Tuesday, August 28, 2012

Solat vs Iman

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 11:31 PM 0 comments

Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Imam tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Imam , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin, semoga dapat ambil ikhtibar..

Peringatan Untuk DIrI Saya Sendiri

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 11:29 PM 0 comments

Saya tak nak tag sesiapa pun sebab saya copy and paste post ni sebagai peringatan untuk diri saya sendiri.. sekiranya ada yang berminat untuk baca, dipersilakan :)
kalau ada yang nak copy atau share pun dipersilakan.

awak,ye, awak yang post gambar cun kat facebook dan sebagainya tu.
ye, awak yang comel dan pose ala-ala model gitu tu.
ye, awak jugak yang upload gambar senyum sweet sgt tu.

awak, awak jangan salah faham.
mmg la awak cun dan comel
dan saya ni ala-ala biasa-biasa je..
buat gaya yuna tak reti,
nak tiru hanata jima tak jadi.

tapi
bukan sebab tu saya tak berapa suka awak post gambar kat facebook tu.

bukan saya jealous
tengok bilangan like dan komen-komen jejaka-jejaka memuja memuji ciptaan Allah kat gambar-gambar awak tu.

bukanlah awak..

tapi,

saya tegur tu sebab saya tak mahu awak jadi bahan tontonan.

awak, kalau kita sayang barang,

kita akan simpan elok-elok kan?

ada ke kita nak bagi apa yang kita sayang tu,

sesuka hati, senang-senag je kat orang lain, orang yang kita tak kenal pulak tu.

ade ke awak?

awak tu cantik,

cantik tu nikmat tau wak.

cantik tu jugak ujian.

nikmat kalau tak pandai hargai, boleh jadi bala,

nikmat kalau tak pandai jaga, nanti ditarik balik.

ujian kalau tak kuat, nanti sia-sia.

awak, rugi tau kalau awak biar lelaki-lelaki yang ntah siapa-siapa tu,

tengok kecantikan awak tu senang-senang macam tu.

nanti awak dah tak special la.

awak,
betul ni,
walau saya tak secantik awak,
tapi,
saya tak cemburu.

saya cuma sedih,
tengok awak jadi bahan pameran dan pelampias nafsu lelaki.

saya cuma tak suka tengok awak jadi bahan tontonan lelaki.

dan saya benci bila lelaki kata,

awak yang tunjuk, diaorang tengok je la.

tengok tu, diaorang best2 tengok tenung awak, tapi last2 blame kan awak jugak

awak,
awak tetap cantik.
even kalau awak tak upload segala gambar segala bagai kat mana pun,
kecantikkan awak tu tak akan kurang.

Awak..
saya bukan cemburu!
tapi saya sayang awak :')

Wasiat

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 11:04 PM 0 comments

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan
 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal