1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
**Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Wednesday, January 20, 2010
KisAH PoKok EpaL
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu.... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka kemudiannya menangis dengan penuh kegembiraan.
**CERITA INI DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK KITA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. KITA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITULAH HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA KITA.

KomuNikaSi-PaRT 1
Allah S.W.T telah mengurniakan manusia dengan akal, otak, lidah dan kebolehan bertutur melalui media bahasa. Kurniaan Allah S.W.T ini adalah kurniaan yang paling berharga yang dapat membezakan antara manusia dengan makhluk lain ciptaan-Nya. Kebolehan bertutur menyebabkan martabat manusia itu lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain. Ini jelas dapat diperhatikan daripada firman Allah S.W.T yang bermaksud “Allah yang Maha Agung telah mengajarkan al-Quran; Dia telah menciptakan manusia; Dia telah mengajar manusia bertutur”. (Al-Quran, Surah Ar-Rahman: 1-4).
Kebolehan berkomunikasi merupakan salah satu pencapaian manusia yang paling berharga kerana membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain. Elemen komunikasi yang paling asas ialah bahasa. Melalui bahasa, manusia boleh berhubung dengan manusia yang lain secara pertuturan dan tulisan. Seorang ahli falsafah Jerman yang terkemuka iaitu Karl Jaspers pernah berkata bahawa kebolehan berkomunikasi melalui media bahasa ini merupakan pencapaian manusia yang paling agung di dunia ini.
Menurut Shamsudin (1993), komunikasi ialah terjemahan daripada istilah Inggeris communication. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin communicare yang bermaksud to make common atau mewujudkan persamaan. Schramm (1971) mendefinisikan komunikasi sebagai suatu perkongsian dan penyesuaian sekumpulan lambang-lambang yang bermaklumat. Komunikasi antara dua atau lebih individu dikatakan bermakna sekiranya kedua-dua individu atau pihak yang berinteraksi bukan sahaja mengerti bahasa, isyarat atau lambang tertentu yang digunakan malah mengerti makna yang terkandung dalam bahasa, isyarat atau lambang tersebut.
Terdapat banyak definisi komunikasi. Hal ini demikian kerana setiap definisi yang diberikan adalah berbeza mengikut pendapat dan fokus yang telah ditentukan. Menurut Samsuddin (2003), takrifan untuk komunikasi dibahagikan kepada empat kategori iaitu takrifan yang menekankan kepada fungsi penyebaran atau pengiriman, perkongsian makna, pembujukan dan aspek tingkah laku.ini jelas menunjukkan bahawa setiap orang mendefinisikan komunikasi secara berbeza menurut halatuju pemikiran dan keperluan semasa.
Menurut Hamilton (1996), golongan yang terlibat dalam bidang perniagaan dan professional pula sering melihat komunikasi sebagai proses pemindahan idea dan buah fikiran dari seorang individu kepada individu yang lain. Hamilton juga menjelaskan bahawa proses pemindahan idea ini amat penting dan perlu dalam usaha meningkatkan prestasi perniagaan dari semasa ke semasa. Kita boleh lihat bahawa definisi yang diberikan oleh Hamilton merupakan satu tindakan yang menekankan aspek penyebaran dan pengiriman. Penyebaran maklumat terutamanya maklumat terkini mengenai sesuatu produk boleh disampaikan melalui komunikasi.
Osgood (1954) mendefinisikan komunikasi sebagai satu proses apabila penghantar mesej berusaha untuk mempengaruhi penerima dengan menggunakan pelbagai rangsangan. Disini dapat dilihat bahawa Osgood menyifatkan bahawa kejayaan sesuatu komunikasi bergantung kepada bagaimana penghantar mesej itu berjaya untuk mempengaruhi tingkah laku sedia ada penerima.
Pace dan Faules (1994) berpendapat, terdapat dua perkara utama yang wujud dalam proses komunikasi iaitu pameran mesej dan pameran interpretasi mesej. Pameran mesej berlaku apabila kita memberikan mimik muka yang menunjukkan kita sedang sakit dan sebagainya, dan mesej itu akan berjaya ditafsir apabila orang yang melihatnya sekaligus berjaya memahaminya. Komunikasi yang dijalankan akan dianggap gagal sekiranya individu lain gagal untuk memahami mesej yang cuba disampaikan.
Seorang pengkritik sastera dari Cambridge, I. A. Richards menyatakan bahawa komunikasi berlaku apabila suatu minda bertindak ke atas persekitarannya sehinggakan satu minda lain dipengaruhi, dan dalam minda yang satu lagi itu suatu pengalaman akan berlaku yang sama seperti pengalaman dalam minda pertama, dan sebahagiannya telah disebabkan oleh pengalaman tersebut. Satu lagi takrifan dalam kelas yang sama ialah daripada Harold Lasswell yang mengatakan bahawa komunikasi ialah ‘siapa’ mengatakan ‘apa’ kepada ‘siapa’, dalam ‘wadah mana’ dengan ‘kesan’ apa. Ini dikatakan mewakili takrifan ‘linear’ yang klasik.
Jadi, komunikasi merupakan suatu proses yang berkaitan dengan tindakan manusia dengan diri sendiri, dengan orang lain dan persekitarannya. Proses komunikasi boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada melalui perkataan atau simbol yang mempunyai makna yang sama yang diucapkan di samping pergerakan tubuh badan yang menyokong makna agar lebih jelas dan difahami.
Michael dan Steven (1997) pula mendefinisikan komunikasi sebagai suatu keinginan yang muncul dalam fikiran yang ingin dicapai dan keinginan itu akan memaksa kita untuk memilih cara untuk kita berkomunikasi. Menurut pendapat Michael dan Steven, perkataan komunikasi itu sendiri sememangnya datang dari satu keinginan untuk berkongsi makna. Keinginan ini akan mendorong kita agar berusaha bagi melakukan proses komunikasi untuk berkongsi pengalaman atau idea-idea dengan orang di sekitar kita.
Menurut Abdul Rahman (2000), Islam mengaggap aktiviti berkomunikasi sebagai aktiviti yang mulia. Ajaran Islam yang diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W itu sendiri melalui komunikasi dan Rasulullah S.A.W juga menyampaikan dakwahnya melalui komunikasi. Kepentingan komunikasi ini jelas dapat dilihat dari beberapa ayat al-Quran dan hadith. Antaranya ialah:
“Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat”. (Hadith)
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (setiap
makhluk).” (96:1)
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (3:104)
Dalam organisasi, komunikasi adalah elemen yang terpenting. Tanpa komunikasi, operasi sesebuah organisasi tidak dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Abdul Rahman (2000) menyatakan bahawa lapan puluh peratus manusia yang gagal dalam kerjayanya disebabkan satu faktor iaitu mereka gagal untuk berhubung dengan orang lain. Semua jenis kerjaya seperti penyelia, pengurus, jururawat, setiausaha, tukang masak, tukang kebun, peguam, doktor perubatan, kerani atau apa saja perlukan kebolehan berkomunikasi dengan baik.
Mohd Yusof Hussain (1990), menyatakan komunikasi adalah satu aktiviti penting dalam sesebuah organisasi kerana pengurus misalnya menggunakan 85-90% daripada masa kerja mereka untuk menggunakan komunikasi.
Walaupun komunikasi penting dalam organisasi, keberkesanan adalah bergantung kepada kualiti komunikasi. Tanpa komunikasi yang berkesan, baik dan beradab, organisasi itu akan menghadapi masalah dalaman dan juga masalah luaran. Masalah dalaman adalah di antara pihak pengurusan dengan pekerja-pekerjanya. Masalah luaran adalah hubungan organisasi dengan pelanggan-pelanggannya dan orang awam. Justeru itu, tugas organisasi ialah membentuk dan mengekalkan satu sistem komunikasi formal yang baik. Pimpinan organisasi juga mesti berusaha untuk mewujudkan iklim komunikasi yang baik dalam organisasinya, disamping itu perlu juga untuk menggalakkan pertumbuhan satu sistem komunikasi yang tidak formal dan baik ( Abdul Rahman Abdul Aziz, 2000).
Robiah (2001) menyatakan bahawa kajian menunjukkan bila kita berkomunikasi secara berhadap-hadapan, hanya 10 peratus sahaja kesan komunikasi yang dihasilkan dari perkataan. Selebihnya 90 peratus kesan komunikasi datangnya dari gerak bukan lisan seperti exicpresi muka, temuan mata, gerak tubuh, postur, penampilan keseluruhan dan nada suara.
Komunikasi juga merupakan elemen utama dalam proses pentadbiran organisasi. Barnard (1983) menyatakan fungsi utama pihak pengurusan ialah mengadakan saluran dan sistem komunikasi yang berkesan. Ini dipersetujui oleh Simon (1947) yang berpendapat bahawa organisasi tidak akan berfungsi dengan baik sekiranya tidak wujud keberkesanan komunikasi antara kakitangan atasan dan kakitangan bawahan.
Komunikasi berlaku di semua peringkat organisasi. Pengurus atasan, pengurus pertengahan dan pekerja bawahan, masing-masing menjalankan proses komunikasi walaupun tujuan komunikasi adalah berbeza-beza. Melalui komunikasi, pengurus atasan memberi arahan kepada pengurus pertengahan. Pengurus pertengahan pula berbincang dengan rakan sejawatannya daripada jabatan lain. Manakala pekerja bawahan membuat laporan tentang keadaan persekitaran kerja kepada penyelia mereka.
Menurut Porter dan Roberts (1983), dua pertiga daripada hubungan komunikasi pengurus memang berlaku dengan para pekerjanya. Oleh itu, Mintzberg (1975) meletakkan tugas pengurus yang paling penting ialah menerima dan menyampaikan maklumat. Ini membuktikan bahawa pengurus-pengurus perlu mempunyai suatu tatacara berkomunikasi yang berkesan agar hubungan di antara pihak pengurusan dengan para pekerjanya berada dalam suasana yang baik supaya matlamat organisasi dapat dicapai melalui tenaga kerja yang berkomitmen tinggi kepada organisasi mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)