Salam buatmu, mawar suci bakal bidadari syurga..
secara jujurnya, sy memang tak tahu nak mulakan dari mana.
nak cakap macam mana.. Sy sayang sgt pada kamu, sy tak nak kehilangan seorang kawan yang
terlalu baik, jujur dan setia seperti kamu.. Lama sy berfikir, strategi
terbaik untuk luahkan perasaan.. tapi sy xdpt ilham lagi, sampai la sy bermimpi peristiwa yang amat menyeramkan, yang berakhir dengan kematian sy.. Sy terjaga dari tidur, baca doa dan cuba tidur kembali.. tapi saat tu, kamu
berlegar2 di fikiran sy.. macam mana kalau sy mati sebelum sempat luahkan
segalanya pada kamu.. kamu akan dakwa sy di akhirat nanti kan? sahabatku,
berlinang air mata disaat mula menulis warkah ini kepadamu..
Sebelum meneruskan, izinkan sy untuk berkongsi kisah ini.
Tamparan buatku
Tamparan buatku
Sy tak layak untuk tegur sesiapa pun sebab diri sy ni pun
banyak yang tak betul.. banyak sgt kekurangan.. Tapi diri kamu hampir perfect
di pandangan sy..
Kamu hamba Allah yang baik, taat dan solehah. Anak yang
membanggakan nama ibubapa, menggembirakan ibubapa kamu.. kamu memang anak
solehah pada pandangan sy. kamu sentiasa mengutamakan keluarga. Sy nampak semua
sifat2 baik pada diri kamu, malah kamu bukan sahaja disayangi oleh family
kamu. bahkan rakan2 (even yang baru
kenal kamu) dan para pendidik juga menyayangi kamu.. Honestly, I’m proud of u..
sukar nak gambarkan dgn kata2.. sopan santun, berbudi bahasa, menghormati org
lain, setia, jujur, penyayang.. semua tu ada dlm diri kamu. sukar, sangat sukar
untuk mencari remaja seperti kamu di akhir zaman ni..
Sy sayang kamu juga. Sy tak nak mgata atau memaksa. Sy Cuma
nak tunaikan tanggungjawab. Sy nak sampaikan apa yang terbuku di hati. Mungkin
Allah gerakkan sy untuk sampaikan pada kamu.. sy takut hubungan kita retak
lepas apa yang sy sampaikan, tapi yakinlah, sy lebih takut jika kamu dakwa
sy di akhirat nanti sebab xpernah nak ingatkan kamu..
Sahabat, kamu hamba Allah dan anak yang solehah.. Kamu pasti
tidak sanggup melihat ayah kamu yang selama ini membesarkan dan menjaga kamu
terpaksa menanggung dosa kamu kan? Ayah kamu bukan sahaja menjaga kamu sedari
kamu lahir, bah kan dia banyak berkorban untuk memenuhi keperluan kamu.. Ada
ketikanya ayah kamu memerlukan sesuatu untuk dirinya sendiri, tapi dia sanggup
tolak ke tepi agar dapat menggunakan wang yang ada untuk kamu dan adik beradik
yang lain.. kerja lebih masa, xcukup tidur, ikat perut? semua itu pernah sebati
dengan dirinya.. kerisauan di kala kamu sakit, bertafakur, berdoa, solat hajat?
digagahkan diri demi anak2 tercinta.
Tapi apa balasan dr anak? bawa mereka berjalan, bercuti,
bagi hadiah, bagi duit setiap bulan? Sayangnya, kadang kala kita lalai.. kita
tak sedar bahawa kita sedang menarik ayah kita menghampiri neraka. Macam mana
tu? kita berpakaian tapi seperti bertelanjang, kita bertudung tapi masih
menampakkan rambut.. Ya Allah, ayah yang banyak berkorban untuk anaknya ditarik
oleh anak tersebut ke neraka! (nauzubillah..)
Kadang kala kita sedar kita sedang membuat kesilapan, tapi
kita ada perancangan.. contohnya: ‘Aku akan bertudung nanti, inshaAllah seminggu 2 lagi.’ 'Aku akan memakai baju2 longgar dan berlengan panjang lepas berusia 25 tahun nanti.' Tapi ajal maut kuasa Allah. macam mana kalau kita pergi buat selamanya sekejap
lagi? Allah.. Hancurnya hati seorang ayah.. Ayah kita sebenarnya nak sangat
tengok kita bertudung dan menutup aurat dengan sempurna, tapi tak kesampaian..
Teringat kisah semalam.. seorang pelajar lelaki menghantar
mesej di whatsap. ‘kak, mak sy da tak ada kak.. Pagi td mak ok je, mak kejut
kami adik beradik utk solat subuh. pas tu mak g amek wuduk.. tiba2 mak sesak
nafas. ingatkan mak tertidur. rupa2nya mak dah tak ada’.
Allah.. ketentuan Allah tidak tercepat, tidak juga terlewat walau
sesaat.. Kita tak dapat menjangka apa yang akan berlaku.. Sy teringat satu
debat antara sy dan seorang pensyarah sy tentang kematian. kesimpulan drpd
debat tu: Jangan fikir bila kita akan mati, tapi fikirlah bagaimana kita akan
mati.
Sahabat yang disayangi kerana Allah, mungkin kamu pernah
jumpa kata2 ‘saya akan bertudung selepas nikah sebab tak sanggup biarkan suami
saya menanggung dosa saya’. Sayang sungguh pada suami. Macam mana dengan ayah?
tak kesian tengok ayah tanggung dosa? Macam mana kalau mati sebelum sempat
bernikah? Sanggup tarik ayah di akhirat nanti?
Berkaitan hukum menutup aurat wanita secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah dlm Al-Quran sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hamba-Nya yang mukminah mengikut keadaan dan situasinya yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bg stiap wanita akur dgn perintah Allah utk memakai pakaian yg menutup seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki tanpa banyak alasan yang tidak ikhlas.
Apapun alasan dan hujah diberikan, persoalan yang paling utama dalam hal ini adalah taat dan patuh perintah Allah kerana perintah Allah itu mengatasi perintah manusia.
Berkaitan hukum menutup aurat wanita secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah dlm Al-Quran sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hamba-Nya yang mukminah mengikut keadaan dan situasinya yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bg stiap wanita akur dgn perintah Allah utk memakai pakaian yg menutup seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki tanpa banyak alasan yang tidak ikhlas.
Apapun alasan dan hujah diberikan, persoalan yang paling utama dalam hal ini adalah taat dan patuh perintah Allah kerana perintah Allah itu mengatasi perintah manusia.
Maafkan sy sahabat, mungkin penulisan sy seperti menunding
jari pada kamu. Hakikatnya, sy sedang menegur diri sy sendiri
disamping peringatan untuk sahabat yang disayangi juga. Sy sedang memperbaiki
diri, sy nak cuba menutup aurat dengan sempurna. Doa dari kamu sangat sy harapkan.
Maafkan sy sekiranya peringatan ini membuatkan hubungan kita retak. Sy reda
jika kamu menjauhkan diri sy. Sy reda jika kamu menganggap sy sibuk jaga
tepi kain kamu. Maaf sahabat, disebabkan sayang sy menulis.