Thursday, May 16, 2013

SerONoknYA SibUK

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 2:34 AM 0 comments
Sibuk sebenarnya adalah peluang....

Ramai orang yang berpandangan bahawa kesibukan adalah penghalang kepadanya untuk meningkatkan diri, menyukarkannya untuk menyemai bakti, menidakkan peluangnya untuk berkorban dan menghampakan harapannya untuk membuat lonjakan yang lebih baik.

Nun di sana kelihatan lebih ramai di kalangan mereka yang berkelapangan yang gagal meningkatkan potensi diri, yang tidak mampu menyumbangkan khidmat bakti dan berterusan dalam 'seolah-olah sibuk' yang sebenarnya hampir 'tidak dapat berbuat apa-apa'.

Orang yang sibuklah biasanya lebih produktif, orang yang sibuklah yang dapat menginsafi harga masa, orang yang sibuklah yang akan memberikan keutamaan kepada yang lebih utama, orang yang sibuklah akan menghindari perkara yang sia-sia, orang yang sibuklah yang akan berusaha menyiapkan diri bagi berhadapan dengan ujian yang lebih besar dan orang yang sibuklah yang akan kuat bermunajat serta meletakkan kebergantungan kepada Allah swt.

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan, orang yang beriman dan beramal soleh. Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar."

Surah al-Asr

Tuesday, May 7, 2013

PETUA UNTUK SENTIASA DARA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 8:23 PM 0 comments


Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)

Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal