorang adik alam maya yang sangat sayangi.. Adik alam maya saya kata, "kak, nak minta tunjuk ajar, macam mana nak meraih khusyuk dalam solat?" jadi, jom sama-sama kita kongsi tips untuk meraih khusyuk dalam solat..

Khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-


yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

sebenarnye, ada banyak sangat tips untuk khusyuk dlm solat.. Tapi saya hanya kongsikan satu je di sini.. ayah saya pernah cerita.....

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. 

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" 

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." 

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" 

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air". Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- 

* Bertaubat 

* Menyesali dosa yang telah dilakukan 

* Tidak tergila-gilakan dunia 

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya') 

* Tinggalkan sifat berbangga 

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu 

* Meninggalkan sifat dengki. 


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan: 

1.aku sedang berhadapan dengan Allah, 

2.Syurga di sebelah kananku, 

3.Neraka di sebelah kiriku, 

4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan 

5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." 

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. 

Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." 

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. 

Selain itu, salah satu cara meraih khusyuk dalam solat ialah solat di awal waktu.. kalau solat di akhir waktu, kita tergopoh gapah..

(macam mana solat kita?? jom sama2 perbaiki diri)
 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal