Friday, April 27, 2012

Hikmah disebalik penangguhan itu...

Posted by Ayesha Abdul Mannan at 10:18 PM 0 comments
Ye, memang ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku kan..


Kisahnya bermula pd 14.12.2011.. Hari rabu tu merupakan hari terakhir kelas bagi semester lepas. Bermakna pada hari rabu seterusnya, 21.12.2011 semua student kelas saya kena buat presentation. Honestly, saya x sabar nak habiskan kelas tu.. Semangat untuk bercuti kian terasa even x ada bahan lagi tok buat slide.. hihi...^^


Tapi sebelum habis claz, lecturer umumkan bahawa presentatian akan diadakan pd 29.12.2011 (Khamis).. Hurmmm.... geramnya!!!. Nape tangguhkan?? Da tu buat hari khamis pulak.. Seriously, memang rase geram dan xpuas hati dengan tarikh tu.. Nk settlekan cepat2, tapi makin lambat pulak.. Ok2, saya cuba tenangkan diri.. Ada masa untuk membuat persediaan yang secukupnya..


Esoknya, saya terus pergi bercuti.. Dah habis claz la katakan ^__^ Langsung x buat persediaan untuk presentation..


Siapa tahu apa yang berlaku akhirnya??

Masa tengah bercuti tu, father in law (FIL) kak ngah masuk icu.. Keadaan dia sangat kritikal.. Saya bercadang untuk pulang ke rumah.. FIL kak ngah sangat baik dan kami agak rapat. Belum sempat kemas bag, saya dapat panggilan telefon dari kak ngah.. FIL dia dah discharge dan beransur sihat.. Jadi, saya menyambung cuti.. Dalam masa yang sama, pakcik kesayangan saya sakit. Ayah tak bagi tahu sakit apa, tapi kami bercadang untuk menziarahi dia. Kami bercuti di KL, tak jauh dari rumah pakcik tersebut..


On the day kami keluar untuk melawat pakcik Khalid , sekali lagi kak ngah telefon.. kak ngah menangis teresak2, dia minta saya dan keluarga pulang ke JB secepat mungkin. Sekali lagi FIL dia masuk icu, tengah nazak..


Tanpa berlengah, kami patah balik.. tak jadi ziarah pakcik. Nak packing barang tok balik ke JB.. Kami sampai JB dalam kol 5.15pagi.. Mak dan Ayah terus ke hospital..


Petang tu saya ke hospital.. Menjenguk FIL kak ngah.. Sayu hati tgk dia..Saya tengok tapak kaki dia.. kat dalam hati dah rasa lain macam.. Berdiri di sisi beliau sambil membaca beberapa surah.. Masa melawat tamat, kami ke surau untuk solat. Selepas menunaikan solat maghrib, kami pulang ke rumah.


Sebaik sahaja ayah saya selesai menunaikan solat Isyak, kami mendapat panggilan telefon dr abg ngah. FIL kak ngah telah pergi untuk selamanya... Innalillahwainnailaihiraji'un.. FIL kak Ngah dikebumikan pada 21.12.2011. 


Pada malam ketujuh setelah pemergian FIL k.ngah, kami sekeluarga mendapat berita sedih.. Salah seorang syura Malaysia, Haji Khalid dalam keadaan yang kritikal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Ye, pakcik saya berada dalam keadaan kritikal.. Kami sekeluarga bertolak ke KL pada malam itu. Kami tiba di PPUM jam 2.15 a.m.. Masing-masing take turn untuk jumpa pakcik.


Ya Allah, berilah kekuatan kepada dia.. Saya tak dapat menahan air mata sejurus selepas melihat keadaan dia.. Anak-anak dan menantunya ada disekelilingnya.. selepas ziarah, kami pulang. Ayah pula membuat keputusan untuk bermalam di PPUM. ayah ingin berada disisi kawan baiknya itu.. Sebelum masuk waktu subuh, ayah call, ayah kata Abbu dah pergi untuk selamanya.  Saya yang sedang duduk menyiapkan slide terkejut. Terus ambil wuduk, dan menunaikan solat sunat..


Setelah sekian lama, pagi tu saya nampak ayah menangis.


Keluarga arwah mendapat panggilan telefon dari markas Sri Petaling, Pihak Markas mengharapkan agar jenazah dikebumikan selepas solat zohor. Jemaah seluruh Malaysia ingin memberi penghormatan terakhir kepada arwah. Solat jenazah akan diadakan selepas solat zohor.


Jenazah telah ditempatkan di Markas sebelum dikebumikan. Masih segar di ingatan saya, wajah arwah yang seolah-olah tersenyum. wajahnya sangat tenang.. Beratus pelajar tahfiz sedang membaca Al-Quran di sekelilingnya. 


Solat jenazahnya dihadiri beratus ribu orang.. Arwah meninggal dalam usaha agama.. 

"Jangan fikir bila kita akan mati, tapi fikirkanlah bagaimana kita akan mati" mudah-mudahan kita mati dalam keadaan beriman..


Ok, kita kembali pada tajuk asal... saya sangat kecewa bila tarikh presentation ditangguhkan.. geram sangat.. Tapi, seperti yang saya katakan, ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku.. presentation sepatutnya pada tarikh 21.12.2011 tetapi ditangguhkan pada 29.12.2011. Arwah FIL kak.Ngah dikebumikan pada 21.11.2011. Arwah pakcik pula dikebumikan pada 28.12.2011. Presentation saya pada 29.12.2011.. Nasib Baik presentation itu di tangguhkan dan diubah dari hari rabu ke khamis, jika tidak, pasti saya terlepas untuk menghadirinya dan perlu mengulang semula.. 
 

The Pieces Of Life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal