Wednesday, June 27, 2012

Pemuda beribu bapakan babi

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 7:46 AM 0 comments


Kak Marina, cuba akak baca ni.. mungkin ni penyelesaiannya..
                      Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t.Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
                      Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”. Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
                        Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
                        Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.
                        “Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.
                        “Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t.masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t.menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”
                        Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kamisediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.” Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
                        Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
                        Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL

Wednesday, June 20, 2012

KurA-kURA

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 8:31 AM 0 comments

Buat kali ketiga, saya cuba membela kura-kura.. First sekali, saya nak share cara2 untuk mengenalpasti jantina kura-kura. okey cmni:


1) Kura-kura jantan lagi panjang dan tebal ekornya berbanding kura-kura betina.

2) Kura-kura jantan mengeluarkaan bunyi garau manakala kura-kura betina menghasilkan bunyi berdesir.

3) Kura-kura jantan lebih panjang cakar (kuku) dari kura-kura betina.

4) Kalau masih kecil, pola berbentuk bulat (tompok) dibawah cengkerang kura-kura itu banyak dan rapat bermakna itu kura-kura jantan.

5) Kebiasaannya saiz kura-kura betina lagi besar dari saiz kura-kura jantan.

6) Bentuk cengkerang jantan berbentuk convex manakala kura-kura betina concave.


Kalau nak bela kura-kura sebagai pets, kena pandai jaga dia.. Antara cara-cara untuk menjaga kura-kura:

1) Menyediakan ruang yang selesa kepada kura-kura dengan sedikit air dan batu kecil/pasir. Sebab kura-kura ni suka berjemur.

2) Mencuci air kura-kura sekurang-kurangnya 2 hari sekali. 

3) Luangkan masa untuk  mengosok2 lembut cengkerang kura-kura sekurang-kurangnya sekali seminggu.

4) Rajinkan bagi kura-kura berjemur samaada dibawah cahaya matahari atau bawah cahaya lampu.

5) Bagi makan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. 

6) Bawalah kura-kura berjalan-jalan sekurang-kurangnya sekali seminggu dengan keluarkan diorang dari akuarium/kolam. 

sekian untuk kali ini :)



KUrsUS PerKAHwINaN

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 12:32 AM 0 comments
Kalau kamu tak pergi kursus kahwin, tak boleh nikah tau.. hihi.. Kursus Pra-Perkahwinan ni mestilah dihadiri oleh semua muslimin dan muslimat yang bercadang untuk bernikah di Malaysia.. Ada seorang kawan saya yang menganut agama kristian kata, diorang pun ada kursus kahwin juga, selama seminggu.. lagi lama kn?

Berbalik pada topik asal, masa zaman study dulu, ada juga kawan-kawan yang ajak pergi kursus kahwin. Tapi saya selalu menolak dengan alasan 'belum nak kahwin lagi, g awal2 nanti lupa apa yang disampaikan'.. hehehe.. tapi bila dah habis belajar, dah bekerja dan majoriti kawan-kawan dah kahwin, barulah terhegeh2 nak pergi..

Kenapa tiba2 je nak pergi kursus kahwin? dah nak kahwin ke? bukan la, saya takut tak ada kawan nak pergi nanti + ada ura2 bahawa kursus ni akan dipanjangkan tempohnya dari 2 hari ke seminggu. Sedangkan 2 hari pun susah nak pergi, macam mana la kalau seminggu kan?

Jadi, saya pun sms beberapa orang kawan yang belum berkahwin lagi. Ajak mereka menyertai kursus kahwin... Majoriti kawan2 yang reply sms tu sudah pun mempunyai sijil kursus kahwin.. diorang g masa study kt U dulu :(

Okey, nevermind.. saya boleh pergi dengan kawan2 yang belum pergi lagi.. tapi ada masalah juga sebab kami tak jumpa tarikh yang sesuai.. bila saya free, dia busy. begitulah sebaliknya..

Jalan terakhir, pergi sorang2.. hehehe..

Pada suatu pagi yang aman dan damai, saya bertekad untuk menyertai kursus kahwin di bangunan TNB berhampiran.. Saya pergi dengan penuh bersemangat, tapi bila sampai kat sana, semangat saya berkurangan.. Semua yang pergi tu berpasangan, siap pakai baju sama warna lagi.. saya cuma duduk memerhati dari dalam kereta. Lepas 20 minit berfikir, saya buat keputusan untuk pulang ke rumah...

Lepas beberapa bulan, sekali lagi saya pergi ke bangunan yang sama untuk menyertai kursus kahwin.. tapi kali ni, ayah saya yang hantar :)  Finally, saya sudah menyertai kursus kahwin walaupun masih tak ada calon suami.. hehehe.. saya masih mengimpikan cinta lepas nikah.. mudah-mudahan, cinta pertama dan terakhir saya adalah untuk suami saya..


 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal