Kalau kamu tak pergi kursus kahwin, tak boleh nikah tau.. hihi.. Kursus Pra-Perkahwinan ni mestilah dihadiri oleh semua muslimin dan muslimat yang bercadang untuk bernikah di Malaysia.. Ada seorang kawan saya yang menganut agama kristian kata, diorang pun ada kursus kahwin juga, selama seminggu.. lagi lama kn?
Berbalik pada topik asal, masa zaman study dulu, ada juga kawan-kawan yang ajak pergi kursus kahwin. Tapi saya selalu menolak dengan alasan 'belum nak kahwin lagi, g awal2 nanti lupa apa yang disampaikan'.. hehehe.. tapi bila dah habis belajar, dah bekerja dan majoriti kawan-kawan dah kahwin, barulah terhegeh2 nak pergi..
Kenapa tiba2 je nak pergi kursus kahwin? dah nak kahwin ke? bukan la, saya takut tak ada kawan nak pergi nanti + ada ura2 bahawa kursus ni akan dipanjangkan tempohnya dari 2 hari ke seminggu. Sedangkan 2 hari pun susah nak pergi, macam mana la kalau seminggu kan?
Jadi, saya pun sms beberapa orang kawan yang belum berkahwin lagi. Ajak mereka menyertai kursus kahwin... Majoriti kawan2 yang reply sms tu sudah pun mempunyai sijil kursus kahwin.. diorang g masa study kt U dulu :(
Okey, nevermind.. saya boleh pergi dengan kawan2 yang belum pergi lagi.. tapi ada masalah juga sebab kami tak jumpa tarikh yang sesuai.. bila saya free, dia busy. begitulah sebaliknya..
Jalan terakhir, pergi sorang2.. hehehe..
Pada suatu pagi yang aman dan damai, saya bertekad untuk menyertai kursus kahwin di bangunan TNB berhampiran.. Saya pergi dengan penuh bersemangat, tapi bila sampai kat sana, semangat saya berkurangan.. Semua yang pergi tu berpasangan, siap pakai baju sama warna lagi.. saya cuma duduk memerhati dari dalam kereta. Lepas 20 minit berfikir, saya buat keputusan untuk pulang ke rumah...
Lepas beberapa bulan, sekali lagi saya pergi ke bangunan yang sama untuk menyertai kursus kahwin.. tapi kali ni, ayah saya yang hantar :) Finally, saya sudah menyertai kursus kahwin walaupun masih tak ada calon suami.. hehehe.. saya masih mengimpikan cinta lepas nikah.. mudah-mudahan, cinta pertama dan terakhir saya adalah untuk suami saya..
Wednesday, June 20, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments on "KUrsUS PerKAHwINaN"
Post a Comment