Thursday, December 5, 2013

Aku Gagal, tapi aku tak kecewa..

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:02 PM 0 comments

Orang yang berjaya belajar dari segala bentuk kegagalan yang mereka telah hadapi. Kita selalu rasa orang lain dapat mengecapi kejayaan dengan mudah. Pada hakikatnya, mereka telah bekerja keras untuk mencapai kemahiran di tahap yang luar biasa. Persaingan sengit di era globalisasi ini memerlukan kita mencari kelebihan bersaing yang akan menjadikan diri kita releven dan di perlukan dalam mana-mana organisasi. Ia memerlukan dorongan dan kesungguhan yang tak berbelah bagi.

Henry Ford yang pernah menghadapi masalah kewangan akhirnya menjadi antara orang terkaya didunia,
Albert Einstein yang beberapa kali gagal dalam subjek matematik nya.
Thomas Edison telah gagal lebih 600 kali sebelum berupaya mencipta mentol lampu.
Jesse Livermore, pedagang saham pernah menghadapi masalah kewangan berkali-kali akhirnya menjadi jutawan setelah beberapa kali menghadapi kegagalan.

"Jika anda fikirkan anda dikalahkan, sememangnya anda telah kalah,
Jika anda fikirkan anda tidak berani, anda takkan berani mencuba,
Jika anda ingin menang, tapi anda fikir anda takkan menang,
Memang hampir pasti, anda tidak akan menang,
Jika anda fikir anda akan gagal, anda telah pun gagal.
Kerana segalanya tersemat dalam minda anda sendiri."


JANGAN TAKUT KEPADA KEGAGALAN, SEBALIKNYA JADIKAN KEGAGALAN ITU SEBAGAI KAWAN

1. AKUI KEGAGALAN SECARA TERBUKA - Mengaku segala kesilapan dan terus maju ke hadapan.

2. JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN - Jangan asyik mencari alasan. Bersedialah untuk memikul tanggungjawab sepenuhnya.

3. BELAJARLAH DARI KEGAGALAN - Setiap kejayaan dicapai itu berlaku apabila individu berupaya untuk menganalisis kekalahan yang telah dihadapi dan mendapat faedah daripada pengajaran ini.

4. JANGAN TERLALU AMBIL SERIUS DENGAN KEGAGALAN - Bangunkan elemen lucu dan kelakar dalam diri anda. Jangan terlalu serius dalam menangani cabaran-cabaran dalam kehidupan sehingga menyebabkan diri anda tertekan.

5. BERANIKAN DIRI - Jangan biarkan diri rasa terancam dengan kegagalan.

6. IMBANGI KEHIDUPAN ANDA - Semaikan minat dalam beberapa bidang kehidupan. Sekiranya anda gagal dalam bidang tertentu, anda masih ada peluang untuk mencipta kejayaan di bidang yang lain.

7. TETAPKAN SASARAN BARU - Henry Ford pernah berkata "Kegagalan adalah satu-satunya peluang untuk mencuba lagi untuk kali kedua dengan cara yang lebih bijak".

8. ORANG YANG KALAH BERKATA "Saya seorang yang gagal", manakala orang yang menang akan berkata "Aku telah gagal dalam percubaan, tetapi aku akan menang dan berjaya menangani semua cabaran yang menghalangi aku.

9. BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI LEBIH BANYAK LAGI KEGAGALAN - Kita kena menjangkakan kegagalan pada setiap masa. Kegagalan adalah sebahagian dari kemenangan dan ramai orang tidak menang kerana mereka takut kepada kegagalan. Orang yang berjaya sebenarnya adalah orang yang telah banyak kali mengalami kegagalan dalam kehidupannya.

10. INGATLAH, KEGAGALAN SEBENARNYA ADALAH KEJAYAAN - Kegagalan adalah kejayaan dalam penciptaan. Orang yang tidak pernah melakukan kesilapan sebenarnya tidak berbuat apa-apa.

Lupakan segala kegagalan anda. Jangan tenggelam dalam kekecewaan.

Menjangkakan kegagalan. Sedarilah bahawa kita semua membuat kesilapan.

Lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Jangan sesekali anda gagal kerana kurang daya usaha.

Belajarlah dari kesilapan. Jangan ulangi kesilapan yang lalu.

Cuba fahami sebab musabab kepada kegagalan anda. Kenal pasti kesilapan anda supaya anda tidak mengulanginya lagi.


Thanks to my beloved Prof Hani :)

Wednesday, November 27, 2013

Aurat ketika bersalin

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:22 PM 0 comments
Ringkasan dari "AURAT KETIKA BERSALIN" dari Semanis Kurma TV9:

1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Lagi satu pesanan 'mereka' dalam Semanis Kurma TV9... dlm keadaan isteri dh SAKIT sangat, hilang punca, tak boleh berpikir maka :-

1. PERANAN SUAMI sgt3 penting dan mustahak... suami yg kena bt keputusan utk aurat dan maruah isteri . if suami sndr tak mampu nk bertegas utk bt pilihan, amat mgecewakan (mrujuk kepada dlm keadaan yg tidak darurat serta masih ada pilihan.)

2. Suami WAJIB jaga & pelihara aurat isteri ketika dalam wad dll,jgn dh msk wad semua terbang, tudung x pakai, kain terselak sana-sini, baju blengan pendek shj, myusu ikut dan. sbb kena ingt kkdg da juga staff lelaki, pemberi mknn yg lelaki dll yg kuar msk wad

3. WAJIB ada MAHRAM temankan ketika dtgnya darurat yg mgizinkan aurat terbuka.
1)SUAMI
2)SAUDARA PEREMPUAN
3)Nurse perempuan dan seterusnya.

Namun keutamaan adalah SUAMI.

Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA dari pengalaman sendiri:

1. NIAT- Niat dari AWAL even sebelum disahkan hamil ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita.

2. DOA - ISTIQOMAH dari remaja juga boleh - Doa moga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat khususnya kita wanita ketika saat kelahiran bayi.

3. AMALAN - Selarikan dengan niat dan doa- pemeriksaan ibu mengandung, scan baby dsbnya WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Malah jaga aurat dlam berpakaian juga selama mana bergelar muslim. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita.. Allah akan hitung tindakan kita.

4. YAKIN - Insyaallah - bilaman kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTInya DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita maruah suami.

p/s : Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang seterus-seterusnya. Untuk yang telah berlalu dlm keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dsbnya maka bartaubat dan muhasabah diri. Insyaallah DIA murah dengan keampunan.


Sumber: semanis kurma Tv9

Tuesday, November 12, 2013

Puasa ganti vs Puasa sunat

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 5:52 PM 0 comments
Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal.

Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.

Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر

Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)

Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]

Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261]

Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)

Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.

Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )

Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)

Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.

Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan.

"Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu." [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392]

Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.

Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa:

"Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. ... dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/391]


Imam An-Nawawi RH berkata:


"Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud." [Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]

Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133]

Wallahu a’lam.

Sumber : http://http://mufti.perlis.gov.my/soal-jawab/187-hukum-gabung-puasa-qadha-dan-puasa-enam-syawal
 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal