Tuesday, June 16, 2009

10 hadiah yang paling mudah

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 7:46 AM
"Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada
sesiapa sahaja yang kita kasihi ~

ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara,
anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan
lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu
atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar:
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar
mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan
jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih:
Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan
tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri
kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota:
Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti
sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh
orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa:
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya
ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian:
Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap
masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa
dia

6. Hadiah Bantuan:
Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian:
Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah
masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan:
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang
yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah:
Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah
pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa:
Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu
mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita. inilah hadiah yg paling
penting.. "

sama2 kita sampaikan benda y baik.....

0 comments on "10 hadiah yang paling mudah"

Post a Comment

 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal