Thursday, December 5, 2013

Ujian penuh hikmah

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:03 PM 0 comments

Melayan perasan kerana ujian yang sedang melanda hanya menambah beban yang ada dijiwa. Semakin dilayan, semakin hebat kesannya. Semakin derita rasa dijiwa. Rasa sedih akan menjalar disetiap pelusuk jiwanya sehingga dia merasakan dialah yang paling derita dan orang-orang disekelilingnya pasti tidak memahaminya. akhirnya menjadilah dia orang yang berputus asa kerana ketidakmampuan menanggung derita dijiwanya.
Ya Allah, Apa yang diuji oleh-Mu adalah apa yang termampu ditanggung oleh hamba-hamba-Mu.
Sedarlah wahai manusia, Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yang bermaksud:
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)
Malah Rasulullah SAW sendiri turut menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud :
Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:
“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(Riwayat Imam Tirmizi)
Sesungguhnya Allah tidak akan berlaku zalim kepada hamba-Nya. Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap kemampuan hamba-Nya. Cuma sebagai hamba, hendaklah berusaha untuk mengatasinya. Sekiranya seseorang itu tidak berusaha untuk mengahadapinya, sudah pasti mereka tidak mampu berhadapan dengan ujian yang sedang menimpanya. Sudah pasti jiwanya akan semakin lemah dan akhirnya putus asa semakin mendekatinya. Inilah yang paling ditakuti bakal menimpa seseorang manusia itu. Ya, putus asa!
Berusahalah dan yakinlah Allah akan membantumu.
Wahai manusia, yakinlah dengan sepenuhnya bahawa Allah akan membantumu. Berusahalah dan bertawakallah kepadaNya dengan sepenuh jiwa. Pasti pertolongan Allah itu akan datang kepadamu. Tiada pergantungan yang sehebat-hebatnya melainkan meletakkan sepenuh kebergantungan itu kepada Allah semata-mata. Percayalah, makhluk tiada upaya walau sebesar zarah sekalipun untuk membantumu, melainkan Allah jualah yang berkuasa menyelesaikan masalah yang sedang dibebani olehmu itu.
Setiap yang diuji itu semuanya baik-baik belaka.
“Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya. (Imam Muslim)
Apabila seseorang itu telah mencapai tahap kebergantungan dan keyakinan yang sebenar-benarnya kepada Allah, maka segala ujian yang menimpanya itu akan diterima dengan redha dan kesabaran. Sekiranya datang kesedihan dalam hatinya maka bersegeralah dia beristigfar memohon keampunan kepadaNya dan akhirnya hatinya kembali tenang menerima ujian yang sedang menimpanya. Pada mereka, setiap ujian itu semuanya baik-baik belaka.
Khabar gembira apabila diuji
RAsulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.” (Imam al-Bukhari dan Muslim)
Allah berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)

Aku Gagal, tapi aku tak kecewa..

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:02 PM 0 comments

Orang yang berjaya belajar dari segala bentuk kegagalan yang mereka telah hadapi. Kita selalu rasa orang lain dapat mengecapi kejayaan dengan mudah. Pada hakikatnya, mereka telah bekerja keras untuk mencapai kemahiran di tahap yang luar biasa. Persaingan sengit di era globalisasi ini memerlukan kita mencari kelebihan bersaing yang akan menjadikan diri kita releven dan di perlukan dalam mana-mana organisasi. Ia memerlukan dorongan dan kesungguhan yang tak berbelah bagi.

Henry Ford yang pernah menghadapi masalah kewangan akhirnya menjadi antara orang terkaya didunia,
Albert Einstein yang beberapa kali gagal dalam subjek matematik nya.
Thomas Edison telah gagal lebih 600 kali sebelum berupaya mencipta mentol lampu.
Jesse Livermore, pedagang saham pernah menghadapi masalah kewangan berkali-kali akhirnya menjadi jutawan setelah beberapa kali menghadapi kegagalan.

"Jika anda fikirkan anda dikalahkan, sememangnya anda telah kalah,
Jika anda fikirkan anda tidak berani, anda takkan berani mencuba,
Jika anda ingin menang, tapi anda fikir anda takkan menang,
Memang hampir pasti, anda tidak akan menang,
Jika anda fikir anda akan gagal, anda telah pun gagal.
Kerana segalanya tersemat dalam minda anda sendiri."


JANGAN TAKUT KEPADA KEGAGALAN, SEBALIKNYA JADIKAN KEGAGALAN ITU SEBAGAI KAWAN

1. AKUI KEGAGALAN SECARA TERBUKA - Mengaku segala kesilapan dan terus maju ke hadapan.

2. JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN - Jangan asyik mencari alasan. Bersedialah untuk memikul tanggungjawab sepenuhnya.

3. BELAJARLAH DARI KEGAGALAN - Setiap kejayaan dicapai itu berlaku apabila individu berupaya untuk menganalisis kekalahan yang telah dihadapi dan mendapat faedah daripada pengajaran ini.

4. JANGAN TERLALU AMBIL SERIUS DENGAN KEGAGALAN - Bangunkan elemen lucu dan kelakar dalam diri anda. Jangan terlalu serius dalam menangani cabaran-cabaran dalam kehidupan sehingga menyebabkan diri anda tertekan.

5. BERANIKAN DIRI - Jangan biarkan diri rasa terancam dengan kegagalan.

6. IMBANGI KEHIDUPAN ANDA - Semaikan minat dalam beberapa bidang kehidupan. Sekiranya anda gagal dalam bidang tertentu, anda masih ada peluang untuk mencipta kejayaan di bidang yang lain.

7. TETAPKAN SASARAN BARU - Henry Ford pernah berkata "Kegagalan adalah satu-satunya peluang untuk mencuba lagi untuk kali kedua dengan cara yang lebih bijak".

8. ORANG YANG KALAH BERKATA "Saya seorang yang gagal", manakala orang yang menang akan berkata "Aku telah gagal dalam percubaan, tetapi aku akan menang dan berjaya menangani semua cabaran yang menghalangi aku.

9. BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI LEBIH BANYAK LAGI KEGAGALAN - Kita kena menjangkakan kegagalan pada setiap masa. Kegagalan adalah sebahagian dari kemenangan dan ramai orang tidak menang kerana mereka takut kepada kegagalan. Orang yang berjaya sebenarnya adalah orang yang telah banyak kali mengalami kegagalan dalam kehidupannya.

10. INGATLAH, KEGAGALAN SEBENARNYA ADALAH KEJAYAAN - Kegagalan adalah kejayaan dalam penciptaan. Orang yang tidak pernah melakukan kesilapan sebenarnya tidak berbuat apa-apa.

Lupakan segala kegagalan anda. Jangan tenggelam dalam kekecewaan.

Menjangkakan kegagalan. Sedarilah bahawa kita semua membuat kesilapan.

Lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Jangan sesekali anda gagal kerana kurang daya usaha.

Belajarlah dari kesilapan. Jangan ulangi kesilapan yang lalu.

Cuba fahami sebab musabab kepada kegagalan anda. Kenal pasti kesilapan anda supaya anda tidak mengulanginya lagi.


Thanks to my beloved Prof Hani :)
 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal