Showing posts with label kuliah tafakuh. Show all posts
Showing posts with label kuliah tafakuh. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

Kuliah 4

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 5:42 PM 0 comments

Tarikh: 26 Januari 2014
Tuan Guru: Ustaz Dr Ajmain

Tafsir Al-Quran (pembahagian harta pusaka)

  1. Surah An-Nisa, 127
     2.  isu:
  • kenapa agihan lelaki tidak sama dengan perempuan (dari segi tanggungjawab)
  • kaitkan antara faraid dengan urutan tanggungjawab
  • isu agihan sama rata selepas persetujuan
  • hibah untuk anak perempuan, anak tidak sah taraf
  • harta sepencarian
     4.  Jenis harta/kategori:
  • faraid: harta simati diagihkan kepada waris mengikut syarak
  • wasiat: pemberian maksimum 1/3 harta kepada bukan waris
  • hibah: pemberian atas dasar kasih sayang semasa hidup dan pindah milik selepas kematian
  • wakaf: harta untuk tujuan jariah dan manfaatnya dinikmati oleh masyarakat islam
  • Amanah: pemegang amanah untuk harta tertentu seperti saham, tunai dan urus selepas kematian mengikut surat ikatan amanah
  • sepencarian: suami/isteri boleh beri hingga 50% harta melalui dokumen.
     5.  Kiraan:
  • Harta keseluruhan - (hutang, hibah, amanah, wakaf, harta sepencarian, wasiat) = Harta pusaka bersih (yang di agih mengikut faraid)

Kuliah 3

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 4:57 AM 0 comments
Tarikh: 22 Januari 2014
Tuan Guru: Ustaz Sulaiman Shakib

Kelebihan Solat Jemaah

- merujuk surah An-Nisa, 142

- sifat2 org munafik:
  • dalam hati ada sifat malas
  • solat untuk menunjuk-nunjuk
  • solat mereka dalam keadaan jarang2
- Solat jemaah sekurang-kurangnya 2 org

- kelebihan solat isyak berjemaah adalah seperti menghidupkan separuh malam.

- kelebihan solat subuh berjemaah adalah seperti menghidupkan keseluruhan malam.

- tingkat solat:

  1. solat jumaat
  2. solat subuh di hari jumaat
  3. solat subuh di hari2 lain
  4. solat isyak
  5. solat asar
  6. solat zuhor
  7. solat maghrib

Tuesday, February 4, 2014

Kulian 2

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 10:02 PM 0 comments
Tarikh: 21 Januari 2014
Tuan Guru: Ustaz Elyeen Amineen

Merujuk buku Akidah Muslimin

1. Bila ada anak nanti, ajar anak kita:

  • Akidah, diikuti
  • Taharah/bersuci, kemudian
  • Al-Quran, seterusnya
  • Solat


2. Manusia wajib menyembah Allah.

3.Taubat bg kesalahan yang terkeluar dr Agama Islam spt syirik adalah mengucap 2 kalimah syahadah.

4. Cara taubat yang sebenar :

  • menyesali kesalahan yang telah dibuat
  • berhenti membuat kesalahan tersebut
  • berazam tidak mengulangi kesalahan tersebut
  • minta maaf pada orang yang terlibat.

Kuliah 1

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 9:54 PM 0 comments
Tarikh: 20 januari 2014
Tuan Guru: Ustaz Mahyudin

Merujuk m/s 58 buku riyaddus solihin (edisi lama)
1. orang yang paling panjang lehernya adalah orang yang selalu azan.
maksud org yang panjang lehernya merujuk kepada org yang mudah dikenali di akhirat nanti.
menunjukkan ganjaran bagi bilal.

2. Kalau dengar mu'azin azan, kita kena jawab.

3. Nabi S.A.W menjamin org yang membaca doa selepas azan akan masuk syurga.

4. Gelaran Abu Qassim hanya untuk Rasulullah S.A.W, tak boleh letak nama anak dengan nama tersebut (seeloknya).

5. Jangan keluar dari masjid semasa/selepas azan.. Tunaikan solat.
Jika nak keluar, keluar sebelum azan.
Posted by Ayesha Abdul Mannan at 8:22 PM 0 comments
Dalam kuliah tafakuh, Ustaz Muhaimin gunakan buku ni.. Buku Riyadhus Solihin.
Riyadhus Solihin yang bermaksud Taman-Taman Orang Soleh ialah kumpulan hadis yang disusun oleh tokoh ulama besar antarabangsa bermazhab Syafi?i iaitu al-Imam al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya yang kita kenali sebagai Imam Nawawi.

Kitab ini layak menjadi rujukan dan kajian umat Islam seluruh dunia. Kitab asal Riyadhus Solihin diringkaskan menjadi kitab Ringkasan Riyadhus Solihin oleh ulama terkenal Syaikh Yusof al-Nabhani. Kitab ini mengandungi ayat al-Quran dan hanya kumpulan hadis-hadis sahih dan hasan yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sahaja. Susunannya merangkumi hal-hal perundangan dalam agama yang membicarakan masalah akidah, syariah dan akhlak.



Penulis : Iman Nawawi
Kod Katalog : TBBK 1142
Kod ISBN : 978-967-5102-75-2
Harga : Semenanjung M'sia - RM50.00
: Sabah / S'wak: 52.00

Refresh Ilmu Agama

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:05 PM 0 comments

Di MSI, UTM diadakan kuliah tafaquh pada setiap hari ahad- rabu. Jam 5.15-6.15 petang..
Kuliah yang sangat ringkas dan padat.
Sangat sesuai bagi semua peringkat umur..
Jangan risau jika pengetahuan agama sangat cetek, kerana ini lah peluang untuk mendalami agama.
Tidak dapat dinafikan, ramai yang ingin hadiri kuliah sebegini.. Tapi dalam hati ada perasaan segan. Kadang2 terfikir "Aku pakai tudung pendek, jarang, baju pun lebih kurang je. segan la nak pergi.. mesti ramai yang pergi kuliah tu pakai tudung labuh2... malulah". Tak pun, ada yang terfikir 'boleh ke aku pergi kuliah tu? pengetahuan basic tentaqng agama pun takde".
Kawan2 semua jangan risau.. Dalam kuliah agama, kita tak dinilai melalui semua tu. Kita sama2 menuntut ilmu kerana Allah. Kita cuba memperbaiki diri. Takde siapa yang nak marah.. Btw, igt, Islam tak melarang kita untuk berfesyen :) tapi pastikan fesyen kita tidak melanggar syariat..
Bagi yang bersekolah agama dulu, dapat refresh semula ilmu yang pernah dipelajari.
Sekiranya ada persoalan yang tidak terjawab, boleh ditanya pada ustaz2 yang mengajar.

okey, ni Jadual harian kuliah tafakuh:
Ahad - Ustaz Ajmain (Tafsir Al Quran)
Isnin - Ustaz Mahyudin (Ringkasan Riadus Salihin)
Selasa - Ustaz Ellyeen Amineen (Bebas ganti Ust Elyas (Tajuwid)
Rabu - Ustaz Sulaiman Shakib (Fekah) atau Ustaz Naem (Tasawuf)

Jom ajak kawan-kawan datang ke taman syurga.

 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal