Tuesday, February 4, 2014

Kuliah 1

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 9:54 PM 0 comments
Tarikh: 20 januari 2014
Tuan Guru: Ustaz Mahyudin

Merujuk m/s 58 buku riyaddus solihin (edisi lama)
1. orang yang paling panjang lehernya adalah orang yang selalu azan.
maksud org yang panjang lehernya merujuk kepada org yang mudah dikenali di akhirat nanti.
menunjukkan ganjaran bagi bilal.

2. Kalau dengar mu'azin azan, kita kena jawab.

3. Nabi S.A.W menjamin org yang membaca doa selepas azan akan masuk syurga.

4. Gelaran Abu Qassim hanya untuk Rasulullah S.A.W, tak boleh letak nama anak dengan nama tersebut (seeloknya).

5. Jangan keluar dari masjid semasa/selepas azan.. Tunaikan solat.
Jika nak keluar, keluar sebelum azan.
Posted by Ayesha Abdul Mannan at 8:22 PM 0 comments
Dalam kuliah tafakuh, Ustaz Muhaimin gunakan buku ni.. Buku Riyadhus Solihin.
Riyadhus Solihin yang bermaksud Taman-Taman Orang Soleh ialah kumpulan hadis yang disusun oleh tokoh ulama besar antarabangsa bermazhab Syafi?i iaitu al-Imam al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya yang kita kenali sebagai Imam Nawawi.

Kitab ini layak menjadi rujukan dan kajian umat Islam seluruh dunia. Kitab asal Riyadhus Solihin diringkaskan menjadi kitab Ringkasan Riyadhus Solihin oleh ulama terkenal Syaikh Yusof al-Nabhani. Kitab ini mengandungi ayat al-Quran dan hanya kumpulan hadis-hadis sahih dan hasan yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sahaja. Susunannya merangkumi hal-hal perundangan dalam agama yang membicarakan masalah akidah, syariah dan akhlak.



Penulis : Iman Nawawi
Kod Katalog : TBBK 1142
Kod ISBN : 978-967-5102-75-2
Harga : Semenanjung M'sia - RM50.00
: Sabah / S'wak: 52.00

Refresh Ilmu Agama

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:05 PM 0 comments

Di MSI, UTM diadakan kuliah tafaquh pada setiap hari ahad- rabu. Jam 5.15-6.15 petang..
Kuliah yang sangat ringkas dan padat.
Sangat sesuai bagi semua peringkat umur..
Jangan risau jika pengetahuan agama sangat cetek, kerana ini lah peluang untuk mendalami agama.
Tidak dapat dinafikan, ramai yang ingin hadiri kuliah sebegini.. Tapi dalam hati ada perasaan segan. Kadang2 terfikir "Aku pakai tudung pendek, jarang, baju pun lebih kurang je. segan la nak pergi.. mesti ramai yang pergi kuliah tu pakai tudung labuh2... malulah". Tak pun, ada yang terfikir 'boleh ke aku pergi kuliah tu? pengetahuan basic tentaqng agama pun takde".
Kawan2 semua jangan risau.. Dalam kuliah agama, kita tak dinilai melalui semua tu. Kita sama2 menuntut ilmu kerana Allah. Kita cuba memperbaiki diri. Takde siapa yang nak marah.. Btw, igt, Islam tak melarang kita untuk berfesyen :) tapi pastikan fesyen kita tidak melanggar syariat..
Bagi yang bersekolah agama dulu, dapat refresh semula ilmu yang pernah dipelajari.
Sekiranya ada persoalan yang tidak terjawab, boleh ditanya pada ustaz2 yang mengajar.

okey, ni Jadual harian kuliah tafakuh:
Ahad - Ustaz Ajmain (Tafsir Al Quran)
Isnin - Ustaz Mahyudin (Ringkasan Riadus Salihin)
Selasa - Ustaz Ellyeen Amineen (Bebas ganti Ust Elyas (Tajuwid)
Rabu - Ustaz Sulaiman Shakib (Fekah) atau Ustaz Naem (Tasawuf)

Jom ajak kawan-kawan datang ke taman syurga.

 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal