Tuesday, June 16, 2009

10 hadiah yang paling mudah

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 7:46 AM 0 comments
"Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada
sesiapa sahaja yang kita kasihi ~

ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara,
anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan
lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu
atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar:
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar
mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan
jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih:
Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan
tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri
kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota:
Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti
sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh
orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa:
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya
ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian:
Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap
masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa
dia

6. Hadiah Bantuan:
Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian:
Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah
masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan:
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang
yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah:
Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah
pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa:
Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu
mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita. inilah hadiah yg paling
penting.. "

sama2 kita sampaikan benda y baik.....

Monday, June 15, 2009

jom kongsikn citer ni...

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 10:05 PM 0 comments
"Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar


- meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian dirumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di
laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ketempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam,kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar.

Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu,
apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si aanak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantikkan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya,
terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak
mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu ***a mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang
dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itupula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumahkemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja
membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengka Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.Tigah hari
berlalu, ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibujuga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu
masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya
Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul sianak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis,si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatka si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.."katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

*Sayang anak tangan-tangankan..(tapi jangan la sampai cam tu sekali nyek..) "

RamA-rAMa

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 9:55 PM 0 comments
Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan
kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan
ceria. Hampir semua orang akan tersenyum
melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan
menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana
pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ,
tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu
dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari
anda warna dan corak rama-rama itu telah
berpindah ke jari-jari anda.
Kemudian lepaskan
kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin.
Siapa pun yang akan menangkapnya kembali
tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada
untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang
tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-
tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.

Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi
harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang
terbang membawa corak-corak indah, apabila
corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan
lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan
coraknya; harga wanita terletak pada apakah
tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh
suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan
hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri
daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar
daripada kepompong yang mengikat itu.
Sedangkan sepanjang berada di dalam
kepompong tiada siapa pedulikannya, malah
tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama.
Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk.
Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya
bertukar menjadi sesuatu yang amat
menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik
wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan
mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk
sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah
sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan
dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab
ingatlah mereka yang bersusah payah
memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia
sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri,
sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu
bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai
gambar indah dipandang tetapi diri sendiri
menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan
terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni
yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah
memelihara kehormatan. Selama mana anda
memelihara kehormatan dan maruah diri anda
berada pada taraf A1, sebaik sahaja anda tidak
peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan,
anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa
memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak
mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap
kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa
terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak
pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi
sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu
kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting
sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang
tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda
dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki.
Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki
tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan
melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya
akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-
warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita
angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan
lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki
yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang
benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu
terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang
penuh ikhlas. Selama mana anda belum
menemuinya anggaplah diri anda masih berhak
terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam,
jadilah wanita yang membanggakan semua orang.
 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal