Monday, April 29, 2013

Cinta Kerana Allah berlandaskan Syariat

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 7:16 AM 0 comments
Di FB

Lelaki : assalamualaikum , enti da berpunya ? Ana nk taaruf bkn saja2.

Wanita : wa'alaikumussalam , dah, Allah kekasihku , tapi belum lg dgn hamba Allah .


Lelaki : owh , Allah . Ana ada sesuatu nak bgthu . Ana ta'aruf bkn saja2 dgn seorg insan bnama wanita . Ku harapkan Allah meredhai hajat ku ini tanpa membelakangkan cint...a Allah & cinta Rasulullah .


Wanita : Allah Allah Allah , baiklah .


Lelaki : sungguh . Ana mencintai enti kerana Allah . Perkra ana ckp bkn main2 ttpi sbuah janji . Insya-Allah , ada rezeki ana akn mlamar enti . Ana nk no walid , blh ? 


Wanita : andai itu takdirnya , ku serahkan pd Illahi . Baiklah , no walid 019-3747.... 

Lelaki : syukran , ana tak nak kita bhubung , ckuplah dgn prtautan hti krana Illahi . Slgi kta mnjaga hbgn dgn Allah, Allah akn jga hbgn ni . Jga dri , hti , akhlak . Assalamualaikum .


Wanita : insya-Allah , raihkan cinta Allah , cintailah Dia melebihi segalanya , saban hari pada wkt ditepati dgn izin Illahi , Dia pasti akn satukan kelak nanti . Jaga diri , hati , iman , akhlak dan solat , jaga ikhtilat Wa'alaikumussalam.

# ( malam tu lelaki tsbt buat solat hajat )Keesokannya , Lelaki tu pun kol walid menyatakan hasratnya ~

Lelaki : assalamualaikum , pkck ni ayah kpd Nur Masyitah Munawwarah ye ?


Walid : wa'alaikumussalam , aah ni sapa ?

Lelaki : nama sy muhd.Muhaimin Mutaqeen pkck . Sy ada bnda nk bncg skt , blh x ambk msa pkck skt ?

Walid : boleh2 , silakn , apa yg muhaimin nk bncgkn ?

Lelaki : saya .. Saya .. Saya sbnaya cintakan masyitah kerana Allah , lau blh sy nk jdkn dia isteri sy .

Walid : owh , bgusla niat kmu dan kmu btrus trang dgn pkck dri mlakukn mksiat . Baiklah , bwa kluarga kmu dtg 
andai sudah b'sdia .

# muhaimin bhubung dgn walid masyitah , manakala masyitah bhubung dgn umi muhaimin ~

> beberapa bulan kmudian Muhaimin dtg ke rumah masyitah utk melamar dan meminang ~

Walid : alhamdulillah selesai majlis pertunangan ini , sebulan lagi majlis perkahwinan pula . Walid nak pesan , perbanyakkan bermunajat padaNYA . DIA akan jga hubugn ni slgi kmu mnjaga hbgn dgn Allah . Walid tak mnta , kmu bmbng masyitah kelilng dunia tp, bmbnglah anak walid smpai ke syurga Allah ^^ insya-Allah , raihkan cinta Illahi utk dptkn cinta yg suci . Agama menjamin sgalaye ;) cintailah dia kerana agama ,sulamilah dgn cinta yg suci, agr kmu drahmati dan dredhai .

Muhaimin : insya-Allah walid . Syukran walid .

# dalam sebulan mempesiapkan pkahwinan dgn mgunakn org tgah (kluarga ) utk bhubung . Dalam diam mereka juga mmpesiapkan jiwa dgn stiap hari bgn qiamu lail dan pbykn amalan pd Allah serta pbaiki dri lbh bek .

# hari perkahwinan Selesai saja , mjls akad nkah , muhaimin dan masyitah sujd syukur . Bmula la detik cinta .

Muhaimin : sayang , trme ksh trme abg seadanya . (ktika masyitah mencium tgnye)

Masyitah : sme2 bang , trme ksh juga mnrma syg .

Muhaimin : sayang , abg nk ckp ni , I Love you until jannah sygku bidadariku . ( bisik di tlinga masyitah smbl memegang erat tgn masyitah )

Masyitah : i love u too bang until jannah , suamiku tsyg .

P/s : Bukan nak suruh tengok ayat dgunakan tp ambil cara syariat dan bawalah cinta MAHAL ke jalan diredhai Illahi ♥
RAIHKAN CINTA ILLAHI UTK DAPATKAN CINTA YANG SUCI ^^
Indah cinta kerana ALLAH berlandaskan syariat ♥

> Andai kau catatkan dia untukku maka satukan hatiku dan hatinya , andai dia bukan milikku maka damaikanlah hatiku <


- ^^ -

Sunday, April 28, 2013

MAnDI HadaS

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 11:51 PM 0 comments

ok, topik ni penting bg lelaki mahupun wanita.. selalu je kwn2 tanye ttg mandi wajib.. ada yg konpius, boleh ke kita sentuh kemaluan ketika mandi wajib atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? ramai yg was-was dlm hal ini.

Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a sebagaimana berikut;
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya” (HR Imam Muslim).
Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas seperti berikut;
  • Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.
  • Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.
  • Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.
  • Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.
  • Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.
  • Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.
  • Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.
  • Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.
Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan, tidaklah perlu mengulangi wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib. Namun jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan.
Walahu a’lam.
Rujukan
1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/230.
Sumber : ilmudanulamak

~Musta'mal~

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 10:23 PM 0 comments


Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah merek) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???

lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....korang ada akal kuat..korang tak bodoh....korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA.....


::from friend to friends::

Wednesday, April 24, 2013

Surah At Thalaq, Ayat 7

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 8:05 PM 0 comments

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

Allah menguji kerana manusia mampu menghadapinya

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan…(Surah al-Baqarah : 155)
Berat sungguh beban yang ditanggung oleh jiwa ibarat sebuah lori yang sedang membawa muatan yang melebihi had yang dibenarkan, merangkak-rangkak mendaki bukit. Di jalan yang rata pula bisa dikalahkan oleh kenderaan yang lebih kecil “cc” kelajuannya. Bagaimana berat rasa yang ditanggung oleh jiwa bergantung kepada tahap kemampuan seseorang menyerapnya. Apabila seseorang itu gagal menyerap beban dijiwanya akibat ujian yang sedang ditimpakan ke atasnya, makan tekanan dijiwanya akan bertambah berat. Semakin lama beban yang ditanggung itu semakin bertambah sehingga jiwanya tidak mampu menanggung lagi bebanan yang ada. Derita sungguh menanggungnya, ibarat kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Mata-mata banyak sekali yang melihatnya. Ada yang simpati, ada yang kehairanan, malah ada juga yang tidak ambil peduli. Namun, orang yang menanggungnya lebih hebat dari yang melihatnya.

Melayan perasan kerana ujian yang sedang melanda hanya menambah beban yang ada dijiwa. Semakin dilayan, semakin hebat kesannya. Semakin derita rasa dijiwa. Rasa sedih akan menjalar disetiap pelusuk jiwanya sehingga dia merasakan dialah yang paling derita dan orang-orang disekelilingnya pasti tidak memahaminya. akhirnya menjadilah dia orang yang berputus asa kerana ketidakmampuan menanggung derita dijiwanya.
Ya Allah, Apa yang diuji oleh-Mu adalah apa yang termampu ditanggung oleh hamba-hamba-Mu.
Sedarlah wahai manusia, Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yang bermaksud :
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)
Malah Rasulullah SAW sendiri turut menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud :
Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:
“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(Riwayat Imam Tirmizi)
Sesungguhnya Allah tidak akan berlaku zalim kepada hamba-Nya. Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap kemampuan hamba-Nya. Cuma sebagai hamba, hendaklah berusaha untuk mengatasinya. Sekiranya seseorang itu tidak berusaha untuk mengahadapinya, sudah pasti mereka tidak mampu berhadapan dengan ujian yang sedang menimpanya. Sudah pasti jiwanya akan semakin lemah dan akhirnya putus asa semakin mendekatinya. Inilah yang paling ditakuti bakal menimpa seseorang manusia itu. Ya, putus asa!
Berusahalah dan yakinlah Allah akan membantumu.
Wahai manusia, yakinlah dengan sepenuhnya bahawa Allah akan membantumu. Berusahalah dan bertawakallah kepadaNya dengan sepenuh jiwa. Pasti pertolongan Allah itu akan datang kepadamu. Tiada pergantungan yang sehebat-hebatnya melainkan meletakkan sepenuh kebergantungan itu kepada Allah semata-mata. Percayalah, makhluk tiada upaya walau sebesar zarah sekalipun untuk membantumu, melainkan Allah jualah yang berkuasa menyelesaikan masalah yang sedang dibebani olehmu itu.
Setiap yang diuji itu semuanya baik-baik belaka.
“Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya. (Imam Muslim)
Apabila seseorang itu telah mencapai tahap kebergantungan dan keyakinan yang sebenar-benarnya kepada Allah, maka segala ujian yang menimpanya itu akan diterima dengan redha dan kesabaran. Sekiranya datang kesedihan dalam hatinya maka bersegeralah dia beristigfar memohon keampunan kepadaNya dan akhirnya hatinya kembali tenang menerima ujian yang sedang menimpanya. Pada mereka, setiap ujian itu semuanya baik-baik belaka.
Khabar gembira apabila diuji
RAsulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.” (Imam al-Bukhari dan Muslim)
Allah berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)

Jom Berjalan

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 7:47 PM 0 comments

Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-
1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.
sumber: My Berita

Radziah Abd Rahman

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 6:49 PM 0 comments
Berada dalam kelas yang sama sejak darjah 1-4. Dipisahkan gara2 screening class. Belajar disekolah yang sama sampai tingkatan 5. Sesungguhnya, Nilai p’sahabatan tidak akan cair di musim panas, Tidak akan beku walau di musim sejuk, Tidak akan luruh di musim hujan,.. Tp akan sentiasa mekar walaupun bukan di musim BUNGA..

Even kte xsama class, kita tetap bersahabatkan.. Jarang bersua bukan sbb utk mjauh.. Saya ada disisi awak masa awk nikah n sy akn sentiasa berada bsama awak di saat awk memerlukan. InshaAllah..

Semoga ayah awk cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik.


Gambar dr fb Radziah..

HappY BiRThdaY

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 9:49 AM 0 comments
Hari ini, ulangtahun hari lahirmu. Hari ini, bertambah lagi usiamu. Hari ini bertambah jua tanggungjawabmu. Hari ini menjadikan dirimu lebih matang dek ujian yg mendatang. Hari ini menjadi saksi ketabahan dirimu mengharung onak dan duri. Hari ini Allah pendekkan lagi jarakMu dgnNya. Semakin b'kurang tempoh beramal, semakin kubur mempersiap tempat untukmu. Semakin bersedia Malaikat Maut datang menjemput. Semakin dekat masa amalan d'hitung & semakin hampir haruman Firdausi @ azab Jahannam. Oleh i2, gunakanlah k'dewasaan itu sebagai satu peringatan dlm p'juangan bagimu. Sanah Helwah AYESHA. May Allah bless you always.

Ya, Robbi.. Semoga dengan meningkatnya usiaku kini akan menjadikan aku seorang hambaMu yang lebih dewasa dan matang. Dan dengan meningkatnya kedewasaanku serta kematanganku kini akan menjadikan aku sebagai hambaMu yang bijak berfikir. Dan dengan kebijaksanaanku berfikir kini akan menjadikan aku sebagai hambaMu yang tahu membezakan antara perkara yang disuruh dan dilarang olehMu. Dan dengan pengetahuanku membezakan hal yang baik dan buruk akan menjadikan aku sebagai hambaMu yang lebih peka melengkapkan diri sebagai seorang muslimah. Dan dengan pekanya aku mengejar ciri muslimah akan menjadikan aku lebih bersemangat dalam mencari redhaMu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ameen..

Best gak sekali sekala wish birthday kt diri sendiri :)

Buat kamu :)

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 9:38 AM 0 comments
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya…
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya…
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ALLAH kerana di situ ada syurga…
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapa kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, bila dia mulai mengagungkan cinta manusia…
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa…
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana…
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi puncak kegagalannya…
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu membuat dia terlena…
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita- cita…
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku jua…

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya…
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…
Hanya engkau Ya ALLAH mengetahui siapa si dia…

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya… Ameen...

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti… ;)

Love VS Like

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 9:36 AM 0 comments
In front of the person you love, your heart beats faster
But in front of the person you like , you get happy.

In front of the person you love, winter seems like spring
But in front of the person you like, winter is just a beautiful winter.

If you look into the eyes of the one you love, you blush
But if you look into the eyes of the one you like, you smile.

In front of the person you love, you can' t say everything on your mind
But in front of the person you like, you can.

In front of the person you love, you tend to get shy
But in front of the person you like, you can show your ownself.

Then person you love comes into your mind every 2 minutes.
You can't look straight into the eyes of the one you love
But you can always smile into the eyes of the one you like.

When the one you love is crying, you cry with them
But when the one you like is crying, you end up comforting.

The feeling of love starts from the eye
And the feeling of like starts from the ear.

So if you stop liking a person you used to like
All you need to do is cover your ears,
But if you try to close your eyes
Love turns into a drop of tear and remains in your heart forever after. 

Say NO

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 9:35 AM 0 comments


Please forgive me Ya Allah..

Please tell me how to say no in the most appropriate way....

Please do not let me be misunderstood by people
Ya Allah

I have said that in the most appropriate way...
I want to make a full stop..
I do not want to make a comma...
But A FULL STOP...


Please ya Robb do not let them be misunderstood for what I have said...

Please ya Robb do not let them be misunderstood for what I have done...

Please ya Robb do not let them be misunderstood for what I have acted


It is ONLY because of YOU....Ya Robb
please guide me...please guide them to the truth...

No one else shall I depend on....
ONLY You Ya Robb...

Ameen Ya rabbal'alameen....
ALHAMDULILLAH 'ala kulli hal....
La Hawla Wala Quwwata illa biLLAH...

xtahu siapa penulisnya.. kadang kala saya juga hadapi keadaan sebegini.
Ya Allah, berilah petunjuk yang terbaik

Ya Allah

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 9:33 AM 0 comments
Dengan NamaMu Ya ALLAH... Aku hidup dan aku mati...

Begitu lenakah tidurku semalam
Seolah-olah aku tidak menyedari gesaanMu
Begitu empukkah kamarku
Hingga aku gagal dibangunkan...

Ya ALLAH... tamatkanlah derita hatiku ini
Barangkali ini adalah ujian untuk kesekian kalinya...
Tiada DAYA dan UPAYA aku... melainkan kekuatan YANG KAU BERI...

Ya ALLAH...berilah petunjuk...
Ya ALLAH...permudahkan urusan...
Ya ALLAH...kembalikan fokusku padaMU
Ya ALLAH...jangan KAU biar aku hanyut
Ya ALLAH...sedarkanlah aku...

Dari lena SEMALAM...biar MIMPI itu tidak berulang
Biar ceritera itu tenggelam..
Biar hikayat itu ditelan zaman...

Ku YAKIN ESOK MASIH PUNYA HARAPAN..dengan KEIZINAN PENUH DARIMU PENCIPTA ALAM.. Ameen..

Aku Menjadi Lebih Berani

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 8:52 AM 0 comments
Kali ini

kau berbaju biru

dan bajuku ungu

sayang, hanya aku tahu

hatimu

tidak setulus hatiku

yang berbaju ungu. 


Bila begini, sebilah pisau aku tidak gentar

sepatah kata,

bisa, aku merasa.



Hati dan rasa mengejarku

aku menjadi lebih berani.





Ni sajak feberet masa sek dulu. secara xlangsung, sajak ni mdorong n menjadi sumber kekuatan semasa berada di alam remaja. Sudah pasti saya tidak akan melupakan sajak ni :)
 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal