Thursday, February 6, 2014

Disebalik kelembutan lidah

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 7:34 PM 0 comments
dlm byk2 anggota tubuh kita, apakah bahagian yang paling berbisa?
ada yang kata ia lebih bahaya dan keji drpd zina ..

sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya dan sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat." (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Firman Allah bermaksud: "Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu semua membenci memakannya "" (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Rasulullah Bersabda "Tidak akan masuk syurga Al-Nammam (kaki umpat)" (Riwayat Muslim)

hah, Lidah yang paling bahaya dan susah nak jagakan??

berhati2lah jgn rosakkn hati org dgn racun berbisa dari lidah...
tiada insan yg smprna so jgn perasan baik dan mgganggap org lain lbh teruk drpd kita...

org anggap kita terok xpe...jgn bkecil hati
sbb yg teruk tu sbnrnya ORG yg MENGATA!

Sama2 kita perbaiki diri..




Kuliah 4

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 5:42 PM 0 comments

Tarikh: 26 Januari 2014
Tuan Guru: Ustaz Dr Ajmain

Tafsir Al-Quran (pembahagian harta pusaka)

  1. Surah An-Nisa, 127
     2.  isu:
  • kenapa agihan lelaki tidak sama dengan perempuan (dari segi tanggungjawab)
  • kaitkan antara faraid dengan urutan tanggungjawab
  • isu agihan sama rata selepas persetujuan
  • hibah untuk anak perempuan, anak tidak sah taraf
  • harta sepencarian
     4.  Jenis harta/kategori:
  • faraid: harta simati diagihkan kepada waris mengikut syarak
  • wasiat: pemberian maksimum 1/3 harta kepada bukan waris
  • hibah: pemberian atas dasar kasih sayang semasa hidup dan pindah milik selepas kematian
  • wakaf: harta untuk tujuan jariah dan manfaatnya dinikmati oleh masyarakat islam
  • Amanah: pemegang amanah untuk harta tertentu seperti saham, tunai dan urus selepas kematian mengikut surat ikatan amanah
  • sepencarian: suami/isteri boleh beri hingga 50% harta melalui dokumen.
     5.  Kiraan:
  • Harta keseluruhan - (hutang, hibah, amanah, wakaf, harta sepencarian, wasiat) = Harta pusaka bersih (yang di agih mengikut faraid)

LAyak ke Aku Masuk SYurga?

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 5:29 PM 0 comments
*Adakah Aku Akan Masuk Syurga???*

~Orang yang bijak, apabila bertanya,
maka dia akan bertanya dengan
sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya.

~Begitu juga, apabila dia melakukan
sesuatu, dia akan memikirkan
keuntungan daripada perbuatan atau
perkataannya.

~Jabir radhiyallahuanhu berkata:~
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam: "Apa pandanganmu, jika aku mendirikan
solat yang diwajibkan, berpuasa pada
bulan Ramadan, menghalalkan perkara
yang halal (dengan melaksanakannya
dengan iktikad bahawa ianya halal),
mengharamkan perkara yang haram
(dengan meninggalkannya), ADAKAH
AKU AKAN MASUK SYURGA?
"

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam
bersabda: "YA".

[Shahih Muslim]

~Jadilah orang yang bijak. Setiap kali
ingin melakukan sesuatu, tanyalah:
"Jika aku buat perkara ni, adakah aku
akan masuk syurga???"



Kuliah 3

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 4:57 AM 0 comments
Tarikh: 22 Januari 2014
Tuan Guru: Ustaz Sulaiman Shakib

Kelebihan Solat Jemaah

- merujuk surah An-Nisa, 142

- sifat2 org munafik:
  • dalam hati ada sifat malas
  • solat untuk menunjuk-nunjuk
  • solat mereka dalam keadaan jarang2
- Solat jemaah sekurang-kurangnya 2 org

- kelebihan solat isyak berjemaah adalah seperti menghidupkan separuh malam.

- kelebihan solat subuh berjemaah adalah seperti menghidupkan keseluruhan malam.

- tingkat solat:

  1. solat jumaat
  2. solat subuh di hari jumaat
  3. solat subuh di hari2 lain
  4. solat isyak
  5. solat asar
  6. solat zuhor
  7. solat maghrib

Tuesday, February 4, 2014

Kulian 2

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 10:02 PM 0 comments
Tarikh: 21 Januari 2014
Tuan Guru: Ustaz Elyeen Amineen

Merujuk buku Akidah Muslimin

1. Bila ada anak nanti, ajar anak kita:

  • Akidah, diikuti
  • Taharah/bersuci, kemudian
  • Al-Quran, seterusnya
  • Solat


2. Manusia wajib menyembah Allah.

3.Taubat bg kesalahan yang terkeluar dr Agama Islam spt syirik adalah mengucap 2 kalimah syahadah.

4. Cara taubat yang sebenar :

  • menyesali kesalahan yang telah dibuat
  • berhenti membuat kesalahan tersebut
  • berazam tidak mengulangi kesalahan tersebut
  • minta maaf pada orang yang terlibat.

Kuliah 1

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 9:54 PM 0 comments
Tarikh: 20 januari 2014
Tuan Guru: Ustaz Mahyudin

Merujuk m/s 58 buku riyaddus solihin (edisi lama)
1. orang yang paling panjang lehernya adalah orang yang selalu azan.
maksud org yang panjang lehernya merujuk kepada org yang mudah dikenali di akhirat nanti.
menunjukkan ganjaran bagi bilal.

2. Kalau dengar mu'azin azan, kita kena jawab.

3. Nabi S.A.W menjamin org yang membaca doa selepas azan akan masuk syurga.

4. Gelaran Abu Qassim hanya untuk Rasulullah S.A.W, tak boleh letak nama anak dengan nama tersebut (seeloknya).

5. Jangan keluar dari masjid semasa/selepas azan.. Tunaikan solat.
Jika nak keluar, keluar sebelum azan.
Posted by Ayesha Abdul Mannan at 8:22 PM 0 comments
Dalam kuliah tafakuh, Ustaz Muhaimin gunakan buku ni.. Buku Riyadhus Solihin.
Riyadhus Solihin yang bermaksud Taman-Taman Orang Soleh ialah kumpulan hadis yang disusun oleh tokoh ulama besar antarabangsa bermazhab Syafi?i iaitu al-Imam al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya yang kita kenali sebagai Imam Nawawi.

Kitab ini layak menjadi rujukan dan kajian umat Islam seluruh dunia. Kitab asal Riyadhus Solihin diringkaskan menjadi kitab Ringkasan Riyadhus Solihin oleh ulama terkenal Syaikh Yusof al-Nabhani. Kitab ini mengandungi ayat al-Quran dan hanya kumpulan hadis-hadis sahih dan hasan yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sahaja. Susunannya merangkumi hal-hal perundangan dalam agama yang membicarakan masalah akidah, syariah dan akhlak.



Penulis Iman Nawawi
Kod Katalog TBBK 1142
Kod ISBN 978-967-5102-75-2
Harga : Semenanjung M'sia - RM50.00
: Sabah / S'wak: 52.00

Refresh Ilmu Agama

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:05 PM 0 comments

Di MSI, UTM diadakan kuliah tafaquh pada setiap hari ahad- rabu. Jam 5.15-6.15 petang..
Kuliah yang sangat ringkas dan padat.
Sangat sesuai bagi semua peringkat umur..
Jangan risau jika pengetahuan agama sangat cetek, kerana ini lah peluang untuk mendalami agama.
Tidak dapat dinafikan, ramai yang ingin hadiri kuliah sebegini.. Tapi dalam hati ada perasaan segan. Kadang2 terfikir "Aku pakai tudung pendek, jarang, baju pun lebih kurang je. segan la nak pergi.. mesti ramai yang pergi kuliah tu pakai tudung labuh2... malulah". Tak pun, ada yang terfikir 'boleh ke aku pergi kuliah tu? pengetahuan basic tentaqng agama pun takde".
Kawan2 semua jangan risau.. Dalam kuliah agama, kita tak dinilai melalui semua tu. Kita sama2 menuntut ilmu kerana Allah. Kita cuba memperbaiki diri. Takde siapa yang nak marah.. Btw, igt, Islam tak melarang kita untuk berfesyen :) tapi pastikan fesyen kita tidak melanggar syariat..
Bagi yang bersekolah agama dulu, dapat refresh semula ilmu yang pernah dipelajari.
Sekiranya ada persoalan yang tidak terjawab, boleh ditanya pada ustaz2 yang mengajar.

okey, ni Jadual harian kuliah tafakuh:
Ahad - Ustaz Ajmain (Tafsir Al Quran)
Isnin - Ustaz Mahyudin (Ringkasan Riadus Salihin)
Selasa - Ustaz Ellyeen Amineen (Bebas ganti Ust Elyas (Tajuwid)
Rabu - Ustaz Sulaiman Shakib (Fekah) atau Ustaz Naem (Tasawuf)

Jom ajak kawan-kawan datang ke taman syurga.

 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal