Saturday, February 19, 2011

PerSediaan SebeLum BerSAliN- ParT 1

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 9:17 PM 0 comments
Kali ni saya nak sharekan persediaan2 bagi ibu2 yang bakal mlahirkan cahaya mata.. yang ni baru part 1, InsyaAllah part 2 nanti saya akan kongsikan persediaan2 mengikut perspektif Islam :)
Kepada yang tertanya2, adakah saya sedang pregnant? jwpn, tidak... perkongsian kali ni khas untuk kakak2 n kawan2 saya yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata mereka yang pertama... InsyaAllah..


Keperluan Di Kaunter Pendaftaran
1. Rekod kesihatan

2. Birth Plan Record (Rekod lawatan kesihatan / mengandung)

3. Guarantee Letter / Kad Insurance (jika anda ada insurance perlindungan)

4. Surat Rujukan Majikan

5. Surat Jaminan Majikan

6. Sebarang dokumen / surat dari hospital

7. Kad Pengenalan




Persediaan Ibu Semasa berpantang

1. Kain batik lepas (Kain batik yang belum dijahit). Ia sebagai alas semasa tidur terutama sebulan selepas bersalin;

2. Kain batik yang sudah siap dijahit. Untuk dipakai seharian di rumah. Bagi yang berduit, dapatkan blaus yang memudahkan pergerakan dan selesa;

3. Baju/blaus (berbutang dihadapan) yang memudahkan Ibu untuk menyusukan anak. T-Shirt pun boleh. Pilih T-Shirt yang tidak terlalu tebal atau nipis;

4. Produk kesihatan.

5. Orang untuk menjaga Si Ibu dan Si Anak semasa pantang.

6. Khidmat Mengurut. Ini perkara penting. Mesti dapatkan tukang urut yang betul. Kalau boleh maklumkan kepada dia awal-awal. Senang buat perancangan.

7. Tuala wanita bersalin sebanyak 280 keping/ 14 peket (20 keping sepeket) bagi kegunaan 5 keping sehari selama 60 hari. Pilih yang mempunyai permukaan lembut. Bagi yang tidak kisah untuk pakai kain, ia terpulang. Kedua-dua ada baiknya;

8. Stokin. Orang kata, masuk angin jika tidak pakai stokin. Jadi, mesti selalu pakai stokin untuk kesihatan;

9. Alat-alat jagaan kebersihan wanita. Jangan lupa juga perkara-perkara asas yang lain seperti syampu, ubat gigi, bedak, sikat, tuala muka-rambut-dan badan-asingkan. Pastikan diri Ibu sentiasa kemas dan terurus.

10. Pastikan rumah dikemaskan sebelum bersalin. Supaya tak berserabut nanti. Dalam pantang tidak boleh buat kerja2 berat

11. Sediakan tilam yang tidak begitu tebal atau nipis. Biasanya tukang urut tidak mengurut atas katil tapi di atas lantai. Ia juga memudahkan si ibu bergerak ke sana ke mari.

12. Batu tungku.

13. Ubat-ubatan dan krim badan. Selain produk kesihatan yang kita beli di pasaran, penting juga, jika ada untuk kita minum air akar kayu, sapu minyak angin kat badan, dan krim stretch mark.

14. Katil bayi.

15. Diapers/Lampin anak. 280 keping untukk 60 hari. Lampin/diaper anak yang baru lahir perlu sentiasa ditukar, lebih kurang 5/6 kali sehari.

16. Tilam, bantal, selimut bayi.

17 Alatan mandi bayi.

18. Pakaian anak. Beli awal-awal dan pilih warna neutral (biasanya bila kita scan anak perempuan, mulalah kita nak beli warna pink, begitu juga sebaliknya. Tapi selagi tak lahir, blm cornfirm lg kn?

19. Basin mandi untuk Anak.




Persediaan Ibu Semasa Hari Bersalin (Di Hospital)

1. Beg Pakaian

2. Dokumen-dokumen penting seperti di atas (letak dalam satu beg kecil)

3. Tuala mandi 1, tuala muka 1 dan tuala rambut 1

4. Alatan mandi dan cuci (ubat dan berus gigi, syampu, sikat rambut, sabun mandi, sabun basuh dll)

5. Kain batik untuk dipakai 3

6. T-Shirt 3/blaus (lbh sopan kalo gne blaus berbutang dpn)

7. Tudung kepala (tidak terlalu besar atau kecil)

8. Pengikat rambut (bagi yang berambut panjang) atau klip rambut. Ini memastikan rambut sentiasa kemas dan terurus. Nanti tak rasa berserabut. Kesihatan juga terjaga.

9. Tuala wanita 1 peket (20 keping). Bawa lebih lebih baik
10. Bakul

11. Termos 1

12. Air mineral 3 btl besar

13. Cawan

14. Tupperware

15. Roti putih, biskut tawar, susu tepung untuk ibu yang menyusu, milo 3-in-1 dll

16. Tisu

17. Selipar jepun

18. Seluar Dalam. Jika nak mudah, beli disposable panties (seluar dalam pakai buang)

19. Nursing bra / bra menyusu. Dapatkan nursing bra di www.mamamodern.com

20. Handphone dan charger – agar sentiasa dapat berhubung dengan keluarga anda

21. Buku atau majalah – untuk mengisi masa lapang dan mengalih perhatian anda sewaktu menunggu saat melahirkan

22. stoking (2pasang)





Barang yang tidak dibawa ke hospital

1. Barang kemas – dinasihatkan anda menanggalkan semua barang kemas dan simpan sebelum ke hospital. Ini untuk mengelakkan dari kehilangan barang kemas sewaktu anda didalam dewan bedah atau bilik bersalin. Barang kemas juga tidak boleh dipakai sewaktu didalam dewan bedah.

2. Wang tunai yang banyak

3. Kad kredit – bukan apa.. nanti anda sibuk menahan sakit nak bersalin, ada pula orang yang tak berkenaan sibuk menggunakan kad kredit anda. Jika anda terlupa untuk simpan dirumah, serahkan saja kepada suami atau orang yang boleh anda percayai untuk menjaga barang-barang berharga anda.




Persediaan untuk Anak

Semasa hari bersalin (biasanya kita akan berada di hospital selama 2/3 hari. Ini bergantung kepada keadaan Si Ibu dan Si Anak). Sediakan satu beg kelengkapan berikut untuk dibawa ke hospital dan jugak di rumah. Jika apa-apa berlaku, bolehlah suami membantu membawanya ke hospital tanpa perlu mencari-cari.

1. Beg Bayi

2. Selimut 2

3. Baju dan seluar 3

4. Diapers Newborn size/ saiz S

5. Tuala untuk mengelap tubuh Si Anak 1

6. Tuala basah (wet wipes) 4 peket

7. Botol susu kecil (mana tahu susu ibu lambat keluar jadi kena bagi susu formula dulu)

8. Susu formula (tin/peket kecil)

9. Minyak telon/ Yu yee

Sunday, February 13, 2011

Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 9:26 AM 0 comments
Jika kita amati  buku 'bagaimana akhirnya saya bertudung', kita dapat kenal pasti banyak sebab yang menarik seseorang wanita untuk bertudung.. Sebelum bertudung, majoriti daripada mereka memang menganggap bahawa tudung itu beban kepada wanita muslim.. Dengan bertudung, seseorang wanita itu akan mundur, ketinggalan zaman, susah mendapat pekerjaan dan jodoh dan yang paling menyedihkan, wanita yang bertudung di pandang serong oleh masyarakat sekeliling..

Satu ketika dahulu, ustazah-ustazah dan juga pelajar sekolah agama memakai tudung tanpa mengetahui hakikat bertudung.. Mereka memakai tudung, tapi mengeluarkan jambul.. memakai tudung, tapi hanya di sekolah..

Namun demikian, saya sangat terharu membaca detik-detik awal beberapa orang wanita mendapat hidayah untuk memakai tudung dengan sempurna. Mereka menghadapi banyak ujian. Ada ibu yang sanggup membakar tudung anaknya kerana tidak bersetuju dengan keputusan anak untuk bertudung. Ada pula, mat saleh yang hanya akan menyewakan rumahnya sekiranya wanita tersebut setuju untuk tidak memakai tudung. Ada juga yang dikatakan memakai tudung kerana mengandungkan anak luar nikah.

Di antara sebab utama mengapa hati wanita terbuka untuk bertudung (di dalam buku tersebut) ialah tidak mahu ayahnya, suaminya, saudara lelakinya (abang dan adik lelaki) dan anak lelakinya di tarik ke neraka.

Keempat-empat golongan ini akan bertanggungjawab terhadap seorang wanita dimana:

  • Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya dengan memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anak perempuannya.

  • Apabila suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Isterinya bergaul bebas di luar rumah,menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Membiarkan isterinya menayangkan aurat kepada yang bukan berhak.  Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

  • Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga wanita jatuh kepada saudara lelakinya (abang dan adik lelaki). Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara saudara perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan saudara perempuannya diakhirat nanti. Jika mereka hanya membiarkan dan tidak menegur saudara perempuannya yang mendedahkan aurat, mereka juga akan menanggung dosa.

  • Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya tentang tingkah laku yang menyimpang dari Islam. Membiarkan ibunya melakukan kemungkaran, maka bersedialah kerana mereka juga akan diminta bertanggungjawab di akhirat kelak.

Wahai kaum hawa yang disayangi, sanggupkah kamu melihat ayah yang rajin menunaikan solat, berpuasa, solat sunat dan juga mengejar amalan-amalan baik di tarik ke neraka disebabkan diri kita? Ayah kita da buat yang terbaik, mengajar kita 'Amar ma'ruf, Nahi mungkar.. Tapi apa balasan kita kepada ayah??

Pada hal.. ayah, suami, abang, adik atau anak kita selalu menegur kita supaya menjaga aurat, menjaga tingkah laku agar tidak menyimpang dari ajaran Islam..

Mungkin ada di antara kita yang tahu hukum mendedahkan aurat, namun masih belum bersedia untuk menutup aurat sepenuhnya.. Pasti ada yang sering mendengar hukum mendedahkan rambut walaupun hanya sehelai, tapi masih keberatan untuk bertudung.. Namun ada menyimpan niat untuk bertudung satu hari nanti.. TETAPI... BAGAIMANA SEKIRANYA KITA MENUTUP MATA UNTUK SELAMA-LAMANYA SEBELUM SEMPAT KITA BERTAUBAT DAN MEMAKAI TUDUNG SERTA MENUTUP AURAT DENGAN SEPENUHNYA??

Ya Allah, berilah kami peluang untuk memperbaiki diri dan sekali gus menyelamatkan orang-orang yang kami sayangi daripada di tarik ke neraka... Aku tidak sanggup ke neraka-Mu Ya Allah.. Aku tidak sanggup melihat ayahku yang selama ini menjagaku dengan penuh kasih sayang ke neraka Ya Allah.. Aku tidak mampu untuk membalas jasa Ayahku dan aku tidak mahu menyakitinya Ya Allah.. Suamiku, abang dan adikku serta anakku banyak berkorban untuk ku Ya Allah.. Bantulah aku Ya Allah, agar aku dapat menjadi insan yang solehah dan juga dapat menyekat mereka dari ditarik ke neraka.. Ya Allah, lindungilah kami semua.. ~Ameen~

Setakat ini buat kali ini, saya akan kongsikan lagi jika berkesempatan...
~Peringatan untuk diri saya juga~

Tujuh Jenis Wajah Mayat Di Dalam Kubur

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 8:44 AM 0 comments
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba’.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal