Wednesday, May 9, 2012

Jom UsaHa tOK daPaTkAN SOlat Yang kHUsyuK

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:51 AM

Semalam, saya dapat mesej daripada seorang adik alam maya yang sangat sayangi.. Adik alam maya saya kata, "kak, nak minta tunjuk ajar, macam mana nak meraih khusyuk dalam solat?" jadi, jom sama-sama kita kongsi tips untuk meraih khusyuk dalam solat..

Khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-


yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

sebenarnye, ada banyak sangat tips untuk khusyuk dlm solat.. Tapi saya hanya kongsikan satu je di sini.. ayah saya pernah cerita.....

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. 

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" 

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." 

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" 

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air". Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- 

* Bertaubat 

* Menyesali dosa yang telah dilakukan 

* Tidak tergila-gilakan dunia 

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya') 

* Tinggalkan sifat berbangga 

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu 

* Meninggalkan sifat dengki. 


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan: 

1.aku sedang berhadapan dengan Allah, 

2.Syurga di sebelah kananku, 

3.Neraka di sebelah kiriku, 

4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan 

5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." 

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. 

Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." 

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. 

Selain itu, salah satu cara meraih khusyuk dalam solat ialah solat di awal waktu.. kalau solat di akhir waktu, kita tergopoh gapah..

(macam mana solat kita?? jom sama2 perbaiki diri)

0 comments on "Jom UsaHa tOK daPaTkAN SOlat Yang kHUsyuK"

Post a Comment

 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal