Wednesday, August 29, 2012

Azmazaira

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 9:52 PM 0 comments
Saya kenal dia masa belajar kt UM dulu.. Kami sama floor.. bilik dia nun dihujung sekali, tp kalau dia ketawa, sampai ke hujung sini boleh dengar.. hehe, maaf azma.

Nampak mcm garang tp dia suke ketawa n senyum... maksudnya xgarang la kan? memang happy go lucky orangnya...

Tapi time duduk sama bumbung dulu memang jarang bertegur sapa. Bila da habis belajar, baru la jumpa kt fb n mula berkawan.. Bila da berkawan, sibuk nak jumpa.. Asal g Kl mesti nak jumpe Cik Puan sorg ni..

What i can say, nama dia bg aura utk saya ketawa. dia memang seorg y baik, boleh dipercayai dan setia kawan..

harapan: buat masa ni mengharapkan dia dan ustaz ada jodoh :)

opss, sape dia?? Azmazaira Jamaludin namanye.. pic kt bawah ni amek kt fb dia. maaf ye, sy pinjam je :)


Soal JAwaB Imam Abu Hanifah & Atheis

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 7:47 PM 0 comments
SOAL JAWAB ANTARA ~
♥ AL IMAM ABU HANIFAH & ATHEIS ♥

..::Sekadar Perkongsian Bersama::..

Soalan Pertama >


❝Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?❞

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu menjawab :
❝ALLAH Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, ALLAH juga tidak melahirkan. Jika DIA melahirkan maka sudah tentu DIA punya anak❞

Soalan Ke-2 >
❝Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?❞

Al-Imam Abu Hanifah seraya menjawab :
❝ALLAH Taala itu wujud sebelum adanya zaman, Sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya , mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaan-NYA❞

Soalan Ke-3 >
❝Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?❞

Al-Imam Abu Hanifah menjawab :
❝Kamu pandai mengira?❞

Kelompok Atheis itu menjawab :
❝Tentu sekali kami pandai mengira❞

Al-Imam Abu Hanifah meneruskan ucapannya:
❝Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor 4?❞

Mereka menjawab : ❝Nombor 3❞

Al-Imam Hanifah : ❝Nombor sebelum 3?❞

Mereka menjawab : ❝Nombor 2❞

Al-Imam Abu Hanifah : ❝Nombor sebelum 2?❞

Mereka menjawab : ❝Nombor 1❞

Al-Imam Abu Hanifah : ❝Nombor sebelum 1?❞

Mereka menjawab : ❝Tiada❞

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu memberikan penerangan :
❝Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sendiri sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan ALLAH ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi yang Maha Pencipta kepada nombor itu sendiri?❞

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada al-Imam Hanifah. Ternyata mereka silap perkiraan bilamana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Persoalan diteruskan.

Soalan Ke-4 >
❝Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?❞

Al-Imam Abu Hanifah :
❝Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?❞

Mereka menjawab :
❝Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah❞

Al-Imam Abu Hanifah menjawab :
❝Jika cahaya yang diciptakannya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik cahaya langit dan bumi ini sendiri?❞

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada al-Imam Abu Hanifah bersorak kegembiraan . Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Ke-5 >
❝Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?❞

Al-Imam sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh Sang Anak Muda.

Al-Imam Abu Hanifah menjawab :
❝Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?❞

Mereka menjawab :
❝Tentu sekali❞

Al-Imam meneruskan :
❝Bila mana orang sakit tadi mati. Bolehkah kamu bercakap dengannya?❞

Mereka menjawab :
❝Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?❞

Al-Imam meneruskan :
❝Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya , namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?❞

Mereka tertawa lalu memberikan jawapan:
❝Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana ruhnya telah terpisah daripada jasadnya.❞

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata:
❝Baik, kamu mengatakan bahawa ruhnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk ruh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?❞

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bilamana mendengar persoalan al-Imam Abu Hanifah tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Mereka menjawab dengan keadaan penuh malu :
❝Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya❞

Al-Imam Abu Hanifah lalu meneruskan bicaranya:
❝Jika makhluknya seperti ruh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku. Bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Ruh serta sekalian alam ini?❞

Soalan Ke-6 >
❝Dimanakah Tuhan kamu duduk sekarang?❞
Al-Imam Abu Hanifah kembali bertanyakan soalan kepada mereka : ❝Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?❞

Mereka menjawab :
❝Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.❞

Al-Imam Abu Hanifah seraya berkata :
❝Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya , masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini❞

Soalan Ke-7 >
❝Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya ( iaitu selepas dihisab oleh Allah taala di padang Mahsyar) namun bilamana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya ( maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)??❞

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lagi lalu menjawab :
❝Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor . Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?❞

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.

Al-Imam tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian Beliau menyambung bicaranya : ❝Nah , kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu❞

Soalan Kel-8 >
❝Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal❞

Al-Imam Abu Hanifah tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab : ❝Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?❞

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini. Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh al-Imam Abu Hanifah dengan penuh berhikmah.

Baghdad kembali berseri selepas peristiwa tersebut. Anak muda itu semakin dikenali malah terus menerus namanya disebut orang sehinggalah ke hari ini. Walau sudah hampir ribuan tahun beliau meninggalkan kita. Namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit radhiyallahu anhu serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah wafat. Al-Fatihah.
*******

Ada juga kisah yang saya dengar bahawa soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok tersebut kepada Sang Imam bilamana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan : ❝Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?❞

Maka al-Imam menjawab dengan tenang.
❝Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah.Jawapan hanya boleh diberikan bilamana aku berada di atas mengambil alih tempatmu❞

Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan al-Imam tersebut. Lalu mereka bertukar tempat. Al-Imam naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bila mana al-Imam sudah berada di atas . Terus beliau menjawab : ❝Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan al-Imam ke atas ) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan Atheis tersebut ke bawah).❞

subhanaALLAH.. (^^,)
Yang BAiK jadikan TELADAN, Yang BURUK jadikan SEMPADAN..


** Pengajaran yang boleh diambil:


---> Dimanakah diri kita sekarang? Adakah kita sedang menjaga agama kita? mempertahankan agama kita? atau menjatuhkan agama kita? Saya menyeru kepada sahabat2 yang dikasihi, mari sama2 kita menjaga martabat agama kita. Tinggalkan lah ajaran jahiliyah yang semakin menular dalam diri remaja hari ini. Baik dari segi pemakaian, percakapan, pergaulan atau apa sekali pun.. Kembalilah pada Agama kita yang tercinta.





** peringatan buat diri saya jua.

Tuesday, August 28, 2012

Bila nak KaHWiN

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 11:34 PM 0 comments

Ada seorang remaja yang bertanya pada saya, bilakah MASA yang sesuai untuk dia berfikir tentang KAHWIN..

Jawab saya : Apabila kita mula rasa BERTANGGUNGJAWAB untuk mengurus kehidupan kita maka kita sebenarnya sudah BERSEDIA untuk itu. Itulah kunci bagi GERBANG PERKAHWINAN iaitu RASA TANGGUNGJAWAB dan KEMATANGAN.

Kata saya lagi, selagi kita rasa duit kita adalah duit kita dan KOS PENGAJIAN kita itu tanggungjawab ibu dan ayah kita maka TANGGUHKAN DULU untuk fikir tentang kahwin. Memang saya perhatikan hari ini ada pelajar-pelajar yang terima biasiswa atau pinjaman lalu mereka gunakan sepenuhnya untuk memenuhi MINAT dan KESUKAAN mereka : tukar HP, beli kamera ribuan ringgit dan sebagainya. Bahkan tidak terlintas difikiran mereka untuk MERINGANKAN BEBANAN ibu ayah mereka. Mereka ini, kata saya pada remaja yang bertanya tadi ; "Jika kahwin pun, bahagianya hanya SEKEJAP SAHAJA.."

RUMAHTANGGA bukan senda gurau..TANGGUNGJAWAB kita bertambah, AMANAH kita semakin BERAT bahkan bermacam-macam UJIAN yang sedang menunggu di perjalanan. Tetapi, jika kita mula serius memikirkan tanggungjawab kita sebagai anak, anggota masyarakat, hamba Allah dan pemimpin umat maka kamu sebenarnya sudah bersedia untuk memikirkannya walaupun UMUR kamu masih terlalu muda.

Statistik tahun 2007 menunjukkan setiap HARI, 56 pasangan yang BRCERAI dan kadar ini meningkat setiap tahun, bahkan kebanyakan kes perceraian ini melibatkan PASANGAN MUDA. Bukan ingin untuk menakut-nakutkan, sekadar memberi PERINGATAN supaya kita melihat PERKAHWINAN ini dengan PENGERTIAN yang lebih LENGKAP dan MATANG.

Mungkin ada yang merasakan perkahwinannya akan melepaskannya dirinya dari MASALAH ORANG BUJANG. Ya, selesai masalah bujang dan kita perlu bersedia untuk masalah dalam hidup berumahtangga pula. Bukankah hidup ini merupakan ujian?. Sebut tentang perkahwinan ini , terdapat 3 perkara yang dibincangkan oleh ulama semasa :

(1) Mahar yang tinggi : bahkan bukan-bukan.
(2) Aurat : masa tulah nak dedah semuanya.
(3)Tasyabbuh : bercampur perkara-perkara syubhah, meniru orang-orang kafir dan sebagainya. (Potong kek, pakai gaun ala kristian, bersanding ala hindu dan sebagainya.)

“Kita perlu ingat, jika kita tidak mulakan binaan rumahtangga dengan menjaga KEBERKATAN Allah, bila ada masalah nanti kita akan rasa SUKAR untuk bersimpuh mengadu kepadaNya. Memang segala masalah itu datang dari Allah tetapi untuk menadah tangan memohon KEKUATAN danPERTOLONGANNYA tidak semudah yang kita gambarkan. Ketika perahu dilanda gelombang tidak semua manusia dapat kembali pada rasa KEHAMBAAN untuk merendah diri memohon kepadaNya dan tidak semua suara yang berdoa itu dikenali oleh Allah untuk diperkenankanNya.” 
-Abu Umar-

>>> KESIMPULAN :
(1) Kita harus melihat pembinaan dan pembentukan rumahtangga dengan pandangan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
(2) Kematangan, kedewasaan dan kebijaksanaan kita di dalam mengemudi kehidupan terletak sepenuhnya kepada kita. Kitalah yang akan membuat keputusan dan pemilihan.
(3) Memelihara jalan-jalan menuju pembentukan baitul muslim dan aspek-aspek keberkatan di dalam pembinaan rumahtangga adalah sesuatu yang serius dan harus dilihat dengan penilaiaan syara’.
(4) Penyerahan kepada jalan yang syara’ dan berusaha untuk menepati kehendak Allah SWT dalam melaksanakan pembinaan “masjid” ini adalah suatu perjuangan yang suci. Kita lah yang akan melakukan pemilihan, sama ada ingin mengikut trend, rentak dan penilaian masyarakat semasa atau mengikut sepenuh segala acuan dan trend yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Sama-sama kita menilai dengan sebaiknya..

by:someone

Al-Quran menjawab

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 11:32 PM 0 comments


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. " - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB: "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman. " - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk " - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?" - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB: "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!

QURAN MENJAWAB: ".. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir. " - Surah Yusuf ayat 12

do share as you please =)

Solat vs Iman

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 11:31 PM 0 comments

Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Imam tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Imam , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin, semoga dapat ambil ikhtibar..

Peringatan Untuk DIrI Saya Sendiri

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 11:29 PM 0 comments

Saya tak nak tag sesiapa pun sebab saya copy and paste post ni sebagai peringatan untuk diri saya sendiri.. sekiranya ada yang berminat untuk baca, dipersilakan :)
kalau ada yang nak copy atau share pun dipersilakan.

awak,ye, awak yang post gambar cun kat facebook dan sebagainya tu.
ye, awak yang comel dan pose ala-ala model gitu tu.
ye, awak jugak yang upload gambar senyum sweet sgt tu.

awak, awak jangan salah faham.
mmg la awak cun dan comel
dan saya ni ala-ala biasa-biasa je..
buat gaya yuna tak reti,
nak tiru hanata jima tak jadi.

tapi
bukan sebab tu saya tak berapa suka awak post gambar kat facebook tu.

bukan saya jealous
tengok bilangan like dan komen-komen jejaka-jejaka memuja memuji ciptaan Allah kat gambar-gambar awak tu.

bukanlah awak..

tapi,

saya tegur tu sebab saya tak mahu awak jadi bahan tontonan.

awak, kalau kita sayang barang,

kita akan simpan elok-elok kan?

ada ke kita nak bagi apa yang kita sayang tu,

sesuka hati, senang-senag je kat orang lain, orang yang kita tak kenal pulak tu.

ade ke awak?

awak tu cantik,

cantik tu nikmat tau wak.

cantik tu jugak ujian.

nikmat kalau tak pandai hargai, boleh jadi bala,

nikmat kalau tak pandai jaga, nanti ditarik balik.

ujian kalau tak kuat, nanti sia-sia.

awak, rugi tau kalau awak biar lelaki-lelaki yang ntah siapa-siapa tu,

tengok kecantikan awak tu senang-senang macam tu.

nanti awak dah tak special la.

awak,
betul ni,
walau saya tak secantik awak,
tapi,
saya tak cemburu.

saya cuma sedih,
tengok awak jadi bahan pameran dan pelampias nafsu lelaki.

saya cuma tak suka tengok awak jadi bahan tontonan lelaki.

dan saya benci bila lelaki kata,

awak yang tunjuk, diaorang tengok je la.

tengok tu, diaorang best2 tengok tenung awak, tapi last2 blame kan awak jugak

awak,
awak tetap cantik.
even kalau awak tak upload segala gambar segala bagai kat mana pun,
kecantikkan awak tu tak akan kurang.

Awak..
saya bukan cemburu!
tapi saya sayang awak :')

Wasiat

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 11:04 PM 0 comments

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Politik???

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 11:03 PM 0 comments

POLITIK???

Maaf saya tak berminat dgn politik even saya dapat A dlm sains politik..

MENGUNDI??

Maaf saya tak pernah mengundi kerana saya belum jumpa parti yang dapat membuka hati saya untuk mengundi..

NAK UNDI PARTI MANA??

Jangan tanya saya.. cuba buat solat istiharah, minta petunjuk daripada Allah.. 

Politik tu bukan diwarisi melalui keturunan.. jika ayah awak undi Parti X, tak semestinya awak kena undi parti X juga.. awak bebas membuat pilihan.. tapi jika awak dipertengahan, jangan segan silu untuk tunaikan solat sunat istiharah.. InshaAllah, awak akan dapat membuat keputusan yang terbaik.. tapi awas, jangan kaitkan segala hal dengan politik.. Jangan sampai timbul pergaduhan,bermusuhan dalam keluarga dan hilang persahabatan.. Rasional ok :)

Please Appreciate Our Mom!!

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 10:59 PM 0 comments


When you were 12 years old, she warned you not to watch certain TV shows.

You thanked her by waiting until she left the house to watch them.

When you were 13, she suggested a haircut that was becoming.... 

You thanked her by telling her she had no taste.

When you were 14, she paid for a month away at summer camp.

You thanked her by forgetting to write a single letter.

When you were 15, she came home from work, expecting a hug.

You thanked her by having your bedroom door locked.

When you were 17, she taught you how to drive her car.

You thanked her by taking it every chance you could.

When you were 18, she was expecting an important call.

You thanked her by being on the phone all night.

When you were 19, she cried at your high school graduation.

You thanked her by staying out partying until dawn.

When you were 20, she paid for your college tuition, drove you to campus carried your bags

You thanked her by saying good-bye outside the dorm so you wouldn't be embarrassed in front of your friends.

When you were 25, she helped to pay for your wedding, and she cried and told you how deeply she loved you.

You thanked her by moving halfway across the country.

When you were 50, she fell ill and needed you to take care of her.

You thanked her by reading about the burden parents become to their children.

And then, one day, she quietly died.

And everything you never did came crashing down like thunder on YOUR HEART :'(



I get this from facebook.. Don't know who write it..

update..!!

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 10:53 PM 0 comments
Pernah tak rasa perjalanan hidup ni terlalu pendek? banyak benda yang kita nak buat, tapi masa tak mencukupi. Itulah yang berlaku pada saya. Terlalu banyak perkara yang saya nak tulis di blog yang tak seberapa ni, tapi ada tuntutan lain yang lebih penting..

Kesimpulannya, bukan masa tidak mencukupi. Tetapi saya gagal membahagikan dan menggunakan masa dengan baik. Jadi, bermula dari saat ini------- saya akan cuba menggunakan setiap detik masa saya dengan lebih berkualiti. InshaAllah :)
 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal