Kali ni saya nak sharekan persediaan2 bagi ibu2 yang bakal mlahirkan cahaya mata.. yang ni baru part 1, InsyaAllah part 2 nanti saya akan kongsikan persediaan2 mengikut perspektif Islam :)
Kepada yang tertanya2, adakah saya sedang pregnant? jwpn, tidak... perkongsian kali ni khas untuk kakak2 n kawan2 saya yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata mereka yang pertama... InsyaAllah..
Keperluan Di Kaunter Pendaftaran
1. Rekod kesihatan
2. Birth Plan Record (Rekod lawatan kesihatan / mengandung)
3. Guarantee Letter / Kad Insurance (jika anda ada insurance perlindungan)
4. Surat Rujukan Majikan
5. Surat Jaminan Majikan
6. Sebarang dokumen / surat dari hospital
7. Kad Pengenalan
Persediaan Ibu Semasa berpantang
1. Kain batik lepas (Kain batik yang belum dijahit). Ia sebagai alas semasa tidur terutama sebulan selepas bersalin;
2. Kain batik yang sudah siap dijahit. Untuk dipakai seharian di rumah. Bagi yang berduit, dapatkan blaus yang memudahkan pergerakan dan selesa;
3. Baju/blaus (berbutang dihadapan) yang memudahkan Ibu untuk menyusukan anak. T-Shirt pun boleh. Pilih T-Shirt yang tidak terlalu tebal atau nipis;
4. Produk kesihatan.
5. Orang untuk menjaga Si Ibu dan Si Anak semasa pantang.
6. Khidmat Mengurut. Ini perkara penting. Mesti dapatkan tukang urut yang betul. Kalau boleh maklumkan kepada dia awal-awal. Senang buat perancangan.
7. Tuala wanita bersalin sebanyak 280 keping/ 14 peket (20 keping sepeket) bagi kegunaan 5 keping sehari selama 60 hari. Pilih yang mempunyai permukaan lembut. Bagi yang tidak kisah untuk pakai kain, ia terpulang. Kedua-dua ada baiknya;
8. Stokin. Orang kata, masuk angin jika tidak pakai stokin. Jadi, mesti selalu pakai stokin untuk kesihatan;
9. Alat-alat jagaan kebersihan wanita. Jangan lupa juga perkara-perkara asas yang lain seperti syampu, ubat gigi, bedak, sikat, tuala muka-rambut-dan badan-asingkan. Pastikan diri Ibu sentiasa kemas dan terurus.
10. Pastikan rumah dikemaskan sebelum bersalin. Supaya tak berserabut nanti. Dalam pantang tidak boleh buat kerja2 berat
11. Sediakan tilam yang tidak begitu tebal atau nipis. Biasanya tukang urut tidak mengurut atas katil tapi di atas lantai. Ia juga memudahkan si ibu bergerak ke sana ke mari.
12. Batu tungku.
13. Ubat-ubatan dan krim badan. Selain produk kesihatan yang kita beli di pasaran, penting juga, jika ada untuk kita minum air akar kayu, sapu minyak angin kat badan, dan krim stretch mark.
14. Katil bayi.
15. Diapers/Lampin anak. 280 keping untukk 60 hari. Lampin/diaper anak yang baru lahir perlu sentiasa ditukar, lebih kurang 5/6 kali sehari.
16. Tilam, bantal, selimut bayi.
17 Alatan mandi bayi.
18. Pakaian anak. Beli awal-awal dan pilih warna neutral (biasanya bila kita scan anak perempuan, mulalah kita nak beli warna pink, begitu juga sebaliknya. Tapi selagi tak lahir, blm cornfirm lg kn?
19. Basin mandi untuk Anak.
Persediaan Ibu Semasa Hari Bersalin (Di Hospital)
1. Beg Pakaian
2. Dokumen-dokumen penting seperti di atas (letak dalam satu beg kecil)
3. Tuala mandi 1, tuala muka 1 dan tuala rambut 1
4. Alatan mandi dan cuci (ubat dan berus gigi, syampu, sikat rambut, sabun mandi, sabun basuh dll)
5. Kain batik untuk dipakai 3
6. T-Shirt 3/blaus (lbh sopan kalo gne blaus berbutang dpn)
7. Tudung kepala (tidak terlalu besar atau kecil)
8. Pengikat rambut (bagi yang berambut panjang) atau klip rambut. Ini memastikan rambut sentiasa kemas dan terurus. Nanti tak rasa berserabut. Kesihatan juga terjaga.
9. Tuala wanita 1 peket (20 keping). Bawa lebih lebih baik
10. Bakul
11. Termos 1
12. Air mineral 3 btl besar
13. Cawan
14. Tupperware
15. Roti putih, biskut tawar, susu tepung untuk ibu yang menyusu, milo 3-in-1 dll
16. Tisu
17. Selipar jepun
18. Seluar Dalam. Jika nak mudah, beli disposable panties (seluar dalam pakai buang)
19. Nursing bra / bra menyusu. Dapatkan nursing bra di www.mamamodern.com
20. Handphone dan charger – agar sentiasa dapat berhubung dengan keluarga anda
21. Buku atau majalah – untuk mengisi masa lapang dan mengalih perhatian anda sewaktu menunggu saat melahirkan
22. stoking (2pasang)
Barang yang tidak dibawa ke hospital
1. Barang kemas – dinasihatkan anda menanggalkan semua barang kemas dan simpan sebelum ke hospital. Ini untuk mengelakkan dari kehilangan barang kemas sewaktu anda didalam dewan bedah atau bilik bersalin. Barang kemas juga tidak boleh dipakai sewaktu didalam dewan bedah.
2. Wang tunai yang banyak
3. Kad kredit – bukan apa.. nanti anda sibuk menahan sakit nak bersalin, ada pula orang yang tak berkenaan sibuk menggunakan kad kredit anda. Jika anda terlupa untuk simpan dirumah, serahkan saja kepada suami atau orang yang boleh anda percayai untuk menjaga barang-barang berharga anda.
Persediaan untuk Anak
Semasa hari bersalin (biasanya kita akan berada di hospital selama 2/3 hari. Ini bergantung kepada keadaan Si Ibu dan Si Anak). Sediakan satu beg kelengkapan berikut untuk dibawa ke hospital dan jugak di rumah. Jika apa-apa berlaku, bolehlah suami membantu membawanya ke hospital tanpa perlu mencari-cari.
1. Beg Bayi
2. Selimut 2
3. Baju dan seluar 3
4. Diapers Newborn size/ saiz S
5. Tuala untuk mengelap tubuh Si Anak 1
6. Tuala basah (wet wipes) 4 peket
7. Botol susu kecil (mana tahu susu ibu lambat keluar jadi kena bagi susu formula dulu)
8. Susu formula (tin/peket kecil)
9. Minyak telon/ Yu yee
Saturday, February 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments on "PerSediaan SebeLum BerSAliN- ParT 1"
Post a Comment