Sunday, June 14, 2009

Fikirkan dan ambil pengajaran

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 9:58 AM
Jika kamu memancing ikan….
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu….
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja….
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya….
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja….
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya...
Selagi dia mengingatimu. …

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh….
cukuplah sekadar keperluanmu.…
Apabila sekali ia retak….
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula….
akhirnya ia dibuang….
sedangkan jika kamu
cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terima la seadanya….
janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.…
akhirya kamu tinggalkan dia sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik….

0 comments on "Fikirkan dan ambil pengajaran"

Post a Comment

 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal